Tergelak aku baca. Sama je Mahathir & Mahiaddin ni. Mereka
tuduh kerajaan akan atau sedang buat macam-macam sebab mereka dah biasa buat
semua tu masa ada kuasa dulu.
Mahiaddin tuduh DS Anwar peralatan SPRM sebab kalau ikut
kenyataan Saddiq, Mahiaddin masa jadi PM dulu pernah juga peralat SPRM. Paksa
rakan Saddiq tukar pengakuan.
Ini Mahathir tuduh kerajaan akan ubah sempadan pilihanraya untuk
kurangkan kerusi Melayu. Sebab apa? Sebab dulu dia dah buat. Kawasan yang kuat
UMNO dipecahkan jadi dua. Jadi dia akan sentiasa dapat majoriti melebihi. ⅔.
Itu hakikatnya. Kedua-dua Mahathir dan Mahiaddin adalah
diktator. Mahathir gunakan ISA manakala Mahiaddin gunakan darurat. Alasan
mereka sama, untuk dapatkan absolute power.
Sebab mereka jahat, mereka tak jujur dan mereka diktator, maka
mereka ingat semua orang sama macam mereka. Jadi tak pelik tuduhan palsu begini
datang dari mulut mereka. Guane boh?