PERTAMA KALI KOME DENGOR PEJA BERI PENDAPAT AGAK BIJAK. TIDAK MEGAPE HANIS SEBABNYE KERAJAAN INI BAIK MENDONIA. HANYA PERMOHONAN MAAF...KIRA OK...

 

Hukuman Hanis peringatan untuk hormat masyarakat majmuk, kata bekas menteri


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman ke atas Hanis Nadiah Onn
 merupakan peringatan bahawa komen berbaur perkauman tiada ruang
 dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

PETALING JAYA: Dua bekas menteri belia dan sukan menyambut baik penggantungan ke atas pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn daripada mewakili negara selepas membuat komen rasis baru-baru ini.

Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman itu merupakan peringatan bahawa komen berbaur perkauman tiada ruang dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

“Rasa hormat antara satu sama lain adalah asas paling penting kepada masyarakat kita dan sebagai seorang pemain hoki kebangsaan, Hanis harus bertanggungjawab atas komen tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata, hukuman itu perlu dijadikan contoh kepada persatuan dan atlet lain supaya sentiasa menghormati kepelbagaian budaya agama dan bangsa di Malaysia.

“Ia juga untuk pastikan tindakan sebegini tidak berulang lagi,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Hanis hari ini dilaporkan menerima penggantungan itu dengan hati terbuka dan bertekad tidak mengulangi kesilapan sama, selain mengingatkan atlet lain sentiasa berhati-hati membuat sebarang hantaran di media sosial.

Semalam, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan Hanis digantung serta tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan ke perlawanan antarabangsa, susulan komen berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi AR Rahman bulan lepas.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menganggap hukuman itu sangat keras berbanding kesalahan Hanis.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq mempersoalkan sama ada Fadhli tahu selok-belok sukan berbanding keputusan KHM yang sudah lama dalam industri itu.

Beliau mencadangkan Fadhli meneliti keputusan KHM dan permohonan maaf oleh Hanis yang mengakui kesilapannya.

Ads by Kiosked

“Pada masa sama, isu ini bukan isu kecil kerana sukan adalah ejen penyatuan terbaik untuk memberikan contoh terbaik, khususnya apabila dia mewakili nama baik negara di persada antarabangsa,” katanya.