Ayok KJ... Tak tayok... Hahaha...
Kerajaan mendapati pembelian vaksin tak mengikut prosedur.
Dikatakan perolehan dilakukan menteri ketika itu tanpa persetujuan Peguam
Negara.
Baca berita lanjut di https://bit.ly/3YkoG8n.
Satu persatu perkara pelik yang berlaku sewaktu pentadbiran
terdahulu ditemui. Aku yakin mereka akan kata ini semua adalah balas dendam.
Bila ada kecurangan ditemui, wajarkah kerajaan ini diamkannya?
Sedangkan kecurangan itu melibatkan dana rakyat. Tidakkah rakyat berhak
diberitahu?
Bukankah kalau didiamkan bererti kerajaan ini juga turut
bersubahat? Dan sememangnya rakyat ingin tahu segala bentuk kecurangan yang
berlaku.
Terutama dalam isu vaksin ini yang mencirikan dari awal lagi.
Jumlah pembelian yang terlalu banyak, dana yang terlalu besar dan lain-lain.
Lagipun, kalau pun kerajaan sekarang berniat untuk membalas
dendam, sekiranya tidak ada apa yang salah, nak balas dendam pun tak boleh
jadi.
Masih terlintas di hadapan mata aku tajuk berita suatu waktu dahulu
di mana KU berkata kerajaan akan susahkan mereka yang enggan divaksin.
Aku pro-vaksin tapi aku benci perbuatan mengugut seperti itu.
Jangan aniaya orang sebab doa orang teraniaya itu makbul. Sekarang, nampaknya
yang susah sebab vaksin adalah KJ sendiri. Guane boh?
.