Kalau baca tajuk, kita boleh faham macam Rafizi nak parti
bincangkan kemasukan KJ ke dalam PKR. Padahal kalau baca artikel penuh, Rafizi
kata bukan dia keputusan buat keputusan kalau nak terima KJ. Perkara itu perlu
dibincang oleh parti.
Lebih penting, Rafizi kata pada masa ini perkara itu tidak
timbul jadi tak perlu dibincangkan. Nampak? Sebenarnya Rafizi jawab pertanyaan
wartawan tapi dipusing cerita dah macam Rafizi nak tawarkan KJ masuk PKR.
Menjengah ke ruangan komen, macam biasa, boleh baca komen orang
yang baca tajuk je. Dari komen aku boleh agak kebanyakannya walaun. Wartawan ni
sebenarnya buat kerja untuk walaun. Buat isu nak serang Rafizi.
Etika kewartawanan mereka ni bukan setakat boleh dipertikai,
bahkan boleh diambil tindakan. Buat tajuk yang mengelirukan orang begini
sebenarnya menjurus kepada fitnah. Tak ada profesionalisme. Memalukan.
Cabaran kerajaan perpaduan ini bukanlah setakat ekonomi yang
rosak dikerjakan PN, bahkan juga fitnah dari musuh serta sikap wartawan yang
tiada etika. Sebab tu kalau baca berita, jangan terus nak percaya. Kalau boleh
cari dulu teks asal. Mungkin wartawan dah manipulasi ceritanya. Guane boh?