Ni nak tanya sikit, dgn pelbagai kes jenayah dan tangkapan
melibatkan agensi PDRM & SPRM, mengapa tidak ada kenyataan media secara
live di media2 utama ?
Jika dahulu ketika Abdul Hamid Bador jadi KPN, setiap isu
keselamatan dan siasatan dia akan ke hadapan. Rakyat dengar suaranya di media
elektronik dgn agak kerap.
Kami yg berada di sisi kerajaan seketika dan kemudian beralih
sbg pembangkang selepas langkah Sheraton ketika itu beranggapan PDRM buat kerja
walaupun ada antaranya juga menyusahkan kami sbg pembangkang sebab ikut arahan
politik.
Ini dalam pentadbiran baru di bawah tangan sdra Anwar, rakyat
lihat ketua polis negara yg ada, mcm tak ada ja. Tiba2 pemberita siap2 buat
kenyataan ja, dari tuan empunya badan...yillek!!!
Sebagaimana menteri kerajaan perpaduan yg tidak terlepas dgn
kritikan di sini, agensi yg menjalankan "rule of law" juga tidak ada
bezanya selagimana berada di ruang lingkup kritikan yg membina.