JANGAN BERMAIN HASAD







 


Tiada gunanya seseorang Muslimin menjaga ibadah Ramadan dalam bulan yang amat mulia ini namun tidak mampu mengawal lidahnya dalam menabur bernih hasad dan dengki dan menimbulkan kekacauan dan ketidaktenteraman antara satu sama lain. Sia-sia lah saja segala ibadahnya dan kerana lidahnya yang serumpama sarang syaitan adalah dosa di mata Allah S.W.T

Sebagai seorang pemimpin rakyat yang kononnya mewakili sebuah parti politik yang mengangkat martabat dan maruah Islam di dalam negara, beliau sepatutnya mengambil kesempatan bulan Ramadan sebagai peluang untuk muhasabah diri dan sebarang lontaran fitnah dan kata nista beliau hanya mempamerkan ketidaklayakan beliau untuk menyandang jawatan sebagai wakil rakyat lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin di dalam dewan Parlimen yang amat mulia yang sewajarnya mempertahankan hak, kepentingan dan memperjuangkan nasib semua suku kaum merentasi warna kulit, agama, Bahasa, bangsa dan budaya.

Mereka yang berani menimbulkan kacau-bilau dan memporak-perandakan kestabilan, keamanan dan keharmonian adalah musuh negara yang bukan sahaja mencabuli hak rakyat bahkan juga menghina sistem Perlembagaan negara dan institusi diraja. Kerajaan sewajarnya mengambil tindakan yang lebih agresif untuk memantaukan perwatakan dan tingkah laku ahli Parlimen dan meletakkan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang tidak menghormati keutuhan prinsip Perlembagaan negara demi untuk mengembalikan semula status dan martabat Parlimen sebagai sebuah unit perundangan dan pentadbiran negara yang berintegriti, bermaruah, adil dan saksama.