OOOOO- PERTAMA KALI AKU JUMPA MANUSIA MAKAN NASI BERKUAHKAN AIR SIRAP




Aku terkedu tengok video seseorang yang didakwa exco Terengganu menghina Menu Rahmah. Lelaki itu, dikatakan Adun Chukai, Hj. Hanafiah Mat, dilihat menuang air minuman ke dalam pinggan kerana tidak berkuah.

Aku tahu gaji exco besar. Elaun sebagai Adun lagi. Tapi bukanlah bermakna boleh hina makan sesuka hati. Yang tak sedap, yang jijik pada dia mungkin lazat dan amat bernilai kepada orang lain.

Lagipun dah kaya, tak payahlah makan menu tu. Pergi makan di Salt Bae sana. Dah ambil hak orang miskin, dihinanya pula. Inilah orang yang bergelar Haji dari parti yang kononnya bawa Islam.

Aku anak beranak pun tak makan Menu Rahmah. Bukan sebab tak mahu tapi aku cakap dengan anak aku, Menu Rahmah ni terhad. Ada kedai buat 100 hidangan je. Kalau kita yang mampu ni makan, kita buat orang yang kurang berkemampuan tak dapat.

Tapi orang tua ni, bukan setakat ambil hak orang miskin, dihinanya pula. Niat konon nak perlekehkan usaha kerajaan. Tapi dia sebenarnya hina orang miskin. Makhluk lupa diri. Tak faham kesusahan orang.

Ini bukti PAS tak bawa Islam pun. PAS hanya guna jenama Islam untuk dapatkan undi. Kalau pemimpin yang dilantik exco (maknanya bukan sebarangan pemimpin) pun tak bersifat begini, apakah wujud tarbiyah Islamiyah dalam PAS?

Rakyat mesti buka mata. Mereka hina makanan untuk orang yang kurang berkemampuan, setakat mana parti ini boleh faham dan mampu membantu rakyat susah? Sebab itu mesti tolak PN. Guane boh?

Raja Gelap