AWASSS…WALAU ADA AKTA LOMPAT PARTI, KERAJAAN RUPANYA MASIH BOLEH DIJATUHKAN

 

APA YANG MENARIK NASIHAT SHAHBUDIN SUPAYA JANGAN SOMBONG DAN LUPA PENYOKONG.....HARAP TAK LUPA PENYOKONG....AKU...TETAP PROBONO...SHAHBUDIN LAGU MANA ? PROBONO JUGA...TAK APA LAH DIN...PROBONO PUN PROBONO LAH..JANGAN MARAH KALAU KENA HENTAM....




AWASSS…WALAU ADA AKTA LOMPAT PARTI, KERAJAAN RUPANYA MASIH BOLEH DIJATUHKAN 


Semalam, sehari selepas mengajak orang Melayu menolak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melangkah setapak lagi dalam gerakannya dengan menekankan perlunya pertukaran pentadbiran dilakukan.


Kata beliau, sekiranya kerajaan didapati tidak mentadbir dengan baik, adalah menjadi hak Ahli-Ahli Parlimen kerajaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri seperti yang pernah berlaku kepada Mahiaddin Md Yasin sebelum ini.


“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, kerajaan itu sepatutnya dijatuhkan dan pilih yang lain.


“(Ini)  seperti mana yang berlaku di waktu Mahiaddin Md Yasin jadi Perdana Menteri dahulu.


“Pada masa itu, UMNO tidak puas hati. UMNO tarik sokongan dan Mahiaddin jatuh, digantikan dengan orang UMNO sebagai Perdana Menteri.


“Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan dan ini tidak melanggar undang-undang,” katanya lagi dalam sidang media di Putrajaya.


Sebelum ini, Presiden Pas, Hadi Awang sudah dua kali mengeluarkan kenyataan tentang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar.


Mirip seperti kenyataan Tun Mahathir, Hadi juga berkata menukar atau menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa dalam amalan politik demokrasi.


Malah, Ahli Parlimen Marang itu meramalkan pertukaran kerajaan – Insha Allah katanya – akan berlaku dalam waktu yang terdekat ini.


Isunya, bolehkah kerajaan ditukar sesuka hati dalam keadaan sudah ada akta lompat parti?


Saya sendiri sebelum ini beberapa kali menulis bahawa menukar kerajaan adalah teramat sukar, bahkan hampir mustahil kerana berkuatkuasanya akta lompat parti sekarang ini.


Dengan adanya akta lompat parti, sokongan Ahli Parlimen secara individu dan melalui akuan bersumpah atau SD sudah tidak lagi laku, sebaliknya sokongan mesti diputuskan oleh parti.


Jika parti memutuskan menyokong A sebagai Perdana Menteri, semua Ahli Parlimen parti tersebut terikat untuk turut memberi sokongan dan inilah yang berlaku selepas PRU15 lalu bila mana UMNO memutuskan memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim, walaupun sebelum itu ada 10 Ahli Parlimen BN sudah menandatangani SD menyokong Mahiaddin.


Jika tiada akta lompat parti, hari ini Mahiaddin sudah pun mampu menyamai rekod Tun Mahathir dengan berjaya dua kali menjadi Perdana Menteri.


Anwar sendiri, tentunya disebabkan adanya akta lompat parti, dengan senyum meremehkan kenyataan Hadi itu dengan berkata – biarkan mereka merancang dan mengigau.


Apa lagi disebabkan Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengaku hubungannya dengan Anwar adalah seumpama “murid dengan cikgu”, ditambah pula diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri, sokongan UMNO dan BN secara umumnya boleh dikata tidak akan goyah lagi.


Namun demikian, oleh kerana percakapan untuk menjatuhkan kerajaan ini tidak pernah padam, ia seperti api yang sentiasa hidup membakar sekam, saya cuba membuat sedikit penyelidikan untuk mendapat kepastian.


Setelah berjumpa beberapa orang yang berkenaan, termasuk dua tiga peguam, rupa-rupanya menjatuhkan kerajaan masih boleh berlaku dalam keadaan sekarang ini.


Ia boleh berlaku tanpa perlu berdepan pilihan raya kecil bila mana sejumlah Ahli Parlimen bertindak menukar sokongan mereka.


Ia juga boleh berlaku dalam Zahid Hamidi kekal memberi sokongan kepada Anwar.


Wahhh….bahaya ini??


Saya tidak pasti sama ada perkara yang sama juga ada dalam perkiraan Hadi Awang dan Tun Mahathir bila mana kedua-duanya ternampak konfiden bila bercakap mengenai usaha menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.


Bahkan daripada maklumat yang diterima, Tun Mahathir dikatalan akan terus mengasak, mendesak dan bercakap mengenai perlunya kerajaan sedia ada ini dijatuhkan secara berterusan selepas ini.


Begitu pun, saya tidak pasti sejauh mana PH, khususnya Anwar sedar mengenai kemungkinan kejatuhan kerajaan ini boleh berlaku.


Cuma, satu pesanan kepada kerajaan dan mereka yang ada kuasa – jangan lalai, jangan sombong, jangan lupa penyokong dan jangan lupa asal usul kerana jika jatuh kali ini, kemungkinan untuk mampu bangkit semula adalah adalah terlalu sukar sekali.


Bagaimanakah caranya kerajaan boleh dijatuhkan itu?


Ini adalah RAHSIA BESAR yang mungkin ramai tak terfikir setakat ini – jangan ada sesiapa cuba bertanya atau menghubungi saya untuk bertanya mengenainya?


Hari-hari mendatang, terutama jika PH yang kini bersama BN kalah teruk dalam PRN nanti, termasuk gagal mempertahankan Selangor dan Negeri Sembilan, adalah episod yang pasti menarik untuk kita sama-sama disaksikan. – ShahbudinHusin 29/03/2023.