W.FAUDZIN
Seperti yang dijangka, lebai2 dan Pembangkang hanya berani
berkokok ketika PMX tiada di dalam Parlimen. Segala tuduhan dilemparkan waktu
itu. Kerajaan tidak adil, kerajaan zalim, pendakwaan terpilih dan bermacam2
lagi tuduhan mereka sewaktu PMX tiada di dalam Parlimen.
Petang tadi seperti dijangka, mereka mengetahui PMX selaku
Menteri Kewangan akan menjawab dan menggulung perbahasan, maka mereka awal2
lagi cabut kecuali dua tiga yang bersikap profesional dan agak berani menerima
kenyataan dan mendengar jawapan. Bermula dari Ketua Pembangkang hingga kesemua Presiden
parti di dalam PN tidak berani berada di dalam Parlimen ketika PMX menggulung
perbahasan.
Mereka hanya berani menuduh dan bertanya soalan, tetapi tidak
mahu mendengar jawapan. Hanya seorang MP dari Muslimat yang bangun bertanya,
itu pun ditangkis oleh PMX dengan hujah dan fakta, terus tidak bangun lagi
hingga ke akhir.
Ucapan penggulungan PMX petang tadi rengkas tapi padat dan
menjawab semua tuduhan. Skandal Jana Wibawa juga turut disentuh oleh PMX. Isu
kononnya kerajaan menganaktirikan Kelantan, Terengganu dan Kedah telah dijawab
dengan baik. PMX juga banyak menjawab soalan2 dari Pembangkang sebelum ini
meskipun mereka tiada di dalam parlimen,
Ternyata kewibawaan Pembangkang tercalar teruk kerana gagal
menampilkan imej Pembangkang yang berkualiti. PMX berjaya menampilkan imej
berani serta tegas beliau.
WFAUZDIN NS