Beberapa hari lepas, saya menerima mesej
daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan. Katanya, 15 penduduk
di Flat Tuna Seberang Jaya jatuh terduduk apabila motosikal yang mereka miliki
hangus dalam suatu kebakaran. Katanya lagi, itu sajalah mod pengangkutan yang
ada untuk pergi kerja, menghantar anak ke sekolah, membawa ahli keluarga sakit
ke hospital, dan macam-macam lagi. π
Penduduk yang terjejas ni semuanya dari
keluarga berpendapatan rendah, justeru sukar dan tidak mampu membeli 'kuda'
baru.
Ya, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang
Pauh, namun ramai penduduk yang datang memohon bantuan daripada saya.
Mereka juga ada bertemu wakil rakyat kawasan,
tetapi mereka datang kepada saya dengan permohonan ini kerana masih menantikan
penyelesaian. Syukur Alhamdulillah - kadang-kadang rezeki datang daripada
pelbagai sumber rezeki. Saya team up dengan YB Lee Khai Loon ζε―δΌ¦ dan cuba cari jalan untuk
menyelesaikan isu rakyat di Seberang Jaya ini.
Alhamdulillah, kami berdua berkat sumbangan
juga hamba-hamba Allah SWT lainnya mampu meraih wang sebanyak RM30,000 untuk
membantu meringankan beban mereka.
Kami pergi ke kedai motor dan membeli Modenas
Kriss MR3. Asalnya, harga motor ni dalam RM4,000 sebijik, tetapi akhirnya
dibeli pada harga RM3,500 seusai proses rundingan nego! π
Saya tersentuh. Owner kedai sangat baik dan
prihatin - beliau bagi diskaun, bila tahu tentang usahasama demi membantu
keluarga berpendapatan rendah di Seberang Jaya. Syabas! ππ½
Berkat dokongan team dan sukarelawan, proses
lesen, road tax, insuran, dan isi minyak full tank selesai! InshaaAllah, semoga
token kecil ini dapat membantu mereka mencari pendapatan dan meneruskan
kehidupan. 'Kuda' dah ada, bolehlah pergi mencari rezeki semula. π€π
Saya sedar, saya bukan lagi Ahli Parlimen
Permatang Pauh, tapi Permatang Pauh sentiasa di hati saya, selama-lamanya. ❤️