Rasuah | SPRM sahkan bekukan akaun parti BERSATU



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibekukan. Ketika dihubungi Astro AWANI, Azam berkata, pembekuan akaun bank itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung salah laku yang didakwa dilakukan pemimpin parti tersebut.