MP Pendang kata Anwar lebih zalim dan pendendam dari Mahathir ?
Apa dalilnya? Saya sempat menulis 10 dalil untuk mengiyakan kata MP Pendang yang amat budiman itu.
1. Atas arahan Mahathir sebagai PM, Us Ibrahim Libya serta berbelas2 para pengikutnya ahli2 Pas di Memali telah ditembak oleh anggota keselamatan kerana dikatakan menentang kerajaan secara kekerasan. Anwar lebih zalim dari Mahathir.
2. Ramai pemimpin Pas dan pengikut Pas telah ditahan tanpa bicara di bawah Akta ISA ketika era Mahathir. Anwar lebih zalim dari Mahathir.
3 Tahun 1999, Mahathir selaku PM merampas royalti minyak Terengganu. Anwar lebih zalim dari Mahathir.
4. Mahathir pernah menyatakan Pas parti sesat. Anwar lebih zalim dari Mahathir.
5. Sebaik sahaja Mahathir jadi PM kali kedua pada tahun 2018, beliau terus tukar Pesuruhjaya SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan terus memburu musuh2 politiknya kecuali yang sanggup menyokongnya dan sertai partinya. Anwar jadi PM10, hingga kini tidak menukar sesiapa pun yg memegang jawatan penting tersebut. Anwar lebih zalim dari Mahathir.
6. Apabila pemimpin Pas menfitnah Anwar, akhirnya takut disaman, pemimpin Pas tersebut memohon maaf, Anwar terus memaafkannya. Anwar lebih zalim dan pendendam dari Mahathir.
7. Anwar jadi PM10, dia tidak pernah sekat Muhyidin bercuti ke luar negara seperti Mahathir sekat Najib ke luar negara. Anwar lebih zalim dari Mahathir.
8. Meskipun Mahathir telah menzalimi dan menfitnah Anwar sehingga beliau terpenjara, dipukul setengah mati, bila Anwar jadi PM10, sedikit pun dia tidak mengusik Mahathir. Anwar lebih zalim dan pendendam dari Mahathir.
9. Waktu era Mahathir, mesyuarat MB-MB sering meminggirkan MB-MB dari negeri Pembangkang, namun bila Anwar jadi PM10, kesemua MB/KM dijemput hadir. Anwar lebih zalim dari Mahathir.
10. Penubuhan Bank Islam, Takaful Islam, Insuran Islam, Universiti Islam, dasar pemakaian menutup.aurat di sekolah-sekolah, namun Anwar tetap lebih zalim dari Mahathir.
Tidak larat mahu tulis betapa zalimnya Anwar Ibrahim. Kerana kezalimannya itulah Sultan Brunei sanggup datang ke Malaysia bertemu beliau. Pemimpin pejuang Palastine paling awal ucap tahniah kepada beliau kerana dilantik sebagai PM10 dek kerana zalimnya Anwar Ibrahim.
Satu2nya dalam dunia seorang PM yang zalim tidak mahu mengambil gaji sebagai PM selagi rakyat susah. Satu2nya PM zalim dalam dunia yang memotong gaji menteri2nya. PM zalim itu adalah Anwar Ibrahim.
Ingatlah, jika kita menuduh seseorang yang baik itu sebagai zalim, kita bimbang kita adalah paling zalim sebenarnya. Zalim kepada diri sendiri iaitu tidak berlaku adil.
WFAUZDIN NS