Kalau setiap kali bagi fitnah satu anggota badan jadi kayu, rasanya hampir semua walaun dah jadi kayu seluruh badan. Tak habis dengan fitnah.
Biar aku cuba jawab . Penghapusan hutang Felda bukan dihentikan. Pusingan pertama penghapusan hutang dah selesai sewaktu Mahiaddin jadi PM. Tapi ia tak disambung untuk pusingan kedua.
Maknanya yang ikut serta masa pusingan pertama tu dah habis dah. Dah takde hutang. Cuma yang masih berhutang, kena selesaikan hutang yang ada. Felda ni entiti bisnes. Kena jaga aliran tunai.
Kalau buat lagi Felda mungkin melingkup terus dan itu lebih merugikan orang Melayu nanti. Mahiaddin dulu cuma nak dapatkan pengaruh. Mana dia reti tengok kesan dari sudut ekonomi dan bisnes.
Kedua, soal bayaran royalti. Aku dah tulis malam tadi. Pertama, seperti yang dijelaskan oleh Zafrul sewaktu PAS ada dalam kerajaan lagi, tiada royalti untuk Kelantan. Sebab minyak luar perairan negeri.
Tapi disebabkan dekat dengan negeri, maka diberi wang ehsan. Dah namanya ehsan, terpulang kepada kerajaan nak beri bagaimana. Dan kerajaan lebih percaya agensi daripada kerajaan negeri. Nasib la.
Tak timbul soal menzalimi kerana RAKYAT masih dapat duit tu. Yang tak dapat cuma kerajaan negeri. Tapi kerajaan negeri tetap dapat peruntukan lain macam biasa. Dan yang lebih utama, rakyat akan dapat nikmati terus wang ehsan tu.
Ketiga soal peruntukan pembangkang. Tak perasan dekat bahagian mana yang ada sebut peruntukan tak diberikan. Tapi kalau ya pun, yang tak dapat duit tu cuma ahli parlimen. Pembangunan tetap ada.
Contohnya baik pulih sekolah tetap akan dibuat walau sekolah berada di negeri yang ditadbir oleh PN. Kementerian Pendidikan pun kata, dana yang besar itu untuk semua negeri. Nak risau apa?
Cuma duit tak sampai ke tangan MP. Jadi MP susah nak jual cerita konon mereka baik hati sedangkan perbelanjaan guna dana kerajaan pusat. Sebab itu mereka marah. Sebab tak dapat bergaya.
MP marah aku tak pelik. Yang penyokong pun nak marah sama kenapa? Kalau duit pergi ke MP, ko dapat persen ke? Yang penting pembangunan dan kebajikan tu korang sebagai rakyat akan tetap rasa.
Cuba tengok balik belanjawan. Semua untuk rakyat. MP pembangkang marah sebab tak dapat nak bergaya dengan dana kerajaan je. Tapi tiada rakyat, terutamanya golongan miskin, yang ketinggalan.
Dulu masa PN ada dalam kerajaan, pembangkang tak dapat peruntukan juga. Masa tu tak keluar pun isu MP Islam dinafikan hak. Ramai je MP PH yang mewakili kawasan Melayu tak dapat peruntukan.
Kan nampak sangat mereka gunakan nama Melayu hanya untuk kepentingan politik mereka. Masa ada kuasa, tak fikir pun tentang Melayu. Projek Jana Wibawa yang konon untuk Melayu pun diberikan kepada bukan Melayu. Apa kes?
Sama ada Wan Saiful bersalah atau tak, itu biarlah mahkamah tentukan. Tapi lelaki Cina yang terbabit tu memang sah ada. Jadi dana Jana Wibawa pergi ke bukan Melayu tu memang sah.
Yang itu walaun tak bising. Gunakan nama Melayu untuk korek dana, tapi beri kepada bukan Melayu. Aku tak ada hal bukan Melayu dapat projek cuma yang aku tak berkenan, guna nama Melayu untuk menipu rakyat. Itu yang jahatnya.
Belanjawan ini baru dibentangkan. Semua MP ada 2 hari untuk belek sebelum dibahas untuk diluluskan. Kalau MP pembangkang rasa ada ketidak adilan, bahaskanlah dan bentangkan fakta nanti.
Tapi orang besar pembangkang selalunya ponteng sidang. Itu yang masalah. Kalau datang pun, dalam dewan buat bising benda bodoh. Tak tunjuk fakta pun. Lepas tu bising kat luar. Yang kesian pengikut yang dungu. Percaya tanpa berfikir. Guane boh?
Raja Gelap
.