'Itu adalah satu pembohongan' - Rafizi usul Wan Fayhsal diambil tindakan



Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengusulkan supaya Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana didakwa membuat kenyataan yang mengelirukan. Menteri Ekonomi itu berkata Wan Ahmad Fayhsal mendakwa manifesto PH baru-baru ini ada menjanjikan untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).