Menghimpunkan pemuda Islam itu perbuatan yang baik. Boleh
dipuji. Cuma, dengan berpakaian ala nak masuk medan perperangan, apa motifnya?
Di peringkat global, Islam dicop sebagai agama yang membenarkan
keganasan. Ratusan tahun kita cuba perbetulkan, kita laung Islam agama damai.
Tapi himpunan sebegini seolah mengiyakan segala tuduhan jahat
yang pernah dilemparkan. Sedangkan Islam tak pernah tertegak dengan mata
pedang.
Kan lebih baik kalau anak muda ini diajak berzikir dan
berselawat? Dari pikul pedang, kan lebih elok kalau pikul peralatan
pertukangan, betulkan rumah fakir yang usang?
Atau apakah ini contoh satu amaran yang kononnya mereka sedia
nak 'berperang'? Jangan begitu. Ini tak baik untuk imej Islam. Mencemarkan.
Bila ada yang kaitkan dengan Taliban, mereka tak terima. Suruh
ambil tindakan. Kononnya dakwaan begitu boleh menimbulkan kegentaran awam. YB Saifuddin Nasution Ismail
sila ambil perhatian.
Tapi perlakuan sebegini, yang lebih menggentarkan awam,
mengapakah dianjurkan? Aku cuma harap perkara sebegini takkan berulang lagi.
Guane boh?