Ada sebuah portal yang selalu pro kepada bekas pemimpon PKR yang lompat lapor baru-baru ini konon inisiatif membantu miskin tegar dan B40 melalui penjualan makanan di mesin vending menemui masalah.
Alasannya sebab konon makanan terburai dan susah nak bayar.
Saya terjumpa video ini di YouTube. Review bebas yang dibuat netizen.
Orang ramai boleh nilai sendiri.
Tak de masalah pun, cuma bila tak boleh nak pertikai dia salahkan mesin ha3.
Setakat ini, pendapatan harian sepanjang seminggu menunjukkan kaedah ini boleh menjana untung bersih RM2,500 sebulan kepada penerima.
Tanpa kaedah ini, ramai suri rumah atau keluarga miskin tidak ada peluang berniaga kerana kos sewa kedai atau operasi gerai perlu ditanggung. Kemudian perlu mencari tempat dan dapatkan lesen.
Kalau pun dah ada niat nak berniaga, takkan semua tempat penuh dengan gerai yang perlu dijaga sepanjang masa.
Jika lebih ramai peniaga dan pembeli bertukar kepada mesin vending untuk menjual makanan siap, ia akan mempercepatkan pertumbuhan industri mesin vending yang akan menyediakan peluang pekerjaan baru kepada anak muda berkelulusan teknikal dan kejuruteraan.
Jangan marah saya kalau masa mereka jadi kerajaan dulu tidak terfikir untuk laksana.
Paling kurang, gembiralah untuk keluarga miskin yang dapat peluang jana pendapatan macam ini.
Yang dah kaya tak nak beli itu hak kamu lah, tapi saya kena cari jalan bantu yang susah.
RAFIZI RAMLI
Menteri Ekonomi.