DULU PUN SAMA JA DAPAT BANTUAN DISALURKAN MELALUI JPP







Aku dapat ni dari ruangan komen posting sebelum ni. Rupanya pada masa PAS dalam kerajaan dulu lagi pun memang bantuan banjir disalurkan melalui JPP juga seperti berita ini yang dipetik dari Harakah bertarikh 21 Julai 2022.

Masa tu PAS tak kata pun kerajaan pusat sebagai khianat, pembelot, zalim dan sebagainya. Kenapa? Adakah sebab masa tu PAS dalam kerajaan jadi JPP pun bawah kawalan PAS. Sekarang PAS tiada dalam kerajaan, tak dapat lagi kawal JPP.

Jadi masalahnya di sini, PAS tak dapat kawal duit la rupanya kan? Tak hormat konsep federalisme tu alasan je. Sebab masa tahun 2022 dulu tak ungkit pun pasal ni. Cakap terus terang kan senang. Tapi sebenarnya memang dah agak pun. Guane boh?

Raja Gelap

.