Apabila ada peluang untuk bersama kerajaan perpaduan, dia tolak.
Apabila ada peluang untuk jadi Ketua Pembangkang bagi membawa isu2 rakyat, pun
dia tolak. Apabila diminta hadir ke Parlimen untuk membawa amanah rakyat, kerap
ponteng. Itulah lebai Hadi.
Datang parlimen untuk bahas bajet, dia tidak memperincikan soal2
bajet dan isu2 rakyat seperti yang sepatutnya. Dia berleter dan merungut
berucap tentang tebuk atap, atap bocor dan dinding pecah. Sesekali dia baca
ayat Alquran dan hadis, ditafsirkannya ikut kepentingan politik dia dan
dikaitkan dengan sentimen kaum dan agama. Itulah standard lebai Hadi. Terlalu
jauh beza kualiti ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Nor sewaktu Almarhum menjadi
Presiden Pas dan Ketua Pembangkang dahulu. Sebab itu, diwaktu Almarhum Us
Fadzil Nor berucap dalam parlimen dahulu, semua MP tekun mendengarnya termasuk
dari blok kerajaan. Tapi, bila lebai Hadi berucap semalam, dia berleter di
hadapan kerusi kosong. Tiada sesiapa berminat untuk mendengar hikayat
"tebuk atap dan dinding pecah" kerana kisah bodoh itu tidak sedikit
pun menyelesaikan masalah rakyat.
Hari ini, dia bercakap di luar parlimen lagi tentang hajat dan
cita2nya untuk melihat kerajaan perpaduan ini tumbang. Sekali lagi dia yakin
bahawa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ini tidak lama. Begitu yakinnya beliau
sepertimana yakinnya dia ketika menjerit "Sudoh cukup jumlohh..melebihi
dari cukup...!" sejurus keputusan PRU15 yang lalu. Itulah Hadi Marang.
Bagaimana rakyat mahu terima parti yang kononnya ingin membawa
perjuangan Islam jika ada pemimpinnya yang tidak pernah tunduk dan tawadhuk.
Sombong, ego dan niat jahat sentiasa dipamerkan. Dia tidak peduli titah Tuanku
yang mahu melihat negara ini stabil selepas pilihanraya. Baginya, hidup dan
matinya mesti berpolitik untuk jatuhkan orang lain asalkan dia dapat
keuntungan. Dia tidak puas lagi makan gaji buta sebagai duta khas timur tengah
gamaknya.
Saya ingin ingatkan Hadi, tidak semudah itu kamu mahu khianati rakyat
sepertimana yang pernah kamu lakukan dulu. Kami dari pejuang2 akar umbi yang
tidak dikenali ini akan berada di hadapan kerajaan perpaduan ini bagi berdepan
dengan kamu. Ini sumpah kami.
WFAUZDIN NS