Aku boleh faham struggle yang dihadapi oleh
pihak pembangkang waktu ini. Mereka memang sentiasa cari silap dan kelemahan DS
Anwar setiap masa.
Jenis celik mata je, terus tanya "PMX
buat silap apa hari ini?". Niat mereka cuma untuk timbulkan benci di
kalangan rakyat supaya, jika ditakdirkan mereka berjaya tebuk atap, rakyat
takkan salahkan mereka dan akan sokong kejahatan mereka.
Tapi kalau nak tonjolkan kelemahan DS Anwar
pun, tak perlu sampai besarkan segala isu hinggakan hal yang remeh pun mahu
dijadikan isu antarabangsa.
Pergi Arab Saudi tak jumpa pemimpin sana pun nak
dijadikan isu. Tak masuk Kaabah pun nak bising. Sedangkan DS Anwar jumpa
pemimpin OIC, hadir saksikan tandatangan beberapa MoU.
PM berlari nak masuk sidang dewan pun nak
ejek. Sedangkan PM baru balik dari luar negara di hari sebelumnya. Yang gagal
hadir sidang dipuja pula.
Hingga ada timbalan menteri yang tak sedia
jawab soalan pun nak suruh DS Anwar letak jawatan, aku rasa agak keterlaluan
dan menggelikan hati.
Memang aku akui PM kena bertanggungjawab jika
ada menteri yang tak perform. Sebab PM yang buat semua lantikan. Tapi dari 50
orang ahli kabinet, ada satu yang lemah, sedang yang lain mampu jalankan tugas
dengan baik, masih nak hukum PM juga?
Kalau begitu, aku nak ingatkan. Sebelum ini
pernah ada Menteri Kesihatan yang dakwa virus Covid-19 boleh dibunuh hanya
dengan meminum air suam.
Menteri yang sama juga terkeliru antara
pandemik Spanish Flu dengan ubat peransang nafsu wanita Spanish Fly. Bukankah
itu lebih memalukan?
Kita juga pernah ada menteri yang curi-curi
keluar sewaktu rakyat dikenakan sekatan. Ada menteri yang pergi ke Makkah jadi
janitor di Masjidil Haram.
Ada banyak lagi kes kalau nak disenaraikan
tentang menteri-menteri komedi waktu PN memerintah dulu. Semua menteri ini
lantikan siapa lagi kalau bukan Mahiaddin.
Jika DS Anwar disuruh letak jawatan cuma
kerana seorang timbalan menteri yang kurang pengalaman gagal, maka Mahiddin
langsung tak layak jadi PM kerana berderet menteri yang dia lantik lebih gagal
dalam menjalankan tugas serta berlagak dungu!
Aku harap MP pembangkang cuba berlaku matang.
Usahlah kebudak-budakan sangat. Berhentilah dari cubaan menebuk atap buat masa
sekarang ini.
Cuba bawa isu yang menguntungkan negara dan
membela nasib rakyat. Ini tidak. Setiap hari kerja mereka hanya untuk burukkan
nama PM. Tapi tiada isu cerdik yang mampu mengangkat nasib rakyat.
Kita semua tahu Mahiaddin dan kabinet
lantikannya gagal teruk masa memerintah. Tapi sedihnya jadi pembangkang pun
mereka masih lagi gagal.
Kalau berterusan dengan sifat gila kuasa
begini, pasti rakyat makin lama makin meluat melihatkan perangai mereka.
Sebelum terlambat, berubahlah. Guane boh?
Raja Gelap
.