PH Selangor adakan rundingan kerusi dengan Umno
Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengadakan rundingan bersama Umno dalam tempoh segera.
Menurut Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim, PH negeri telah membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan bagi memulakan rundingan tentang pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri yang dijangka pada bulan Jun ini.
“Secara tidak rasmi kita telah bertemu. Nampak positif dan mereka pun memberi maklum balas yang baik untuk mengadakan pertemuan.
“Dalam masa terdekat kita akan mengadakan pertemuan (bersama Umno) dengan 3 wakil, termasuk saya sendiri, pengerusi KEADILAN dan DAP.
“Kita akan bertemu dulu dengan 3 pimpinan dia. Selepas itu diikuti jawatankausa teknikal untuk rundingan kerusi,” katanya dalam sidang media program Jelajah Ehsan Rakyat, di Ampang.
Katanya pertemuan itu perlu menetapkan kriteria untuk pembahagian kerusi.
Menurut Izham, PH dan Umno perlu setuju berkenaan cara menentukan kesesuaian calon yang bertanding di sesebuah kawasan.
“Kita nak gariskan kriteria pembahagian kerusi. Sebagai contoh yang mana menang pertahankan, yang kalah kita boincang. Itu salah satu cara. Juga melihat berdasarkan prestasi PRU 15 lalu
Kita akan lihat kaedah yang paling adil dan diterima semua parti,” katanya lagi.
Beliau mengharapkan pembahagian kerusi akan selesai sebelum ramadan untuk memudahkan kerja kerja kempen pilihanraya.