LANGKAH LONDON DAN JAKARTA TERKANTOI*



PERIKATAN NASIONAL masih tidak berputus asa cuba untuk mempengaruhi sekali lagi MP UMNO supaya menarik sokongan agar menjatuhkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO pada 17 Januari depan.

Kami difahamkan juga pertemuan yang diadakan di London dikatakan telah gagal malah terkantoi ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh pemimpin UMNO sendiri yang memaklumkan menerusi sidang media.

Ujarnya, pemimpin UMNO mendakwa bahawa tidak ramai MP UMNOBN hadir semasa perjumpaan tersebut diadakan di dua lokasi berasingan iaitu satu di London dan satu lagi di Jakarta.

Rancangan jahat yang ingin menggagalkan kepimpinan DSAI turut didalangi oleh Mahiaddin Yasin dan Presiden PAS sendiri seolah-olah mereka berdua ini tidak langsung menghormati amalan sistem demokrasi berpelembagaan malah bertindak berani membelakangi titah YDPA supaya menerima kerajaan perpaduan.