Cerita yakin menang ni buatkan aku teringat satu gabungan tu
sebelum PRU14 dulu. Dia punya yakin akan bentuk kerajaan memang another level.
Kalau dengar pengerusi dia cakap, memang seram sejuk.
Tapi ditakdirkan, bukan setakat kalah tapi hilang deposit di hampir
semua kerusi yang ditandinginya. Sampai digelar PHD - Parti Hilang Deposit.
Rupanya Cerita saja gempak, tapi haprak. Apa pun tak boleh.
Cerita boleh menang besar ni memang satu cara meraih undi. Ada
sesetengah pengundi yang buang undi untuk parti yang diyakini akan menang. Jadi
tak usahlah terpedaya dengan cerita macam bagus sesetengah puak tu. Guane boh?
.