KATA ORANG KALAU BODO , JANGAN LAH TUNJUK TERANG TERANG-BELAJAR DULU BUAT KENYATAAN AKHBAR DAN CARI FAKTA.






Kalau tak ada perkara yang elok nak cakap, lebih baik diam. Di saat pembangkang sendiri sudah tak mampu jadikan Menu Rahmah sebagai peluru untuk menembak kerajaan, pemimpin Muda WP keluarkan kenyataan sebegini. Apa tujuan?

Begini ke sifat parti yang beriya nak masuk PH tapi sibuk juga perlekehkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan? Siap tuduh 'menutup kebenaran'. Apakah yang hendak disampaikan? Sebab itu penyokong PH tak dapat terima Muda.

Tiada siapa kata Menu Rahmah ini penyelesaian jangka panjang. Menteri sendiri tegaskan inisiatif ini adalah usaha untuk bantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang semakin meninggi sambil usaha berterusan dijalankan untuk pulihkan bekalan makanan dan turunkan harga.

Kementerian Ekonomi serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah jalankan usaha untuk meningkatkan bekalan makanan yang mana akan dituruti dengan penurunan harga barang asas makanan. Benda bukan rahsia pun.

Ada usaha menanam jagung atas tanah kerajaan bagi mengurangkan import. Jagung ni bahan asas untuk pembuatan dedak. Sampai kerajaan percepat usaha kemasukan pekerja asing bagi membolehkan lebih telur dihasilkan. Nak apa lagi?

Usaha ini bukan hari ini buat, hari ini dapat hasil. Ia makan masa hingga enam bulan. Hari ini pun dah boleh nampak bekalan ayam dan telur makin pulih. Ada peningkatan berbanding sebelum ini. Aku yakin menjelang pertengahan tahun, akan lebih baik.

Lebih menyakitkan hati, dia juga mempersoalkan tahap kebersihan makanan Menu Rahmah. Macam pembangkang dah bunyinya. Menghina peniaga makanan. Kamu orang politik memanglah tak kira halal haram. Tapi jangan anggap peniaga pun sama macam kamu.

Menu Rahmah seharusnya penyediaannya sama seperti makanan yang lain. Bukan Menu Rahmah kutip ayam reject atau bahan buangan. Mamat ni tak tahu apa yang dia kata. Sebab tu aku tulis, kalau tak ada benda elok nak cakap, baik diam.

Kenyataan pemimpin Muda ini jelas perlihatkan yang Muda tidak ada jiwa PH. Maka tak seharusnya Muda diterima bersama PH. Cara buat kenyataan memperlihatkan mereka lebih mirip kepada PAS dan Bersatu. Lebih baik Muda bersama PN.

Mereka ketandusan isu. Di saat pemimpin PH sibuk bercakap soal rakyat, mereka kelihatan tandus isu. Semakin hanyut dan dilupakan. Itu yang main cakap je janji tak hilang terus. Tapi kenyataan macam tak cukup berfikir. Begitulah bila budak mentah nak main politik. Guane boh?

Raja Gelap

.