Ini berita yang boleh membuatkan lebai tak tidur malam dan para
penyakau mengigau di siang hari.
Dapatan daripada satu kaji selidik yang dijalankan oleh FIRM Research
menunjukkan lebih separuh daripada rakyat berpuas hati dengan pentadbiran DS
Anwar serta yakin negara akan bertambah.
Kaji selidik dari FIRM Research ini lebih menyeluruh berdasarkan
kaedah kaji selidik itu dibuat dan juga sasaran responden berbanding undi yang
dibuat oleh beberapa portal berita sebelum ini. Baca berita penuh di: https://bit.ly/3FtS3xC.
Ia dilaksana menggunakan tiga metodologi, iaitu temu bual
bersemuka, panggilan telefon dan melalui internet membabitkan 310 responden di
wilayah utara, tengah (319), selatan (274), timur (155) serta Sabah dan Sarawak
(162).
Kaji selidik itu membabitkan responden Melayu seramai 566 orang,
Cina (320), India (191), Bumiputera Sarawak (47), Bumiputera Sabah (48) dan
lain-lain (48).
Daripada 1,220 orang berumur 20 hingga 70 tahun yang ditanya,
45.6% yakin dan 12.6% lagi yakin sepenuhnya. Bermakna total 58% berpuas hari
dan yakin dengan pentadbiran ini.
Jadi tempohari Mahiaddin kata rakyat cakap ini kerajaan gagal tu
datang dari mana? Rakyat yang mana? Bermakna Mahiaddin menipu je la kan? Tak
sudah nak menipu. Yang pelik ada lagi yang nak percaya. Guane boh?