Kecoh dan gamat didewan rakyat pagi tadi, apabila ahli pembangkang bertindak meninggalkan dewan, apabila usul untuk membahaskan pengeluaran bersasar KWSP ditolak oleh speaker.
Yang menjadi perhatian, ialah, ketegasan timbalan speaker YB Alice Lau Kiong Yieng, ahli parlimen 3 penggal DAP, dari Lanang Sibu Sarawak ini, dalam mengawal dan berhapan dengan ahli ahli pembangkang didewan rakyat.
Ia bermula apabila ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhzal yang mahukan usul KWSP beliau yang ditolak speaker, dibincangkan juga di Dewan pagi tadi.