AMPA BODOH!!!!

 

Kan walaun sendiri dah bunyi. Bak kata Sanusi sendiri, "kita bodoh!" *Ampa bodoh!" Demikianlah Sanusi. Guane boh?


Raja Gelap 


Sebagai seorang anak Kedah yang telah mengundi Sanusi pada PRU lalu, saya mahu tekankan bahawa kenyataan yang beliau keluarkan ini merupakan satu kesalahan yang amat serius - dari sudut undang-undang dan sejarah. Kesalahan ini perlu dikritik dan disebarkan kerana ia barangkali punya potensi untuk mencetuskan konflik-konflik politik yang tidak perlu. 


Berita tentang kenyataan Sanusi boleh dibaca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1107656/sanusi-dakwa-tiada-sempadan-antara-kedah-pulau-pinang?fbclid=IwAR33ZQZNjb9KFppaggvY6zBlJUoSdkjxPQNBdTJpyf6BdPtw1F0fNPw8Kq8 


Dari sudut undang-undang, lihat Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, saya lampirkan fotonya di sini. Kedah dan Pulau Pinang adalah dua negeri berbeza. Maka, asas undang-undangnya jelas. Semua rakyat Malaysia perlu baca Perlembagaan supaya tidak mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap bohong orang politik. Silakan muat turun di sini: https://www.jakess.gov.my/pdffile/ENAKMEN/Perlembagaan%20Persekutuan%20.pdf 


Seterusnya, dari sudut sejarah. Sejak Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat yang diperintah langsung dari London rentetan segala perkembangan selepas 1786, secara praktikalnya, ia tidak lagi di bawah kekuasaan Sultan Kedah. Ia juga punyai badan legislatifnya sendiri. Kalau nak baca rekod-rekodnya, sila ke Perpustakaan Parlimen. Ada banyak rekod dari badan legislatif NNS waktu zaman British sejak penghujung abad ke-19 pun ada. 


Saya tidak tahu mengapa seorang Menteri Besar sengaja mencetuskan isu sebegini. Beliau pasti tahu letak duduk undang-undang bagaimana. Hanya ada dua kemungkinan: beliau terlepas tren selama hampir 300 tahun, atau beliau sengaja mahu menyebarkan pembohongan. 


Kami dah bagi undi kat hang, buat la kerja elok-elok woi!


Hazman Baharom