KENYATAAN MEDIA BERKAITAN 3 WALAUNTIT MEMFITNAH.

 



KENYATAAN MEDIA:


Kemunculan video fitnah terbaharu ke atas Kerajaan Perpaduan melibatkan tiga siswi propembangkang menunjukkan bahawa pihak berkenaan tidak pernah insaf dan langkah mengatasinya hanya boleh diambil melalui tindakan tegas.


Memberi amaran dan meminta mereka memadamkan hantaran video itu semata-mata bukanlah langkah yang praktikal kerana mereka hanya diam seketika dan akan muncul dengan video yang lebih ekstrim.


Pembangkang tidak akan serik memfitnah malahan menjadikan golongan terpelajar sebagai penyampai kandungan fitnah tersebut tanpa memikirkan kesan ke atas siswi berkenaan sekiranya diheret ke muka pengadilan.


Dalam hal ini, sekurang-kurangnya ada dua sebab besar yang memerlukan pihak berkuasa bertegas - pertama, membendung kegiatan fitnah daripada terus berleluasa agar negara ini terselamat daripada suasana tidak harmoni; kedua, menyelamatkan modal insan terutama golongan terpelajar daripada terjerumus dalam kancah kebencian sebaliknya memupuk mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.


Kerajaan dan pihak berkuasa dalam kes penyebaran video fitnah begini perlu bertindak keras dan segera ke atas pemfitnah serta dalang kes itu tanpa ragu-ragu bermula sekarang.


Tidak perlu lagi terlalu lunak dan "besar jiwa" kerana pembangkang tidak pernah menghargainya, malahan lebih "ganas" meracuni fikiran masyarakat tanpa ada sedikit pun perasaan bertanggungjawab.


Bertindaklah dengan tegas dan segera sebelum nasi menjadi bubur. Tidak guna kita hanya baru tengadah setelah teruk terhantuk di  tembok fitnah.


ALIAS ISMAIL,

Ketua Penerangan MPN PKR Terengganu,

10 Februari 2023.