Sanusi ni memang tak masuk ajar dah. Ada orang kata tak payah layan. Tapi aku ulas sebab tak nak ada orang atas pagar yang percaya sembang dia.
Majlis Aidilfitri Pas Pusat memanglah tak boleh nak guna dana kerajaan negeri. Sebab itu acara parti. Kalau nak merasa tidur lokap SPRM, cubalah.
Dah kenapa nak kaitkan dengan Rumah Terbuka Madani pula? Majlis tu bukan acara parti tapi acara kerajaan. Sebab tu boleh guna dana kementerian.
Tapi walau guna dana kementerian pun, memang dah termasuk dalam program. Jadi peruntukan tu dah memang ada. Dari celah mana pula salahnya?
Bukan macam kes Jana Wibawa. Guna dana rakyat beri projek kepada syarikat tertentu, kemudian kena transfer pula duit komisen dalam akaun parti.
Dana keraian ni bukan perkara baru. Memang ada dari dulu. Malah pegawai kerajaan pun ada elaun keraian. MB sendiri pun dapat elaun tersebut. Kan?
Masa Rumah Terbuka Madani pun, bukannya ada ucapan kepartian macam Sanusi buat dalam majlis perjumpaan dengan rakyat Kedah di perantauan.
Acara berikrar untuk sokong DS Anwar sebagai PM pun tak ada macam majlis berbuka puasa Sanusi dengan pelajar Kedah. Kan jauh berbeza.
Sanusi dah macam orang berbogel yang ketawakan orang lain yang seluarnya koyak di lutut. Konon nak malukan orang, dia sendiri penuh aib. Guane boh?
Raja Gelap
.