INDEKS KRONI -KAPITALIME BAGI KERAJAAN.





KRONI


Saya nampak ada sahabat kongsi berita Malaysia jatuh satu anak tangga dalam Indeks Kroni Kapitalis 2023. Maka ramai yang marah. Salahkan Kerajaan. Ramai taksuber dok pakat share. 


Ingat prinsip kita, mana salah kita bantah, mana betul kita sokong? 


Jangan pajak otak kita kepada taksuber. Sebab mereka bukan objektif pun. Dah kabur menilai sebab ada BERHALA depan mata. 


Sebelum nak nilai suatu secara objektif, kita kumpul faktanya: 


1. Indeks ni sebenarnya nak tunjuk kan negara mana yang teruk mengamalkan amalan kroni kapitalis. Maknanya, kebanyakan hasil ekonomi hanya berlegar dalam golongan elit. 


2. Kenapa kroni kapitalis ni tak bagus. Sebab akan menyebabkan “yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin”. 


Model ekonomi yang baik bukan bentuk kek, macam kata bekas PM kita dulu. Ekonomi bentuk kek ni macam bentuk segi tiga. Bawah nya besar sekali, atas nya sikit. Tunjukkan golongan miskin terlalu banyak nisbahnya dari yang kaya. 


Model ekonomi terbaik adalah berbentuk berlian. Bahagian tengahnya lebar dan banyak (M60). Golongan termiskin (B20) dan paling kaya (T20) sama banyak. 


Ini takkan tercapai kalau kita amalkan ekonomi kroni kapitalis. 


3. Makanya, ikut Indeks ni. Makin tinggi kedudukan dalam Indeks, tunjukkan makin toksik ekonomi suatu negara dengan budaya kroni. 


4. Dari tahun 2016-2021, Malaysia tangga ke-2 selepas Rusia untuk Indeks ni. Cuma tahun 2023, kita jatuh ke tangga ke-3 selepas Czech Republic. Maknanya, makin baguslah kedudukan kita, bukan makin teruk 😅 tu yang Taksuber tak kaji habis. 


5. Namun, kalau kita bandingkan, tahun 2023 kalaupun kedudukan makin baik, namun sektor Bukan kroni kita makin berkurang. Itu Kerajaan kena ambil tindakan untuk betulkan. 


6. Singapura walaupun bawah kita, namun kita nampak sektor kroni dan non kroni dia seimbang. Maknanya, mereka bagi lebih banyak peluang ekonomi kepada bukan kroni daripada kita. Walau pun budaya kronism mereka tetap ada. 


********************


PMX ni reform yang dia nak bawa ialah hapuskan rasuah dan salah guna kuasa. This is a good start already. Kita improve kedudukan. Kita nak tengok lebih banyak penambahanbaikan selepas ini. 


Makanya, bagi dia masa setahun dua ni, sebelum kita nak maki hamun dan jatuhkan. Kerajaan dulu pun survive 22 dan 33 bulan. Kerajaan yang ni macam tak menyempat pulak Pembangkang nak cantas. 


Adakah sebab ada impak kepada kroni mereka? Tak boleh berdiam diri saja. 


Tepuk dada tanya selera. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki