Bekas menteri kewangan kedua Johari Abdul Ghani menggesa kerajaan untuk menekan lebih keras terhadap firma kewangan Goldman Sachs dan eksekutifnya dalam usaha Putrajaya mendapatkan semula aset 1MDB.
Johari (BN-Titiwangsa) berkata ini memandangkan penyelesaian kerajaan terdahulu dengan Goldman adalah tidak mencukupi.
Pada Oktober 2020 - di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin - Goldman bersetuju membayar pampasan AS$2.5 bilion, sambil menjamin pulangan AS$1.4 bilion aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di seluruh dunia.
Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Johari mengulangi kritikan bahawa perjanjian itu tidak sesuai dengan kesalahan dan peranan Goldman dalam skandal 1MDB.