Muhyiddin Yassin sahkan dipanggil ke SPRM sekali lagi


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis untuk memberi keterangan. Dalam kemaskini di Facebook, beliau memaklumkan diminta hadir ke ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11 pagi.