APA MASALAHNYA JIKA PERDANA MENTERI BERMENTALITI PEMBANGKANG?

 Agaknya kerana mula terasa panas dengan beberapa pendedahan awal Perdana Menteri berkaitan sisi gelap kerajaan terdahulu pimpinan Mahiaddin Md Yasin, kini timbul serangan bahawa Anwar Ibrahim didakwa masih bermentaliti pembangkang.

Antara pendedahan awal Anwar itu ialah wujudnya perlanggaran peraturan dalam perbelanjaan kerajaan ketika pandemik Covid19, wang judi membiayai kempen PN dan semakan semula projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion daripada RM15 bilion yang diluluskan secara runding terus lantaran aspek ketelusan didapati tidak dipatuhi.

Kononnya, kata mereka, tugas utama Perdana Menteri dan kerajaan sekarang ialah memberi khidmat terbaik dan menyelesaikan isu-isu berkaitan rakyat, bukannya sibuk menyelongkar almari buruk.

Lalu, mereka menyenaraikan beberapa isu melibatkan rakyat seperti harga ayam, telur, sayur-sayuran dan pelbagai lagi yang masih belum dicari jalan penyelesaiannya sehingga kini.

Kepada PN yang kini menjadi blok pembangkang, tak usah risau, Anwar bukanlah tidak sedar peranan serta tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dan mengetuai kerajaan.

Anwar juga tentunya lebih daripada sedar tentang harapan tinggi rakyat terhadapnya untuk meringankan beban kehidupan mereka.

Tetapi, harap semua bersabar sikit kerana kabinet belum pun sampai seminggu dibentuk, malah timbalan-timbalan menteri juga belum lagi dilantik.

Takkan hari ini kahwin, tup-tup esok lusa dah nak dapat anak?

Sabar-sabarlah dulu…

Namun demikian, dalam keadaan blok pembangkang siang malam terus mencari salah kerajaan yang relatifnya masih terlalu baru ini, diharap mereka tidak lupa bahawa perkara pertama yang diambil berat Anwar iaitu pada 27 November, tiga hari selepas mengangkat sumpah pada 24 November ialah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Selepas bermesyuarat itu, beliau seterusnya memberi tempoh dua minggu kepada majlis berkenaan untuk meneliti dan memperincikan pelbagai isu berkaitan subsidi rakyat, seterusnya menghantar laporan kepadanya.

“Saya beri tempoh dua minggu untuk mereka mencerakin, menyelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya untuk meringankan beban rakyat miskin,” katanya.

Dengan tindakan tersebut, bukankah Anwar sebenarnya telah memperlihatkan beliu amat mengutamakan soal perut dan poket rakyat?

Cuma, sekali lagi, sabarlah dulu untuk tindakan yang lebih menyeluruh kerana tempoh dua minggu itu belum pun cukup detiknya lagi.

Malah, sementara menunggu tempoh dua minggu itu, Anwar juga mengadakan perbincangan dengan tauke Bernas, Syed Mokhtar Al-Bukhary yang kemudian bersetuju menyumbang RM60 juta kepada pesawah padi di seluruh negara.

Semua ini adalah langkah agresif dan cakap serupa bikin Anwar untuk membantu golongan yang dikenalpasti susah dan memerlukan bantuan.

Percayalah, langkah seterusnya untuk golongan susah yang lain akan terus diberi perhatian selepas ini secara bertahap mengikut keutamaan serta keperluan.

Tetapi, dalam kita juga mesti melihat usaha murni Anwar dalam membela kehidupan rakyat dengan mata hati, bukan dengan jelingan dengki, di waktu yang sama beliau juga ada tanggungjawab moral mendedahkan salah laku serta kecurangan yang mungkin dilakukan kerajaan terdahulu.

Semua kecurangan dan salah laku itu semestinya perlu didedahkan agar rakyat tahu hakikat yang sebenarnya.

Ini bukan saja agar, jika ada pelanggaran undang-undang dan peraturan telah berlaku, maka tindakan sewajarnya harus diambil, malah ini juga suatu peringatan kepada pasukannya dalam kerajaan sekarang agar menjauhi perbuatan terkutuk itu.

Bagi mereka yang rasional, tidaklah sukar memahami bahawa mendedahkan kecurangan kerajaan terdahulu adalah suatu keperluan kerana daripada pembersihan itulah baru lebih mudah melakukan pendekatan yang benar-benar berkesan untuk membela rakyat.

Kalau kerana itu, Anwar dianggap masih bermentaliti pembangkang, apa masalahnya?

Jika kerajaan terdahulu atau pimpinannya tidak terlibat dengan apa-apa salah laku serta kecurangan, kenapa mereka mesti takut dengan penyelongkaran dan kerana Anwar masih bermentaliti pembangkang?

Lagi pun, kalau dengan tindakan Anwar yang bermentaliti pembangkang lantaran terus mendedahkan kemungkaran demi kemungkaran yang cuba disembunyikan itu dapat membawa kebaikan kepada masa depan negara, tak bolehkah blok pembangkang sama-sama memberi sokongan?

Atau blok pembangkang sekarang yang tak sedar diri dan masih perasan sebagai kerajaan? – ShahbudinHusin 08/12/2022.

SILAP SILAP BOLEH JADI PM PALINGKAYA DALAM DUNIA KERANA MENDAPAT DUIT SAMAN. NUSI TAK BOLEH SAMAN KA ? KUTIP SANA SIKIT RAZMAN SIKIT...MAU 20-30 JUTA....

Kenyataan ‘gaji RM15 juta’: Anwar fail surat tuntutan lagi.

Anwar Ibrahim berkata kenyataan Ahli Parlimen PAS, Ahmad Amzad Hashim itu palsu, fitnah, dan berniat jahat.

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim memfailkan satu lagi surat tuntutan maaf berhubung dakwaan beliau menerima RM15 juta bagi khidmatnya sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor, kali ini terhadap Ahli Parlimen PAS Ahmad Amzad Hashim.

Peguam Anwar, SN Nair & Partners, berkata, Amzad didakwa dirakam membuat kenyataan itu dalam video di TikTok.Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu turut didakwa mengatakan bahawa pengampunan diraja terhadap Anwar pada 2018 membuktikan beliau bersalah atas tiga tuduhan, iaitu satu melibatkan salah guna kuasa, dan dua berkaitan liwat.Dalam notis itu, peguam Anwar berkata, kenyataan Amzad itu tidak benar, memfitnah dan berniat jahat, malah dakwaan “RM15 juta” itu telah dinafikan kerajaan negeri Selangor, sebagaimana dilaporkan oleh FMT.

Tambahnya, kenyataan berkenaan menghina institusi Raja-raja Melayu, dan mencabar keputusan serta kuasa Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V untuk memberi pengampunan penuh terhadap Anwar, seperti termaktub dalam perlembagaan.Beliau menuntut Amzad menarik balik video serta kenyataan itu secara umum, selain memohon maaf tanpa syarat dalam tempoh lima hari, atau berdepan tindakan undang-undang.

Beliau juga menuntut aku janji bertulis untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen berkenaan, dan jika gagal berbuat demikian perintah injunksi, ganti rugi dan kos akan dimohon terhadapnya.“Sekiranya anak guam kami tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh lima hari dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan perundangan,” menurut notis itu.

Semalam, Anwar mendesak Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin memohon maaf, juga kerana membuat dakwaan mengenai RM15 itu dalam ceramah PN di Padang Serai.

Anwar dilantik penasihat ekonomi negeri pada 2009, ketika Allahyarham Khalid Ibrahim menjadi menteri besar Selangor, setahun selepas Pakatan Rakyat menggulingkan kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-12.

Juwairiya Zulkifli, setiausaha politik Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, sebelum ini menafikan dakwaan Muhyiddin bahawa Anwar dibayar RM15 juta sebagai penasihat ekonomi negeri.

Sebaliknya, beliau menegaskan presiden PKR itu hanya menerima “gaji simbolik” RM1 untuk khidmatnya, malah perkara itu jelas tertera dalam Hansard DUN Selangor.

GAMBAR-GAMBAR TIMBALAN PERDANA MENTERI THAILAND BERKUNJUNG KE PEJABAT ANWAR

Menerima kunjungan hormat sahabat saya yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand, TYT Prawit Wongsuwan di Seri Perdana tengahari tadi.

Saya turut mengambil kesempatan memperkenalkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan kepada beliau.

Malaysia dan Thailand punyai hubungan yang cukup baik sejak sekian lama dan saya menzahirkan harapan agar ia terus diperkasa melalui kerjasama dalam pelbagai lapangan.

BILA BACA YANG MENULIS NI TAR SENIK , AKU AGAK DAH SAMA ADA TULISAN DIA NI MACAM ORANG BODO ATAU TENGAH WASSAP FAEKAH

W.FAUDZIN

Ini yang dikatakan kejahilan di kalangan ulamak. Bagi dia, sebagai pemerintah, ikut

 dia je di mana nak 'diharamkan' judi. Di kelantan, kononnya judi haram. Lebai

 perintah pusat, ditingkatkan judi dari 8 kepada 22 kali. Iblis pun kompius dengan

 lebai yang jual  agama ni. Bangga dengan kelantan takde judi, tapi jadi menteri

 agama di pusat,  biarkan  judi ditambah. Itulah ulamak politik penunggang agama.

BILA PEGAWAI BEKAS PM YANG GAGAL CUBA TUNJUK PANDAI…

Ada seorang pegawai kepada bekas Perdana Menteri yang gagal cuba memberi nasihat kepada Perdana Menteri semasa agar benar-benar menjadi Perdana Menteri yang sebenar.

Katanya, tindakan Perdana Menteri semasa sebagai Perdana Menteri di peringkat awal ini dengan mendedahkan kesalahan kerajaan terdahulu memperlihatkan beliau masih terbawa-bawa dengan perwatakan sebagai Ketua Pembangkang.

Seterusnya, beliau menggariskan beberapa nasihat yang patut dilakukan oleh Perdana Menteri semasa bermula minggu depan.

Aduhhh…terlihat ada sedikit ‘sakit’ pegawai ini nampaknya dan cuba tunjuk pandai seolah-olah beliau pegawai yang ada rekod cemerlang selama ini.

Kalau beliau pernah berkhidmat dengan Perdana Menteri yang berjaya dan cemerlang, barangkali boleh jugalah diterima pakai semua nasihatnya itu.

Ini tidak, bekas Perdana Menteri yang beliau pernah berkhidmat itu sendiri adalah Perdana Menteri yang gagal segagal-gagalnya sepanjang 17 bulan kuasa berada dalam tangannya.

Apakah beliau tidak memberi nasihat yang betul kepada bossnya ketika itu?

Kalau beliau benar-benar pandai memberi nasihat, kenapa bossnya hanya mampu bertahan 17 bulan saja?

Kemudian dalam pergelutan merebut kuasa selepas PRU15 baru-baru ini, walaupun parti bossnya sekadar berada di tempat kedua, pegawai berkenaan juga dilihat turut memainkan peranan penting untuk memastikan bossnya itu dapat kembali sebagai Perdana Menteri semula.

Dalam beberapa catatan di media sosialnya sambil memetik peranan yang dimainkan oleh Speaker Parlimen dalam usahanya itu, bermakna tidak tersembunyi lagi peranannya itu.

Malangnya, sebagaimana ketika beliau berkhidmat dengan bossnya yang gagal selama 17 bulan sebelum ini, sekali lagi usaha beliau untuk membawa kembali bossnya berkuasa semula turut gagal.

Dua kali gagal beb…lepas tu ada hati pula nak memberi nasihat kepada Perdana Menteri semasa yang hanya dalam tempoh lima hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, tidak kurang 50 ketua negara asing memberi ucapan tahniah serta penghargaan.

Bermakna, keberadaan Perdana Menteri semasa memimpin Malaysia pada ketika ini adalah diiktiraf dan mendapat penghormatan tinggi daripada seluruh dunia.

Semasa bekas bossnya mengangkat sumpah sebelum ini, cuba beliau periksa semula fail lama, ada berapa ketua negara memberi ucapan tahniah ketika itu?

Dalam kesempatan yang sama, selain memberi nasihat kepada Perdana Menteri semasa berkenaan apa yang perlu dilakukan selepas ini, pegawai bekas Perdana Menteri yang gagal itu juga sempat memberitahu tentang penglibatannya seawal bermulanya gerakan reformasi sebelum ini.

Katanya, beliau merupakan penyokong Perdana Menteri semasa pada ketika itu dan turut berarak di Dataran Merdeka bersama kawan-kawannya.

Ehhh…ini seperti suatu promosi diri yang semacam mahu minta kerja dengan jawatan lamanya dengan Perdana Menteri semasa? – ShahbudinHusin 08/12/2022.

PH KALAH TERUK KERANA KELEMAHAN MEDIA PH ITU SENDIRI

Norman Radzuan.

PH kalah teruk dalam pilihanraya di Padang Serai. Aku chill je. Memang aku dah agak melihat isu yang PN bawa masuk ke pilihanraya ini. Manakala di pihak PH pula, langkah yang sewajarnya masih tidak diambil.

Dah berulang kali kita ingatkan, PH perlukan satu organisasi cytro yang tersusun. Ini perlu untuk menjawab setiap fitnah yang dilemparkan. Tapi pimpinan PH tak nampak bersungguh pun untuk lakukan ini.

PN masih merajai media sosial baharu terutamanya TikTok. Mereka aktif menanamkan fitnah dan mesej perkauman. Dan kempen mereka berjaya kerana cytro mereka ramai. Jadi fitnah itu diulang-ulang.

Nak bagi alasan apa? Sekarang pemimpin tengah sibuk bangunkan negara? Dalam PH cuma ada DS Anwar, Rafizi dan Saifuddin saja ke? Mana perginya pemimpin yang tak bertanding atau kalah dalam PRU hari tu?

Fitnah mereka kena jawab dengan segera. Dijawab ikut cara mereka. Jangan sampai fitnah itu berakar umbi dalam fikiran rakyat. Susah nak padamkan nanti. Kalau dah jadi begitu, didedahkan pemimpin mereka menyeleweng pun mereka takkan percaya. Mereka akan anggap fitnah.

Begitu ramai individu yang bergerak sendirian di alam maya ini. Tapi PH tak gunakan mereka pun. Tak payah kedekut la. Mereka bukan nak duit. Apa yang mereka mahu adalah akses kepada info yang terkini. Itu saja.

Contohnya kalau ada cerita baharu yang keluar, at least cytro ini tahu apa status cerita tu. Fitnah atau benar. Bagaimana nak defend. Itu je. Tapi entahlah.

Contoh isu sana RM600 bilion. Sekarang ni apa PN buat? Pertama, yakinkan penyokong yang kerajaan ini dikawal orang bukan Melayu dan cuba rosakkan perniagaan orang Melayu. Mereka main sentimen perkauman.

Kedua, mereka keluarkan fitnah yang lepas-lepas supaya pemimpin PH sibuk tangkis fitnah tersebut jadi tak sempat nak lawan dakyah perkauman yang mereka sedang giat usahakan.

Ketiga, mereka mula yakinkan yang isu itu hanya fitnah sebab PH nak tutup kesalahan lain (yang sebenarnya fitnah yang mereka buat). Nampak tak kerja mereka kemas dan tersusun. PH buat apa?

Kalau tak percaya, korang tunggu je la. Bila terbukti ada penyelewengan dana RM600 bilion tu, ramai akan anggap pemimpin PN teraniaya. Akhirnya nanti imej PH yang akan semakin rosak teruk.

Ada baiknya, simpan dulu isu RM600 bilion tu. PH tumpu yakinkan rakyat. Tubuhkan organisasi cytro yang tersusun untuk sebarkan propaganda PH. Menangi jiwa rakyat.

PH kerajaan. Menteri Komunikasi orang Keadilan. Gunakanlah ruang yang ada. Bukan suruh buat fitnah tapi lawan rasisme dan ekstremisme agama guna media rasmi kerajaan. Tak langgar etika pun.

Bila dah dapat basmi perkauman dan ekstremisme agama, baru sambung bongkar isu RM600 bilion ini. Masa tu tengok siapa yang terduduk.

Kalau PH masih tak mahu buat juga, keputusan pilihanraya Padang Serai akan berjangkit kepada banyak parlimen lain. Jadi terpulanglah kepada pimpinan untuk fikirkan apa yang perlu.

Aku pun takkan bertahan lama dalam media sosial ni. Patut dah bersara dah sebab impian aku nak tengok DS Anwar jadi PM dah tercapai. Guane boh?

Raja Gelap

JIKA ANWAR MAHU JUGA DIJATUHKAN 19 DISEMBER INI, SIAPA INGIN DIJADIKAN PERDANA MENTERI? ADAKAH HADI?

 Di atas kertas dan berdasarkan perkiraan logik, Anwar Ibrahim dilihat tiada masalah untuk melepasi usul undi percaya di Parlimen pada 19 Disember ini.

Dengan sokongan terbina melalui 148 daripada 222 Ahli Parlimen menyokongnya dalam pembentukan kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong, ternampak hampir mustahil untuk blok pembangkang menggugat kedudukan tersebut.

Lagi pula, dengan Anwar hanya baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November dan jika pada 19 Disember, beliau sudah mahu dijatuhkan, bukan kepalang derhaka namanya jika Ahli-Ahli Parlimen masih tergamak berbuat demikian.

Begitu pun, selagi namanya politik dan politik itu seni yang serba mungkin, Anwar tidak harus bersikap mudah atau alpa untuk mendepani tarikh undi percaya itu nanti kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku.

Yang penting, beliau harus memastikan tanpa kompromi setiap parti yang menyokong kerajaan perpaduan ini membuktikan “kata benar-benar dikota” daripada kalangan semua Ahli Parlimen parti masing-masing.

Tidak patut wujud pendirian yang berbeza lagi di kalangan Ahli Parlimen setelah parti membuat ketetapan akur dengan titah Agong menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.

Jika dibenarkan berlaku juga, apa gunanya ada Akta Anti Lompat parti dikuatkuasakan?

Meski begitu, sebagaimana disedari semua, gerakan dan serta usaha mahu menjatuhkan Anwar sebagai Perdana Menteri tetap tidak pernah berhenti daripada beroperasi.

Satu-satunya kilang yang tidak pernah tutup atau rehat ialah kilang menjatuhkan orang melalui politik.

Soalnya, jika Anwar mahu dijatuhkan, siapa pula ingin dinaikkan sebagai Perdana Menteri?

Adakah Mahiaddin Md Yasin yang pernah gagal teruk selama 17 bulan sempat berkuasa sebelum ini mahu diangkat semula?

Tidak ingatkah kita bagaimana beliau telah mendaruratkan Parlimen kerana takut undi tak percaya dibentangkan terhadapnya, kemudian tidak mesra media dan selalu syok sendiri dengan tampil sendirian melalui perutusan khas semata-mata?

Pemimpin begitukah kita mahukan memimpin negara ini sekali lagi?

Atau kita mahukan Ismail Sabri Yaakob yang mungkin lebih baik daripada Mahiaddin, tapi Mahiaddin sendiri mengatakan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang juga gagal – untuk dijadikan Perdana Menteri buat kali kedua?

Atau jika Anwar berjaya dijatuhkan kali ini, kita mahu Presiden Pas, Hadi Awang pula diletakkan sebagai bakal Perdana Menteri negara ini?

Sediakah orang Islam yang rasional serta orang bukan Islam di negara ini melihat Hadi jadi Perdana Menteri?

Selain mereka, siapa lagi yang layak untuk diketengahkan mengetuai negara ini?

Adakah Tuan Ibrahim Tuan Man, Hamzah Zainudddin atau Takiyuddin Hasan turut layak untuk dijadikan Perdana Menteri?

Mahu tidak mahu, harus kita akui bahawa dalam waktu semasa atau terdekat ini, tiada mana-mana pemimpin yang lebih baik dan layak selain Anwar untuk mengemudi negara ini.

Sebelum ini, ada keghairahan untuk menukar Perdana Menteri kerana Anwar yang dirasakan paling sesuai dan paling layak memimpin negara ini belum berpeluang menduduki jawatan tersebut.

Tetapi, setelah Anwar berada di situ, pencarian lain sudah tidak diperlukan lagi – sekurang-kurangnya untuk waktu terdekat atau sehingga PRU16 pada tahun 2027 akan datang.

Dengan ketokohannya yang tidak perlu dipertikaikan lagi, dikenali di seluruh dunia, punya hubungan antarabangsa yang meluas, seorang pejuang reformasi yang gigih lagi cekal, tidak pernah kenal penat, pemidato yang hebat dan tidak takut berdepan media dan sesiapa saja untuk berdebat, cuba menukar Anwar tidak ubah seperti memilih jalan gelap untuk masa depan negara ini.

Lebih gelap lagi masa depan kita semua jika akhirnya pilihan itu ditakdirkan jatuh kepada Hadi hanya kerana semata-mata Pas memiliki paling banyak kerusi dalam blok pembangkang sekarang ini.

Dalam konteks Anwar dan dengan segala pakej yang dimilikinya, beliau seharusnya diberi ruang yang cukup selesa untuk memimpin negara, seterusnya membuktikan hasilnya kepada kita semua, bukan dijatuhkan di garisan permulaan lagi. – ShahbudinHusin 07/12/2022.

PAS BOLEH JALAN SOLO..DIMANA KELEMAHAN PH

PAS BOLEH JALAN SOLO

Umno kini pilihan kedua org Melayu dan Cina

DI MANA KELEMAHAN PH?

Berdasarkan keputusan PRU15 dan perkembangan terbaru pilihanraya Padang Serai, saya ingin mengulas serba sedikit mengenai kelebihan dan kelemahan PN serta kelebihan PH dan kelemahan PH.

PAS

1. PAS kini boleh bergerak solo. Dgn bergerak secara solo sahaja PAS mampu utk bekerjasama dgn mana2 parti utk mereka menjadi kerajaan. Bukan sekadar menjadi kerajaan, malah kerusi Perdana Menteri menjadi milik PAS… bukan UMNO mahupun Bersatu. Ia kerana PAS menjadi kuasa besar parti Melayu di negara ini.

Tidak kiralah cara berkempen mereka dikatakan memfitnah, level kampung dan sebagainya kerana seperti saya katakan politik Malaysia ini mudah. Tidak perlu terlalu tektikal dan intelektual tetapi cukuplah sekadar menjanjikan syurga dan mengugut neraka selain mereka.

2. Namun kelemahan PAS mereka hanya mampu paling maksimum menguasai 80 kerusi Parlimen jika propaganda perkauman terus diterima org Melayu. PAS akan gagal kerusi Melayu urban dan semi urban serta kerusi Cina serta Sabah dan Sarawak.

PH

1. PH agak kehadapan ideologi politik mereka. Multiracial pendekatan yg dibawa hanya boleh diterima Melayu profesional atau berpendidikan. Selain daripada kaum bukan Melayu termasuk Sabah dan Sarawak. PH boleh mengekalkan juga 80 kerusi Parlimen kerana demografi kaum di Malaysia.

Sayang kemenangan besar kawasan urban tidak membantu PH utk berkuasa. Ini kerana golongan profesional Melayu bertumpu di Lembah Klang atau bandaraya2 besar di seluruh negara.

Kadang2 terfikir adalah lebih baik sebahagian atau 20% pengundi berpindah kawasan mengundi di luar bandar. Ini kerana rata2 kawasan Parlimen KL dan Selangor PH memenangi majoriti 30k-90k.

2. Kelemahan PH ia kurang diterima oleh org Melayu kerana adanya parti DAP. Ini kerana 30 tahun lamanya DAP telah digambarkan sebagai ekstrimis kaum Cina. DAP juga digambarkan penyebar Islamophobia dan komunis. Akhirnya DAP seolah menjadi liabiliti namun dari sudut yg lain pula DAP byk membantu PH dari pengundi bukan Melayu.

Ia berpunca keceluparan mulut pemimpin DAP sebelum ini. Namun DAP dibawah kepimpinan Anthony Loke dilihat mula disenangi oleh org Melayu. Mereka lebih moderate dan bijak menjaga sensitiviti org Melayu.

Generasi Anthony Loke, Hannah Yeoh, Yeo Bee Yin, Steven Sim lebih disenangi kerana dilihat fasih berbahasa Melayu dan bijak dlm pendekatan politik yg lebih moderate serta realistik dgn iklim politik Malaysia.

3. Kelompongan yg paling ketara dlm PH adalah peranan Amanah. Bukan niat menyalahkan sesiapa tetapi saya berhujah berdasarkan kpd fakta yg saya dgr sendiri dari pengundi Melayu.

Dlm PH org Melayu melihat tiada tokoh2 Islam yg diketengahkan. Tiada program2 agama, sekolah2 agama dan sebagainya yg patut tanggungjawab itu dipikul oleh Amanah yg pemimpin2 nya merupakan mantan pimpinan PAS.

Pemimpin Amanah berceramah tak ubah seperti pemimpin PKR dan DAP. Sdgkan org Melayu luar bandar mereka lebih menyakini penceramah yg pandai membaca ayat Al Quran, hadis dan mampu serba sedikit berbahasa Arab. Itu syarat wajib utk org Melayu percaya pada PH.

Saya tertanya tanya kenapa Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani, Ustaz Nik Omar tenggelam di dlm Amanah. Pada rakan Amanah bukan niat saya menuding jari kpd kalian tetapi hakikatnya inilah kelopongan di dlm PH yg memberi kelebihan kpd PN.

Teguran saya kpd kerajaan mengapa mengambil masa yg agak lama membentuk team yg ampuh dlm menangani serangan fitnah tanpa henti pembangkang.

Belajar dari kesilapam kerajaan 22 bulan lalu. Sekali lagi kehilangan kuasa 20 tahun lagi belum tentu PH mampu bangkit. Ini bukan kerajaan yg ampuh anytime boleh gugur seperti dedaunan.

UMNO

1. UMNO kini bukan pilihan rakyat Malaysia. Di kalangan org Melayu mereka nombor dua selepas PN (Pas) dan di kalangan bukan Melayu juga mereka nombor dua selepas PH. UMNO perlukan PH utk mereka bangkit kerana mana mungkin Bersatu membenarkan BN mengatasi mereka.

Ada yg bertanya saya, adakah jika Zahid berjaya dijatuhkan UMNO/ BN akn menyertai PN membentuk kerajaan yg baru? Jawapan saya agak sukar kerana dari masa ke semasa keadaan berubah rubah. Anda kena faham penyatuan BN dan PN jika berlaku ia adalah berpaksi kepada kuasa dan harta.

Muhyiddin Yassin sedar UMNO kini semakin lemah. Dlm keadaan UMNO lemah mana mungkin dirinya membenarkan wakil parti keris itu menjadi PM. Apatah lagi cita2 Muhyiddin memang utk menjadi PM.

Manakala kerusi TPM pastinya PAS mahukan jawatan tersebut memandangkan mereka adalah parti Melayu terbesar. Tanya saya jika PAS bijak… Bersatu tiada apa2 di dlm PN… jadi kerusi PM itu wajar menjadi milik mereka. Itu pun jika masih relevan utk PRU16.