SELAWAT DAN MUNAJAT UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA MALAM TADI DI KL, CHERAS BERSAMA PMX
















" Barangsiapa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, nescaya Allah berselawat ke atasnya"


Di kala ada pihak yang semakin giat usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan ini hanya kerana mahu melindungi kebobrokan pemimpin mereka yang terpalit dengan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa, di Stadium Bola sepak KL, Cheras, PMX berada bersama sekumpulan umat Islam yang megalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memohon doa buat kesejahteraan negara tercinta.


Di dalam ucapan rengkasnya, PMX Dato Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan perpaduan di bawah Malaysia Madani ini bercadang untuk menjadikan program seumpama itu sebagai program yang berterusan di setiap negeri.  Kehadiran bekas juara Akademi Fantasia, Mawi yang turut mengalunkan puji-pujian buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW  menjadikan program yang disambut dengan hujan rahmat benar-benar menginsafkan kita bahawa Islam itu agama rahmat buat sekelian alam,


Semoga Allah memberkati program tersebut dan melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada semua pemimpin negara ini, rakyat dan negara keseluruhannya.  Hanya mengingati Allah dan Rasul sahaja boleh menjadi benteng kepada musuh-musuh Islam serta puak-puak munafik yang menjadikan agama sebagai kuda tunggangan mereka.  


Tahniah kepada PMX yang tidak pernah menjadikan Islam sekadar slogan tetapi merealisasikan Islam yang Madani dan syumul.


WFAUZDIN NS