Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie bagi pertuduhan itu.