NEPOTISM



Tun M bail out bisnes anak…

Pak Lah lantik menantu tingkat 4… 

Najib kena penjara sebab isteri dan anak tiri…

Muhy didakwa bagi kontrak berbilion pada menantu dan kroni…


Semua kaum keluarga depa kaya raya. Nepotism went bad untuk negara. 


La ni, PMX lantik Nurul Izzah jadi Penasihat pula. 


Truth is, mereka ini bukan malaikat, maksum segala. Mereka masih ayah kepada anak2 mereka. 


Politic idealistic akan anggap, politikus ini kuat menahan diri dari nepotism. Tapi bukan semua orang kuat. Anak2 biasanya jadi kryptonite. 


Cuma jangan sampai bazirkan wang rakyat. Anak2 ambil kesempatan. Bukan nak bekerja, banyak nak menyakau saja. Itu lagi kita kena tentang. 


Cuma untuk PMX ni, eloklah tak bagi gaji pada Izzah. Dia pun saya tak nampak bermewah2. Tak seperti anak pemimpin lain, boleh tayang kereta Ferrari dan Lamborghini. Anak Pak Lebai pun naik Mercedes. 


Beliau saya nampak pakai tudung bawal kosong saja. Handbag pun jenis raga. Tapi tetap konfiden. Kerana beliau ada substance. Perbahasan di Parlimen penuh fakta dan data. Orang pun tak berani sanggah. 


Latar belakang ada Master Public Policy dari John Hopkins University. Pernah jadi member Public Account Committee (PAC). Jawatan berprestij yang bergelut bersama MP pelbagai parti. 


Setakat ni tiada skandal besar yang dibuat. Cakap pun berhemah, bukan set2 mulut puaka la. Cuma sebab dia anak Anwar, orang tak nampak diri dia sebenar. 


Pada saya, beliau bakal jadi pemimpin tertinggi negara. Kalau nasib baik, ada peluang jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia. 


Not defending the Nepotism. Tapi ianya lebih baik dari lantik Penasihat Khas PM yang takde merit, degree pun tak habis. Diberi jawatan hanya kerana hilang jawatan MB. Dibayar gaji berpuluh ribu lagi. 


Kepada Saudari Nurul Izzah, this is the curse of being the daughter of PM. They won’t see you for your merit. 


What I can advise, jalan terus! Terus berjuang untuk anak bangsa. Jangan ternoda dengan rasuah dan salah guna kuasa. We expect you to walk the talk… Didoakan yang baik2 untuk saudari dan negara. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki