ULASAN KWSP LAGI

 

Kali ini GM akan sentuh isu KWSP, bukan dr perspektif kerajaan mahupun pembangkang. Dh berapa kali pengeluaran KWSP selepas langkah Sheraton ? 4x pengeluaran.

Sekali lg, bukan nak backup kerajaan...bukan juga nak backup kalian yg nk keluarkan KWSP.

Makluman yg kami terima, wang kwsp jika nak beri rakyat keluar...kwsp dah tak ada kecairan nak beri. Hampa melaunglah sebanyak mana sekali pun, desaklah banyak kali pun. Pokok sebenar mengapa kwsp berkeras utk tidak membenarkan ialah kwsp dh tak buleh bayar duit kalian.

Duit yg kita carum setiap bulan itu, di buat pelaburan dlm beberapa projek utama kerajaan. Keduanya, pihak kerajaan semasa Muhyiddin ambil alih jadi PM, kemudian datang Ismail Sabri...wang kwsp di gunakan utk masalah covid, benarkan 4x pengeluaran, dan kegunaan sektor pelaburan.

Masih ingat Muhyiddin kata belanja RM600bilion yg kami dedahkan habis dalam tempoh beberapa bulan ? Dalam RM600b itu ada duit kwsp.

Masalahnya, kwsp tidak ada kecairan nak beri. Inilah fakta sebenar.

Jika kalian berkeras nak kwsp juga, pertamanya yg kwsp perlu buat ialah lepaskan/jual beberapa pegangan projek besar contohnya konsesi Plus Highway. Kwsp perlu menjual pegangan semata nak beri hampa duit! Kemudian, masalah lain akan sampai iaitu "untung dividen". Dividen pemegang unit simpanan kwsp hanya buleh beri 2%-3% keuntungan setelah banyak pegangan di lepaskan.

Persoalan sebenar, mengapa duit kwsp susut ? Sebab pemerintahan kerajaan terdahulu. Berbelanja melebihi kepentingan.

Utk pengetahuan, tahun 2017 kwsp hampir2 melupuskan pegangannya dlm Plus Berhad. Sebab politik ketika itu antara 2014-2016 jadikan KWSP sbg backup. Selain KWSP, duit Petronas juga adalah lubuk bg ahli politik. Bayangkan jika pegangan itu terlepas, ia datangkan masalah pd pencarum.

Tidak. GM bukan nak backup Anwar mahupun kerajaan. Situasi & fakta sebenarnya ialah jika nk beri pencarum keluarkan duit, kwsp perlu jual bangunan, projek, pegangan saham...pendek kata mencairkan semua aset yg ada semata nak ikuti kehendak kita.

Ya, memang betul 70% pencarum kwsp hanya tinggal RM10k dalam kwsp. Lagi 30% itu dah tentu lebih. Sekiranya pengeluaran bersasar sekali pun di beri kepada 30% pencarum kwsp...tetap perlu mencairkan aset utk tampung pembayaran.

Ya betul, idea buleh cagarkan duit kwsp utk loan bank itu tak popular. Dari satu perspektif, duit kalian itu tak terusik...cuma perlu hadap interest bank. Di sana, akan datang faktor lain pula sekiranya tak dapat bayar loan bank, duit kwsp td tetap akan di gunakan bayar loan.

Tindakan yg tak popular tp terpaksa. Memang kalian akan hina & caci kerajaan apatah lg Anwar sbg PM.

Tindakan yg tak popular ini sebenarnya penyelamat utk diri kalian sendiri sebenarnya. Pemerintahan baru melintasi 4 bulan, bahana yg kerajaan tanggung kini ialah hutang yg di tinggalkan pentadbiran lalu.

Sekali lg, GM menulis bukan nak ikut perspektif kerajaan. Tapi, nak menerangkan contoh seandainya GM duduk sbg Pengarah sesebuah sykt...bagaimana nak buat utk survival company. Memang tindakan tidak popular, tapi ketika hutang negara yg terlalu besar...dan tindakan utk tidak menjual aset yg beri pulangan demi nak dapatkan kecairan duit, tindakan yg tidak popular itu sebenarnya penyelamat keadaan.

Kita belum lepas covid, dari pandemik ke endemik. Duit kwsp & petronas nampak sbg emas yg berguna. Apabila pemimpin salah buat percaturan perbelanjaan lebih ketika hutang tinggi, kesannya pada rantaian.

Inilah yg KWSP alami. Anwar sbg PM perlu uruskan situasi yg tidak popular. Jika desakan dr rakyat terlalu banyak, kemudian di beri juga pengeluaran...beberapa pegangan yg beri pulangan hasil terpaksa lupus dan tahun hadapan % dividen tetap akan berkurang.

Jadi antara realiti & hak pencarum, tindakan tidak popular itu sebenarnya penyelamat keadaan. Tambah lg, bagi had umur pencen...bila2 masa saja buleh nak keluar, tak jadi masalah pun. Umur lepas 55 tahun pun dh buleh nak keluar setiap bulan tanpa ada masalah.

Masalahnya ialah pd rakyat kebanyakan yg tidak menghampiri pengeluaran kwsp umur wajib.

Apapun, selamat membaca.

Yang berkarya,

Gino Marvela