DS Anwar ahli politik populis, kata Mukhriz. Siapa Mukhriz ni?
Presiden PHD. Parti Hilang Deposit. Presiden paling gagal dalam sebuah parti
yang gagal.
Nak kritik DS Anwar tu ok. Tapi biar bersesuaian la. Ini yang
dia kata langkah populis tu bila tak ambil gaji dan tolak kereta Mercedes.
Entah macamana dia kata tak ambil gaji dan tolak Mercedes tak beri kesan kepada
kewangan negara. Baca beritanya di https://bit.ly/3uBUI2q.
Nasib baik partinya kalah teruk. Kalau dia mampu bentuk kerajaan
tempohari, dah tentu dia belanja dengan boros. Sebab setakat beli kereta
harganya berjuta tu tak ada kesan kepada ekonomi katanya.
Sudahlah Mukhriz. Kalau tak ada benda nak cakap, baik jangan
cakap. Nak kata tindakan DS Anwar populis pun cakaplah. Yang penting dia tak
makan duit rakyat.
Ahli politik populis tu banyak. Bapak ko sendiri pun buat
langkah populis beri Kerajaan PAS Kelantan RM400 juta tak pasal-pasal. Tapi
langkah populis macam DS Anwar, yang tolak kepentingan peribadi ni, belum ada
PM yang sanggup buat.
Solah mereput. Tolong tinggalkan politik Malaysia. Kita tak
perlukan ahli politik tandus idea macam ko yang bila tak ada isu, cakapnya pun
merapu. Ko kerja sawah tanam padi pun lebih baik. InsyaAllah bantuan Bernas
yang DS Anwar usahakan sampai nanti. Guane boh?