KERAJAAN APA LAH YANG SUKA LIHAT RAKYAT MELINGKUP KELUAR HABIS KWSP- INILAH KERAJAAN LEPAS. -HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI.

 












Pembangkang gunakan isu KWSP ni untuk hasut rakyat benci kerajaan. Pelik. Sepatutnya pemimpin risaukan masa depan rakyat. Tapi ini pemimpin yang sibuk nak rakyat habiskan simpanan hari tua.

DS Anwar buktikan yang beliau risau masa depan rakyat sampai nak masukkan RM500 kepada akaun yang jumlahnya kurang RM10,000. Itu baru nampak nak bantu rakyat. Pembangkang? Suruh bagi licin.

Ada banyak kebaikan lain yang tersenarai dalam bajet yang dibentangkan. Pengurangan cukai, bantuan untuk petani miskin, kad perubatan untuk B40 dan banyak lagi. Tapi pembangkang masih nak main isu KWSP. Kenapa?

Sebab itu sahaja yang mereka boleh gunakan untuk hasut rakyat. Hal-hal baik yang lain mereka cuba sembunyikan. Nampak tak pembangkang ni cuma nak kuasa? Bukan peduli pun nasib rakyat.

Belanjawan DS Anwar menumpukan kepada rakyat miskin tegar. Bukan hanya mereka yang memiliki tabungan KWSP. Beliau fokus kepada warga miskin di kampung-kampung yang tak bergaji tetap.

Aku pun nak juga KWSP. Kalau dapat, banyak aku nak gayakan duit tu. Tapi katakanlah aku dapat, bagaimana dengan nelayan-nelayan miskin? Petani dan pesawah miskin?

Kenapa pembangkang hanya mainkan isu KWSP sedangkan tak sebut pun tentang nasib mereka ini? Apakah mereka ini, pada mata pembangkang, tak perlu dibantu? Nampak tak jahatnya mereka ini?

Bagi aku, bila pembangkang tumpukan pada KWSP semata, itu maknanya belanjawan ini bagus hingga pembangkang ketiadaan isu untuk dimainkan. Itu tanda belanjawan ini menyeluruh. Guane boh?

Raja Gelap

.