BARU 6 BULAN KERIAU DAH.




Zainuddin Omar


40 tahun dalam penjara akhirnya dapat pengampunan dari Sultan Johor dan dibebaskan. 


Beliau kini berusia 63 tahun dan akan pulang ke kampung halaman di Indonesia. 


Ni baru masuk tak sampai 6 bulan dah mohon pengampunan?


************************

TAIPING: Selepas 40 tahun menghabiskan hayat di dalam tirai besi, 22 Mac menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab apabila dibebaskan apabila mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Tempoh itu menjadikan lelaki berusia 63 tahun yang mesra disapa sebagai “Pak Jamil Hayat” itu banduan paling lama menerima hukuman di negara ini. Dia kini bebas, dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa, Indonesia, awal pagi ini.


“Bila saya tahu dapat pengampunan pembebasan, saya tidak percaya kerana saya sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara. Pada 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor, dengan banduan paling lama (menjalani hukuman selama) 37 tahun, sedangkan waktu itu, (tempoh hukuman) saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.


“Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat, mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.


“Pagi semalam, ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya ketika ditemui di Penjara Taiping, semalam.


Jamil berkata, beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidupnya di kampung halaman, namun jauh dari sudut hatinya berat untuk meninggalkan bangunan tembok besi agam yang mengubahnya menjadi seorang manusia yang berguna.


“Saya seronok dapat ‘ampun’, tapi saya sedih sangat untuk tinggalkan penjara ini. Seronok ada, tetapi sedih lagi tebal kerana akan berpisah dengan staf yang menjaga saya seperti sahabat dan bukan sebagai banduan,” katanya.


Di dalam penjara, Jamil belajar kemahiran dalam bidang jahitan dan sehingga kini telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai-pegawai penjara.


Sebelum dipindahkan ke Penjara Taiping dari Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.


Malah, katanya, berbekalkan ilmu agama yang dipelajari di kampung dahulu, Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat sunat Hari Raya sepanjang 40 tahun meraikannya di dalam penjara.


Jamil seterusnya menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar daripada melakukan perbuatan buruk.


“Ketika muda, bila pegang pistol, perasaan di dunia ini seperti kita yang punya. Bila pegang pistol kita rasa semua kecil, sikit-sikit marah mahu tembak sahaja,” katanya.


“Saya bukan orang yang baik, semasa di Indonesia dulu pun, selalu masuk penjara. Atas jasa baik pegawai penjara di sini, saya dapat berubah menjadi manusia yang tidak tinggal ibadah sejak 90-an.


“Saya tekad untuk ubah semua. Saya solat lima waktu dan tidak tinggal apa yang disuruh. Apabila saya lihat cermin, saya tengok rambut saya dah beruban. Dulu saya masuk penjara, badan gempal sekarang kurus,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Ibrahim dan keseluruhan kakitangan Penjara Taiping.


Pengarah Penjara Taiping Penolong Kanan Komisioner Penjara Nazri Mohamad berkata, Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bahru pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan enam sebatan rotan bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.


Jamil kemudian dipindahkan ke Penjara Taiping pada 1986 untuk meneruskan hukumannya.


Menurut Nazri, pada 22 Mac, Jamil mendapat pengampunan pembebasan daripada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat dia hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.


“Ia mendapat sokongan pengarah Penjara Taiping melalui Kaedah 113 Peraturan Penjara 2000 Rayuan Pengampunan Banduan Seumur Hayat,” katanya.


Nazri menyifatkan Jamil sebagai seorang banduan yang warak dan sentiasa tekun dalam setiap bidang yang diceburi, selain disenangi oleh penghuni di penjara ini.


“Dia amat aktif dalam aktiviti keagamaan apabila menjadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain membaca Al-Quran.


“Hubungan Jamil sesama penghuni lain adalah baik dan rapat. Bila sebut sahaja ‘Jamil Hayat’, semua kagum dan hormati dia atas ketokohan dan kepimpinannya.”