Tidak wajar PN rancang pecah-belahkan parti orang lain - Khairuddin



Bekas ulama kanan PAS Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan mana-mana pihak yang menyimpan agenda untuk menumbangkan kerajaan sedia ada supaya menghentikan niat tersebut. Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata rakyat kini mahukan kerajaan yang stabil dan berharap pihak pembangkang untuk menerima hakikat. Menyentuh mengenai dakwaan percaturan menjatuhkan kerajaan, Mohd Khairuddin menyifatkan seseorang ahli politik yang sayangkan agama dan rakyat tidak akan bertindak sedemikian.