PH KALAH TERUK KERANA KELEMAHAN MEDIA PH ITU SENDIRI

 

Norman Radzuan.


PH kalah teruk dalam pilihanraya di Padang Serai. Aku chill je. Memang aku dah agak melihat isu yang PN bawa masuk ke pilihanraya ini. Manakala di pihak PH pula, langkah yang sewajarnya masih tidak diambil.

Dah berulang kali kita ingatkan, PH perlukan satu organisasi cytro yang tersusun. Ini perlu untuk menjawab setiap fitnah yang dilemparkan. Tapi pimpinan PH tak nampak bersungguh pun untuk lakukan ini.

PN masih merajai media sosial baharu terutamanya TikTok. Mereka aktif menanamkan fitnah dan mesej perkauman. Dan kempen mereka berjaya kerana cytro mereka ramai. Jadi fitnah itu diulang-ulang.

Nak bagi alasan apa? Sekarang pemimpin tengah sibuk bangunkan negara? Dalam PH cuma ada DS Anwar, Rafizi dan Saifuddin saja ke? Mana perginya pemimpin yang tak bertanding atau kalah dalam PRU hari tu?

Fitnah mereka kena jawab dengan segera. Dijawab ikut cara mereka. Jangan sampai fitnah itu berakar umbi dalam fikiran rakyat. Susah nak padamkan nanti. Kalau dah jadi begitu, didedahkan pemimpin mereka menyeleweng pun mereka takkan percaya. Mereka akan anggap fitnah.

Begitu ramai individu yang bergerak sendirian di alam maya ini. Tapi PH tak gunakan mereka pun. Tak payah kedekut la. Mereka bukan nak duit. Apa yang mereka mahu adalah akses kepada info yang terkini. Itu saja.

Contohnya kalau ada cerita baharu yang keluar, at least cytro ini tahu apa status cerita tu. Fitnah atau benar. Bagaimana nak defend. Itu je. Tapi entahlah.

Contoh isu sana RM600 bilion. Sekarang ni apa PN buat? Pertama, yakinkan penyokong yang kerajaan ini dikawal orang bukan Melayu dan cuba rosakkan perniagaan orang Melayu. Mereka main sentimen perkauman.

Kedua, mereka keluarkan fitnah yang lepas-lepas supaya pemimpin PH sibuk tangkis fitnah tersebut jadi tak sempat nak lawan dakyah perkauman yang mereka sedang giat usahakan.

Ketiga, mereka mula yakinkan yang isu itu hanya fitnah sebab PH nak tutup kesalahan lain (yang sebenarnya fitnah yang mereka buat). Nampak tak kerja mereka kemas dan tersusun. PH buat apa?

Kalau tak percaya, korang tunggu je la. Bila terbukti ada penyelewengan dana RM600 bilion tu, ramai akan anggap pemimpin PN teraniaya. Akhirnya nanti imej PH yang akan semakin rosak teruk.

Ada baiknya, simpan dulu isu RM600 bilion tu. PH tumpu yakinkan rakyat. Tubuhkan organisasi cytro yang tersusun untuk sebarkan propaganda PH. Menangi jiwa rakyat.

PH kerajaan. Menteri Komunikasi orang Keadilan. Gunakanlah ruang yang ada. Bukan suruh buat fitnah tapi lawan rasisme dan ekstremisme agama guna media rasmi kerajaan. Tak langgar etika pun.

Bila dah dapat basmi perkauman dan ekstremisme agama, baru sambung bongkar isu RM600 bilion ini. Masa tu tengok siapa yang terduduk.

Kalau PH masih tak mahu buat juga, keputusan pilihanraya Padang Serai akan berjangkit kepada banyak parlimen lain. Jadi terpulanglah kepada pimpinan untuk fikirkan apa yang perlu.

Aku pun takkan bertahan lama dalam media sosial ni. Patut dah bersara dah sebab impian aku nak tengok DS Anwar jadi PM dah tercapai. Guane boh?

Raja Gelap