Ramai yang suarakan bantahan tentang peningkatan kadar cukai bagi pendapatan melebihi RM100K dalam #Belanjawan2023.
Saya faham pendapatan RM10K sebulan kalo di bandar-bandar besar seperti kat Selangor, KL, Penang, Johor Bahru memang tidaklah semewah yang disangka. Banyak komitmen dan kos kehidupan tinggi.
Tapi, minta izin korang, kasi saya explain kejap 👨🏻🏫:
Sebenarnya dalam jadual cukai baru, JIKA gaji boleh dicukai (taxable income) KURANG daripada RM230,000 setahun, TIADA sebarang cukai tambahan yang perlu dibayar.
✅✅✅Ok pendek kata: kalo gaji korang di bawah RM20K sebulan, korang memang TIDAK akan kena bayar lebih cukai. 🤲🏼
In fact, kalau gaji korang di bawah RM20K sebulan, korang akan dapat enjoy potongan kadar cukai yang PMX umumkan. Maksudnya, ada PENJIMATAN cukai sehingga RM1,300.❤️ (Rujuk jadual yang dilampirkan)
⚠️⚠️⚠️Bab naik kadar cukai itu hanya akan affect mereka yang bergaji LEBIH RM20K sebulan.
Itupun, kalau gaji boleh dicukai dah cecah RM250,000 setahun (gaji bulanan LEBIH RM20K), cukai yang kena bayar lebih untuk tahun itu hanya RM200 je.
Harap pencerahan ini dapat beri manfaat. Kita sama-sama berusaha dan jalan teruih. 🇲🇾