HANYA ANWAR BOLEH SELAMATKAN UMNO



NORMAN RADZUAN


Pretasi UMNO tidak pernah meningkat sejak 2008

HANYA ANWAR BOLEH SELAMATKAN UMNO

Semalam saya berborak dgn rakan politik mantan UMNO dan skg tidak berparti. Dlm pelbagai topik dibualkan dia bertanya adakah UMNO mampu diselamatkan?

Dia bertanya soalan itu bila saya mengatakan UMNO sejak 2008 grafnya semakin menurun dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya hinggalah 2022.

Daripada parti dominan mereka kini lebih kecil dari PKR dan PAS. Suatu yg tidak pernah terduga oleh penganalisa politik, ahli UMNO mahupun org Melayu sendiri.

UMNO tersepit kerana org Melayu tidak percaya mereka lagi dan bangsa lain 80% menolak mereka. Org Melayu beralih kpd PAS dan bukan Melayu beralih kpd PKR atau PH.

Saya beritahu rakan tadi dua faktor kenapa UMNO ditolak org Melayu. Pertama kerana kes rasuahnya. Org Melayu lihat UMNO nampak rasuah sb ini era teknologi segala maklumat dihujung jari. Kedua kerana fahaman politik sempit perkauman yg dimainkannya memakan diri.

Jadi mereka tersepit dgn sikap mereka sendiri. UMNO tahu utk pulih mereka perlukan masa. Jadi siapakah yg mampu menyelamatkan UMNO?

Rakan saya kata Najib… saya katakan Najib juga akn ditolak oleh kaum2 lain kerana kes rasuahnya membuatkan Malaysia terkenal seantero dunia. Saya beritahu Anwar Ibrahim… lalu rakan tadi terkejut.

Saya beritahu sebenarnya sudah dua kali Anwar menyelamatkan UMNO. Pertama ketika era 2018 apabila UMNO khabarnya mahu diharamkan tetapi Anwar campurtangan.

Kedua bila Anwar setuju utk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO/BN. Peluang yg ada adalah kesempatan utk UMNO memulihkan partinya. Jika UMNO tanpa kuasa mereka lebih mudah tenggelam kpd dua kuasa parti terbesar iaitu PH dan PN.

Bila pertama kali Anwar memasuki Bangunan UMNO ia umpama seperti sirih pulang ke gangang. Perlu diingat Anwar bukan keluar UMNO tetapi dia disingkirkan oleh Mahathir dari UMNO. Tentu ada pelbagai perasaan Anwar ketika menjejak kaki ke sana selepas lebih 20 tahun.

Mengapa Anwar ? ….sebab beliau dilihat pemimpin yg disenangi oleh bangsa Melayu dan bukan Melayu. Demografi kaum tidak mungkin seorang Perdana Menteri ia hanya disenangi oleh satu kaum sahaja.

Aura Anwar juga dilihat pemimpin UMNO sendiri terikut rentaknya dgn memperbanyakkan aktiviti2 agama. Zahid Hamidi kini penuh dgn aktiviti agama seperti PMX… sindir kawan saya, Zahid sudah dpt hidayah utk bertaubat.

Saya kata itulah pentingnya pemimpin yg berintergriti. A leader most important role is to set the culture of their organization. Tapi jika leader makan rasuah, bersikap ditaktor maka yg di bawah2nya akan mengikut dgn rentak yg sama.

Untuk pulihkan UMNO ia perlukan pemimpin yg bersih rasuah atau yg kuat melawan rasuah kerana UMNO itu dibenci oleh semua kaum kerana rasuahnya. Kedua perkaumannya… jika UMNO dpt pemimpin yg disayangi oleh kaum bukan Melayu sekaligus BN akn kembali kuat.

Malah dpt dilihat kemesraan Anwar bersama Zahid Hamidi, Dr Zambry, Ahmad Maslan, Sharani hingga saya lupa Anwar itu Presiden PKR bukan UMNO. Malah KJ dan Shahril mantan UMNO juga memuji pentadbiran Anwar.

Haaa.. ia sekadar jawapan kpd rakan apakah formula terbaik utk UMNO pulih. Ia jawapan yg tidak masuk akal berlaku tetapi politik apa2 boleh berlaku. Sekadar berkongsi cerita dgn kawan2.