Hutang negara RM1 trilion, batal projek elak ketirisan, kata Anwar




Anwar Ibrahim berkata, tindakan menyemak semula dan membatalkan projek tertentu bukan untuk memfitnah atau mencerca pihak lain.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, tindakannya menyemak semula dan membatalkan projek yang diluluskan bagi memastikan tiada ketirisan ketika hutang negara melebihi RM1 trilion.

“Diberi mandat (jadi perdana menteri), hutang lebih RM1 trilion. Setiap agensi kita teliti, di mana bocornya, mana tirisnya dan ini bukan fitnah.

“Saya kuat meneliti fail-fail, sebab itu ada beberapa projek kita minta tangguhkan, teliti semula atau batalkan, bukan makna untuk cerca mana-mana tokoh politik,” katanya ketika berucap dalam Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di sini.

Beliau berkata demikian susulan arahannya pada 6 Dis lalu supaya beberapa projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan kerana membabitkan rundingan terus tanpa proses tender.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, beliau mahu meneliti semula projek tebatan banjir itu kerana jika timbul sebarang masalah, yang menjadi mangsa ialah rakyat, khasnya orang miskin.

“Majoriti (orang) miskin itu Melayu, sebab itu nak belanjakan (dana) perlu teliti…ini soal governance (tadbir urus).

“Tetapi, mengurus negara itu perlu ketertiban dan (ikut) peraturan. Ini kerana, lihat umpama diluluskan dengan spontan projek-projek tebatan banjir, ada beberapa persoalan tak dijawab dan saya minta tangguhkan dan diteliti semula.”

Dalam pada itu, Anwar berkata, mana-mana menteri yang didapati terbabit dengan budaya rasuah atau salah guna kuasa akan dipecat serta-merta.

“Saya sudah beritahu kepada rakan-rakan Jemaah Menteri yang saya pilih, yang pertama, untuk soal tata kelola, maknanya tiada rasuah.

“Saya juga sudah bercakap dengan ketua-ketua parti komponen, kalau ada semasa pentadbiran saya sebagai perdana menteri kes seperti ini (rasuah), saya minta pecat mandat (sebagai menteri) serta merta.”

Katanya, peringatan itu bukan bersifat politik, sebaliknya keyakinan beliau untuk membebaskan negara daripada rasUAH.

ADA PARTI TAK BOLEH MOVE ON. JADI AGONG MINTA PERJELASKAN. MAKA UNDI PERCAYA ADALAH PERLU DEMI YDPA DAN MAJLIS RAJA RAJA

 

Agong minta perjelas sokongan majoriti elak kekeliruan, kata Anwar.



Anwar Ibrahim berkata, beliau mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri ke-10 kerana terdapat Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan mereka kepada pihak lawan pada saat akhir.

PUTRAJAYA: Anwar Ibrahim mendedahkan Yang di-Pertuan Agong semalam meminta beliau menjelaskan kepada rakyat berhubung sokongan majoriti yang dimilikinya untuk menjadi perdana menteri ke-10 kerana ada pihak mempertikaikannya.

Beliau berkata, penjelasan itu juga dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan tidak menyinggung kedudukan Raja-raja Melayu.

“Seperti mana dalam perlumbaan, dia boleh potong ’round’ (pusingan) pertama. Kita potong ’round’ ketiga.

“Tetapi, yang penting garis penamat. Di garisan penamat, saya perolehi jumlah besar kerana orang beri pengakuan sebelumnya telah menarik balik sebelum tempoh 2 petang,” katanya dalam Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di sini.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi masa sehingga 2 petang 21 Nov lalu kepada pemimpin parti politik untuk memutuskan gabungan parti bagi membentuk kerajaan dan mempersembahkan calon perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti kepada baginda. Tempoh itu kemudiannya dilanjutkan selama 24 jam ke 2 petang 22 Nov.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam proses pemilihannya sebagai perdana menteri,  gabungan yang memiliki jumlah kerusi paling banyak ketika itu adalah Pakatan Harapan (PH), diikuti Perikatan Nasional (PN).

Disebabkan tiada gabungan yang memiliki majoriti mudah, katanya, terdapat usaha mendapatkan akuan berkanun (SD) Ahli Parlimen sebelum tamat tempoh yang diberikan Agong.

PH memenangi 82 kerusi, disusuli PN (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22) dan Gabungan Rakyat Sabah (6).

Dalam pada itu, Anwar menegaskan usul undi percaya di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini bertujuan mendapatkan mandat lebih jelas untuk memimpin negara.

“Rasa perlu untuk adakan undi percaya kerana jumlah jelas dari PH, BN, GPS, GRS dan parti kecil lain.

“Saya jawab ampun Tuanku, ini bukan soal peraturan dan undang-undang dibangkitkan, tapi kerana saya mahu memimpin dengan mandat yang jelas, patik yakin perolehi majoriti.

“Andai kata tidak perolehi, patik akan tunduk kepada suara rakyat,” kata pengerusi PH itu.


“BERMULA MINGGU DEPAN, SAYA AKAN MULA JAWAB SERANGAN KEBENCIAN PN/PAS”

 

Saya faham perang media sosial masih panas – mainan politik PN/PAS terus berlaku.

Tetapi tanggungjawab utama kerajaan adalah membaiki kehidupan rakyat.

Masa waktu yang dibayar gaji oleh rakyat, saya akan tumpu kerja sebagai menteri. Keutamaan sekarang adalah melaraskan dasar-dasar dan pelaksanaan projek supaya memberi impak paling besar kepada rakyat dalam persediaan kita menghadapi cabaran ekonomi 2023 yang dijangka lebih menguji kekuatan dan daya tahan ekonomi negara.

Diluar waktu kerja, saya akan berdepan dengan PN/PAS. Saya akan menjawab isu-isu yang mereka mainkan dan juga akan selaraskan supaya aktivis dan pimpinan Kerajaan Perpaduan turut sama memantau prestasi mereka sebagai pembangkang.

Mereka ingat jadi pembangkang ini hanya menimbulkan sentimen kebencian. Mereka lupa bahawa menjadi pembangkang juga perlukan pengetahuan mengenai dasar, memantau pelaksanaan, membawa suara rakyat dengan masalah seharian mereka.

Mulai minggu depan, selepas seminggu memahami keadaan semasa kementerian, saya akan mula:

– keluar kenyataan politik sebagai Timbalan Presiden PKR (bkn sebagai Menteri) untuk menggariskan perancangan dan usaha kita bersedia menghadapi 6 Pilihanraya Negeri yang akan datang.

– menyiarkan kandungan-kandungan politik (selain dari kandungan mengenai dasar dan program sebagai menteri) supaya kita mematahkan sentimen kebencian yang dibawa sekarang.

Kenyataan mengenai dasar kementerian, kedudukan ekonomi dan yang berkaitan akan dibuat melalui saluran rasmi sebagai menteri.

Mulai Januari 2023, saya juga akan mula gerakkan kempen untuk PRN di 6 buah negeri.

Kita akan berkempen seperti sebelum membentuk kerajaan atas platform PKR dan @ayuhMYmovement tanpa penglibatan satu sen duit dan masa kerajaan.

Jadi kepada kawan-kawan yang risau di luar, Insya Allah kami ada perancangan yang disusun untuk berdepan dengan lawan politik.

Masa yang dibayar gaji oleh rakyat adalah tanggungjawab negara dan tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja politik.

Masa kami sendiri (seperti waktu malam, hujung minggu dan lain-lain) adalah masa untuk berkempen supaya tidak ada campur aduk di antara tanggungjawab sebagai menteri dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden parti.

Masa untuk kita zahirkan perubahan budaya politik 👍

Jangan jadi seperti PN/PAS – masa mereka jadi kerajaan, semua berpuas hati dan kebajikan rakyat tidak terjaga. Masa dah kena buang dari kerajaan (oleh rakyat) baru terpaling lantang.

Kita jumpa di pentas rakyat dan Parlimen nanti.

Biar rakyat hakimi siapa yang lebih bertanggungjawab kepada rakyat dengan amanah yang diberikan.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden PKR

11/12/2022.



JIKA MENDAPAT PEMBANGKANG YANG LEMAH, NASIB JADI PEMBANGKANG. KALAU JADI KERAJAAN BOLEH HANCUR NEGARA DIBUATNYA

 

NORMAN RADZUAN




Minum santai hari minggu sambil ketawa sendirian melihat telatah pemimpin PN dan ahli PAS terutamanya. Sayang negara mendapat pembangkang yang lemah. Tak dapat saya bayangkan jika PN menjadi kerajaan punah ranah negara ini.

Baru 2 minggu mereka seperti orang terkena sawan. Apa isu yang dibangkang sangat melucukan hingga ketawa sendirian silap2 orang ingat saya kurang siuman.

1) Mereka hanya ada 73 dan sekarang 74 mereka kata mereka yang patut menjadi kerajaan. Dari mana datangnya 112 MP? Sedangkan Agong minta buat kerajaan Perpaduan mereka kata nak jadi pembankang. Tapi bila jadi pembangkang mereka kata mereka lah yang patut jadi kerajaan.

2.) Mereka pertikaikan kerajaan Perpaduan. Isu yang tak membantu ekonomi rakyat pun pasal nama tu. Patut mereka bawa isu yang boleh membawa manfaat kebaikan rakyat bukan isu nama yang tak salah dari segi Undang2 pun.

3) Mereka pertikaikan tentang bantuan keapad pesawah. Kerajaan bela orang miskin mereka bela taikun besar… pelik.

4) Mereka suruh kerajaan haramkan judi. Dulu Pas dah jadi sebahagian kerajaan tak haramkan judi tapi naikkan judi. Hanya org kurang siuman sahaja yg boleh terima politik sempit cara begini.

Yg mereka bangkang DAP DAP DAP… tetapi langsung tidak mahu berhujah secara fakta utk isu tersebut. Ingat Majlis Fatwa tidak pernah istiharkan undi DAP haram tetapi Majlis Fatwa Melaka (tidak silap) pernah memfatwakan Amanat Hadi sesat.

Sampai kini cuba berikan berita anyg sahih ( fakta ) apa yg dilakukan DAP ? Mereka perintah negara? Mereka tidak benarkan azan? Anak Melayu jadi gembala babi?

Jika begini level pemikiran pembangkang ia sangat menyedihkan. Orang Melayu masih percaya kepada cerita2 tahyul daripada cerita yg realistik.

Bila PN kata mahu jadi pembangkang kita berharap mereka menjadi chk n balance atau efektif.

Tapi sayang mereka tidak seperti diharapkan tetapi mereka hanya bertindak memfitnah dan semua yang baik dilakukan kerajaan semua tidak kena di mata mereka. Maaf kata jika kasar bahasa please jadi lah pembangkang bukan pembangang.

 

MENTERI PENDIDIKAN PERKENAL DASAR KOMUNIKASI DULA HALA


RUGI BUNUH FIKIRAN RASIONAL ANAK MUDA DENGAN FITNAH TIKTOK


Macamana Melayu nak maju bila cerita ekonomi berakhir dengan politikMACAMANA MELAYU NAK MAJU , BILA CERITA BAB EKONOMI BERAKHIR DENGAN POLITIK


KISAH SEBELUM KERAJAAN PERPADUAN DIBENTUK- PAS PUNYA LA KALUT

 





Walaun nak ejek kita konon... Ungkit lagu Aduh Malaysia nyanyian Altimet.

Memang betul kita panggil UMNO penyamun. Dan kita tak tarik balik pun gelaran tu.

Tapi sebelum PAS nak mengata penyokong PH, cuba tengok diri sendiri dulu.

Mahiaddin pernah panggil PAS Parti Ajaran Sesat. Sampai hari ni Mahiaddin tak pernah tarik balik apa yang dia kata tu.

Tapi apa PAS buat? PAS siap nak lantik Mahiaddin jadi PM pulak. Tak ke parah tu?

Orang kata dia sesat, dia angkat pulak orang tu jadi PM. Dah macam PAS setuju pulak yang Mahiaddin kata pada mereka. Kan?

Dulu Mat Jargon pun pernah kata penyokong PAS bodoh. Apa penyokong PAS buat? Dia undi pulak Mat Jargon tu dalam PRU.

So PAS tak payah dok sibuk nak mengata orang. Tengok la diri sendiri tu dulu.

Kerajaan perpaduan PH-BN ni tak tentu lagi akan terbentuk. Tak pasti lagi.

Tapi yang dah pasti walaun memang jenis tak sedar diri. Kat rumah tak ada cermin. Sebab tu tak sedar cela pada wajah sendiri. Guane boh?

Raja Gelap

 

KALAU TAK MAHU JADI KETUA PEMBANGKANG-NAMPAKNYA ANWAR MENANG LA DALAM DEWAN- SETAKAT HAMZAH ZAINUDDIN KENA MAKAN.

 


Jadi kerajaan pun kerajaan gagal. Takkan jadi Pembangkang pun gagal juga. Kalau masih gagal, elok usah jadi orang la...jadi kambing lagi bagus...

W.FAUDZIN.

Ahmad Maslan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan?

 

Ahmad Maslan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan?

Macam ni. Katakan korang manager, ada sorang staff ni anak boss. Ko tau dia ada otak untuk buat kerja tapi perangai mengarut. Dia punya mengarut tu boleh menyusahkan orang.

Nak buang tak boleh sebab anak boss. Tapi salah letak, boleh susah orang lain. Jadi nak letak mana? Kalau aku, aku letak dia bawah seliaan aku sendiri. Senang aku nak monitor...

Sebenarnya kalau ikut cerita, Ahmad Maslan ni jenis pandai. CPA 3.80 katanya. Pandai la tu. Tapi yang jadi masalahnya dia suka cakap mengarut. Sebab tu susah nak percaya yang dia ni pandai.

Tapi dia Setiausaha Agung UMNO. Nak tak nak, suka tak suka, kena lantik dia juga.

Dengan perangai mengarut dia tu, kementerian apa rasanya yang dia paling sesuai. Menteri mana yang boleh kawal dia? Siapa lagi kalau bukan PM sendiri yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Bayangkan kalau Ahmad duduk dalam kementerian yang sama dengan Abg. Mad... Tak ke huru hara jadinya? Jadi bagi aku, ini langkah bijak dan terbaik daripada DS Anwar.

Lebih penting, sebagai salah seorang pemimpin tertinggi UMNO/BN, keberadaan dia di kementerian ini boleh menutup mulut puak rasis. Tambah pula seorang lagi timbalan menteri dari DAP. Dengan adanya Ahmad Maslan, tak timbul soal DAP kawal kewangan negara.

Apa pun, kita doakan mereka yang dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan baik sekali gus jadikan hidup kita semua lebih sejahtera dan negara ini lebih berjaya. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

KEPUTUSAN BERSATU SABAH MEMBUBARKAN DIRI SENDIRI TANDA MAHIADDIN TAK LAGI DIYAKINI

 

Walau apa jua hujah yang cuba dikemukakan, keputusan Bersatu Sabah membubarkan dirinya dan keluar daripada Bersatu di peringkat pusat adalah tanda hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan Mahiaddin Md Yasin.

Alasan pembubaran itu disebabkan landskap politik negara yang berubah, akur titah Agong berkenaan kerajaan perpaduan dan menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim untuk kestabilan dan memulihkan ekononomi boleh dikata hanya sebagai hujah kedua dan penyedap bahasa saja.

Sebab utama, malah paling logik dan mudah diterima ramai ialah kerana Mahiaddin tidak lagi diyakini dalam memimpin Bersatu dan untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri.

Kalau keyakinan terhadap Mahiaddin masih ada untuk mengejar jawatan Perdana Menteri, tentulah tidak mungkin sama sekali Bersatu Sabah berbuat demikian.

Lantaran merasakan tiada harapan untuk terus berharap kepada Mahiaddin, memisahkan diri dirasakan pilihan paling baik sekali.

Untuk rekod, terdapat empat Ahli Parlimen daripada Bersatu Sabah yang menang pada PRU15!baru-baru ini, tetapi kesemuanya bertanding atas tiket GRS.

Dua daripada mereka iaitu Ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd Ali dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) manakala Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Di peringkat Kerajaan Negeri pula, terdapat 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Sabah termasuk dua ADUN lantikan.

Meski dengan pembubaran Bersatu Sabah itu tidak mengurangkan jumlah kerusi Parlimen PN sedia ada iaitu 74, tetapi parti itu tiada cengkaman lagi di negeri berkenaan.

Selepas ini Hajiji Noor yang merupakan Ketua Menteri Sabah akan menubuhkan sebuah parti tempatan baru yang terasing daripada Bersatu, tetapi kekal berada dalam GRS.

Berdasarkan perlembangan terbaru ini, Bersatu khasnya dan PN umumnya, sudah boleh dianggap tempang dalam perjalanan masa depannya.

Paling khusus, Mahiaddin dalam hal ini haruslah memikirkan secara serius untuk berundur diri dan menyerahkan kepada pemimpin lain untuk menerajui parti itu.

Beliau terbukti sudah tidak diyakini dan tidak diperlukan lagi.

Di mata banyak pihak dalam Bersatu dan PN sendiri, kesilapan paling besar Mahiaddin ialah menolak dengan angkuh titah Agong berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Penolakan itu bukan saja memperlihatkan kesombongan dan tiada jiwa besar dalam diri Pengerusi PN itu, malah menyebabkan PN terlepas peluang untuk terus berada dalam kerajaan.

Seorang pemimpin Bersatu dengan nada kesal berkata, jika bukan Mahiaddin memimpin PN ketika ini, gabungan itu pasti sudah merupakan sebahagian daripada pihak yang membentuk kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan Agong.

Sebelum ada pihak dalam Bersatu tampil memaksanya berundur pergi selepas ini, tambahan lagi Hamzah Zainuddin sudah dinamakan sebagai calon Ketua Pembangkang, kewajaran untuk Mahiaddin mengundurkan diri sebenarnya sudah tidak dapat dielakkan lagi. – ShahbudinHusin 10/12/2022.



DIANGKAT SEBAGAI IKON PEMOTORAN- KEMUDIAN BILA KANTOI...PIIIISSSSHHAAANNNNGGGGG



 MMMS


Sebelum kantoi di angkat ikon permotoran.

Lepas kantoi buat-buat tak kenal pula.

Demikianlah beza nikmat, masa di tunggang dan masa kena buang.






OOOOO..POPULIS....SAYANG KAU NAK MENGATA PUN HILANG DEPOSIT..SEKALI DENGAN ATOK MELINGKUP...KAH..KAH LEPAS GERAM KE ?





DS Anwar ahli politik populis, kata Mukhriz. Siapa Mukhriz ni? Presiden PHD. Parti Hilang Deposit. Presiden paling gagal dalam sebuah parti yang gagal.

Nak kritik DS Anwar tu ok. Tapi biar bersesuaian la. Ini yang dia kata langkah populis tu bila tak ambil gaji dan tolak kereta Mercedes. Entah macamana dia kata tak ambil gaji dan tolak Mercedes tak beri kesan kepada kewangan negara. Baca beritanya di https://bit.ly/3uBUI2q.

Nasib baik partinya kalah teruk. Kalau dia mampu bentuk kerajaan tempohari, dah tentu dia belanja dengan boros. Sebab setakat beli kereta harganya berjuta tu tak ada kesan kepada ekonomi katanya.

Sudahlah Mukhriz. Kalau tak ada benda nak cakap, baik jangan cakap. Nak kata tindakan DS Anwar populis pun cakaplah. Yang penting dia tak makan duit rakyat.

Ahli politik populis tu banyak. Bapak ko sendiri pun buat langkah populis beri Kerajaan PAS Kelantan RM400 juta tak pasal-pasal. Tapi langkah populis macam DS Anwar, yang tolak kepentingan peribadi ni, belum ada PM yang sanggup buat.

Solah mereput. Tolong tinggalkan politik Malaysia. Kita tak perlukan ahli politik tandus idea macam ko yang bila tak ada isu, cakapnya pun merapu. Ko kerja sawah tanam padi pun lebih baik. InsyaAllah bantuan Bernas yang DS Anwar usahakan sampai nanti. Guane boh?

Raja Gelap

 

BUKAN 600 BILLION. TAPI 92.5 BILLION- KALAU BANYAK NI PUNYA DUIT BELI SENJATA MAU SATU ASIA TERKEJUT BERUK- TAK ADA LA YANG TAK SIAP DAN NAIK BESI BURUK.


 

Pihak Kementerian Kewangan (MoF) sudah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan Covid-19.

Bagaimanapun, SPRM menjelaskan jumlah dana seperti didakwa oleh individu tertentu sebelum ini bukan bernilai RM600 bilion.

SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, fokus siasatan kini adalah terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.

“Siasatan awal mendapati jumlah peruntukan terbabit dianggar berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion adalah dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

“Justeru, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion.

“Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan itu dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku pelanggaran serius berhubung prosedur perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rabu lalu, Muhyiddin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilapor akan dipanggil SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid-19.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menegaskan tidak takut disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana terbabit.

Tengku Zafrul yang ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan, memaklumkan tidak mendapat sebarang panggilan daripada SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion dalam kerajaan terdahulu.

Tengku Zafrul juga menegaskan tiada isu ingin diselindung, malah bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil memberi keterangan.