LAPORAN POLIS KEPADA PARA PEMBODOH
15 Nov 2022 Laporan polis oleh Sdr Rafizi Ramli terhadap Ketua Pemuda Pas Sik & (Aktor) Zulhuzaimy, Rang undang-undang cegah kebencian , di IPD Ampang Jaya terhadap kempen kebencian yg dibawa PAS/PN - Undi PH/BN masuk neraka. - kalau tidak ada undang2 , nak s*emb*lih melayu. Alhamdulilah urusan laporan telah selesai pada jam 1.30pm tadi. #ayuhmalaysia #iniusahakita #kitaboleh #rafiziramli #p100pandan #pru15 #harapan
Kerjasama lepas PRU 15: Undi BN atau PN dapat semula kerajaan lintang pukang
Kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa PN akan bekerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mendedahkan strategi belakang tabir BN - PN.
Menurut calon Pakatan Harapan (PH) parlimen Pasir Gudang, Hassan
Abdul Karim, pengakuan Takiyuddin itu amat jelas menunjukkan Pas - PN menipu
rakyat dengan memburuk burukkan Umno - BN dalam kempen mereka, sedangkan
muslihat parti itu setelah mendapat mandat akan kembali sebagai satu pasukan
sebagaimana sebelum ini.
"Kenyataan Takiyuddin, Setiausaha Agung Pas bahawa PN akan
bekerjasama dengan BN untuk bentuk Kerajaan campuran selepas PRU-15 menunjukkan
karekter PN - BN sama sahaja, menipu rakyat.
"PN dan BN tumbangkan PH dengan langkah khianat mereka
melalui Sheraton move. Mereka bersama jadi Kerajaan pintu belakang.
"Kemudian Kerajaan Mahyuddin tumbang diganti pentadbiran PM
Ismail Sabri Yaakob. Tetapi PN - BN masih satu pasukan, bersekongkol membentuk
Kerajaan melalui tingkap pula," katanya.
Tegas Hassan, tiada guna rakyat percaya bahawa PN akan mendapat
majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan Melayu - Islam melawan kerajaan
Ketuanan Melayu Umno - BN sebelum ini.
Takiyuddin mahu PN - BN bergabung bentuk Kerajaan Persekutuan
selepas PRU 15
Menurut beliau, dengan kenyataan itu ternyata 'perseteruan' PN -
BN dalam kempen pilihan raya kali ini hanyalah sandiwara.
"PN dan BN berlawan menentang sesama sendiri konon masing
masing mahu memusnahkan yang lain.
"Tetapi Takiyuddin kata, selepas PRU 15 PN - BN akan
berkongsi kuasa semula dengan membentuk Kerajaan campuran baharu,"
katanya.
Justeru berbaki 3 hari sebelum membuang undi, Hassan menasihatkan
rakyat Malaysia agar berfikir secara matang.
Katanya, jangan bazirkan undi untuk mendapatkan kembali kerajaan
lintang pukang yang mentadbir negara selama 3 tahun terakhir ini.
"PN - BN sama sahaja. Rakyat Malaysia mesti tolak mereka
kedua-duanya. PN - BN oportunis, sama sama tidak berprinsip," katanya
lagi.
Malam tadi, dalam ceramah di Kota Bharu Setiausaha Agung PAS,
Takiyuddin Hassan dipetik berkata beliau menjangkakan BN akan menerima PN
sebagai rakan gabungan selepas PRU 15.
"Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut
sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15)
kita boleh wujudkan hubungan itu.
"Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang
perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN
akan terima.
"Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama
pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15," katanya
dipetik Berita Harian.
Undi PH masuk neraka: Rafizi buat laporan polis ke atas pemimpin Pas
Ucapan kontroversi pemimpin pemuda Pas bahawa mengundi BN dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka mengundang risiko apabila Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya hari ini.
Bercakap kepada media, beliau berkata pihak polis telah pun
membuka kertas siasatan berkenaan isu berkenaan dan laporannya terus dirakam
percakapan untuk dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Saya ucap terima kasih kepada polis kerana pengawai penyiasat
telah pun merakam kenyataan terus untuk dihantar ke Bukit Aman kerana saya
dimaklumkan, dalam laporan media sebelum ini telah ada kertas siasatan terhadap
kedua dua kandungan.
"Satu kandungan ketua pemuda Pas menyatakan undi BN dan PH
masuk neraka.
"Satu lagi kandungan video yang tular oleh seorang pelakon
(isu kafir harbi)
"Memang ada kertas siasatan. Saya dimaklumkan bahawa setiap
kawasan ada pasukan (polis) siasat kes pilihan raya sebab itu terus diproses
dan saya beri keterangan penuh, tunjukkan bukti dan sebagainya," katanya.
Menurut beliau kes berkenaan disiasat di bawah 3 akta berbeza
termasuk Akta Kesalahan Pilihanraya.
"Saya dimaklumkan kes ini disiasat di bawah 3 akta. Satu
Kanun Kesiksaan 504 buat kenyataan timbulkan kemarahan. Satu lagi Akta
Komunikasi. Saya dimaklumkan kes ini juga disiasat di bawah Akta Pilihanraya
Seksyen 4(a) mengenai ucapan dan kandungan yang menimbulkan kemarahan dan
(pecah) ketenteraman, yang mengancam Melayu dan bukan Melayu.
"Maksudnya semua calon tak baca akta pilihan raya (buat
kenyataan perkauman). Kalau baca akta pilihan raya benda ini tak berlaku.
Terutama kandungan ugut, beri gambaran sembelih dan sebagainya," kata
beliau.
Justeru Pengarah Pilihanraya KEADILAN itu menasihatkan agar calon
dan penyokong yang berkempen tidak membuat kandungan media sosial atau berucap
melanggar akta pilihan raya.
"Saya harap kita jangan buat sebarang kandungan yang
menyentuh (sensitiviti). Pasukan peguam dari KEADILAN akan menyemak balik semua
kempen calon lawan yang melanggar peraturan pilihanraya. Kalau ada kesalahan
yang dilakukan lawan kami kita akan membuat laporan ke pihak Suruhanjaya
Pilihan Raya. Jika ada asas yang kukuh, kalau perlu bawa ke mahkamah, kami akan
bawa.
"Semua calon perlu memahami akta pilihan raya dan tidak
membenarkan kandungan perkauman. Calon calon, kalau pun mereka menang tetapi
kempen mereka berbaur perkauman kami tidak akan teagak agak bawa ke mahkamah
kerana telah langar akta pilihan raya," katanya lagi.
HAAA....SAMAN SAMPAI TINGGAI TELOQ
Pua tuntut Chegubard mohon maaf atas ‘fitnah’ kontrak Tabung Haji.
PETALING JAYA: Peguam Tony Pua mengeluarkan surat tuntutan kepada Badrul Hisham Shaharin daripada Perikatan Nasional kerana mendakwanya memiliki firma IT yang mendapat kontrak Tabung Haji pada 2019, ketika menjadi pembantu menteri kewangan ketika itu.
Bekas Ahli Parlimen Damansara daripada DAP itu mendakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard memfitnahnya dan cuba menghasut orang ramai, khasnya umat Islam terhadap dirinya, DAP dan Pakatan Harapan (PH).
“Saya ingin menegaskan saya tidak lagi memiliki satu saham pun dalam syarikat Cyber Village Sdn Bhd sejak 15 tahun lalu. Syarikat tersebut merupakan syarikat yang saya terajui sehingga 2006.
“Terdapat maklumat dan rekod umum saya telah menjual semua milikan saham saya dalam Cyber Village sebelum saya masuk bidang politik pada 2007. Saya tidak lagi ada sebarang kaitan dengan syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Pua berkata, Tabung Haji bukan badan berkanun persekutuan di bawah naungan Kementerian Kewangan dan kementerian itu tidak terbabit dalam urusan Tabung Haji semasa pentadbiran PH.
Tetapi katanya, terdapat satu pengecualian untuk suntikan dana RM17.9 bilion daripada Kementerian Kewangan bagi “menyelamatkan” Tabung Haji.
“Oleh itu, segala tuduhan yang berniat jahat daripada Chegubard langsung tidak berasas.”
Justeru, Pua menuntut Badrul memohon maaf dan menarik balik dakwaannya atau beliau akan memfailkan saman di mahkamah.
Katanya, Badrul terpaksa memohon maaf kepadanya pada Mei lalu berhubung dua catatan Facebook lain pada 2019, selepas saman difailkan di mahkamah.
Semalam, Badrul mendakwa kontrak bernilai RM4.53 juta diberikan kepada Cyber Village oleh Tabung Haji bagi penyelenggaraan platform dalam talian THIjari.
Beliau mempersoalkan kenapa kontrak itu diberikan kepada syarikat milik bukan Islam, dengan mendakwa ia tidak sejajar tujuan Tabung Haji.
PM UMNO
PM UMNO
Masih lagi tak settle. Siapa PM UMNO selepas PRU.
Kenyataan terbaru DS Zahid, dia kata PM UMNO nanti Agong yang tentukan. Dia percaya Agong bijaksana nak lantik siapa.
KJ pun berbalah secara terbuka dengan Presiden. Siap sound Ismail Sabri bukan PM Shopee. PM order lain, sampai lain.
Ramai dalam UMNO kata Zahid is a loose canon. Since dia masih Presiden, apa nasib UMNO selepas PRU, Presiden tentukan. Kemungkinan besar dia akan letak nama dia sebagai PM, untuk Agong pertimbangkan.
Janji nak #PRUBanjir hari tu ialah DS Ismail Sabri akan jadi poster boy UMNO. Tapi kalau ditengokkan semua poster BN dan UMNO, DS Zahid yang ke depan. Manifesto pun begitu. Dia yang umumkan.
Pada saya, jadi PM jalan terbaik dia nak lepaskan kes. Sebab kalau Ismail Sabri naik pun, susah IS nak campur urusan mahkamah.
Satu undi ke BN ialah satu undi ke Zahid untuk memerintah Malaysia. Boleh nampak dia taknak kalah dengan Ismail Sabri.
Makanya, kita tanya diri sendiri. Mahukah kita berPMkan Zahid Hamidi?
Salam hormat,
Liyana Marzuki
KITA ADA 2 PM GAGAL, SATU UNDI UNTUK MAHIADDIN, SAMA UNDI UNTUK ZAHID -HANYA ANWAR BELUM DICUBA
Kita ada 2 PM gagal,satu undi untuk Mahiaddin sama undi untuk Zahid. Hanya Anwar belum dicuba
Pemahaman rakyat ke atas Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diubah kepada pilihan raya melantik Perdana Menteri (PM) kerana hanya 3 Dewan Undangan Negeri yang dibubarkan.
Rakyat seharusnya memfokuskan pilihan mereka kepada 3 calon PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN) dan Tan Sri Mahiaddin Yassin (PN).
Hal itu diungkapkan oleh calon Ahli Parlimen PH Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ceramah di Court Keranjang Jalan 19, Selayang Baru malam tadi.
“PH kita cadang Datuk Seri Anwar, BN cadang Ismail Sabri dan PN Mahiaddin Yassin. Ismail dan Mahiaddin dua dua PM gagal. Mahiaddin dibuat (dijatuhkan) oleh kawannya Umno. Naik Ismail Sabri, Presiden Umno Zahid push buat pilihan raya.
“Ismail waktu jumpa saya dia kata kita buat tahun depan, saya kata ok semua Kerajaan Negeri buat sekali.
“Tiba tiba dia bubar parlimen sebab dia kena kawal oleh Zahid yang ada lebih 40 kes penyelewengan.
“Orang ini buat pilihan raya kerana takut kena dakwa. Kita tidak boleh pilih mereka sebagai pemimpin,” katanya.
Selain itu, Naib Presiden KEADILAN itu juga kesal terhadap kerajaan BN yang tidak mengindahkan desakan rakyat agar tidak membubarkan parlimen pada musim tengkujuh kerana rakyat terpaksa mengharung banjir untuk mengundi.
“Mereka buat pilihan raya ini tergesa gesa. Kita kata jangan buat nanti banjir, susah. Mereka ingat kalau banjir rakyat akan susah turun mengundi.
“Orang ini masa nak minta undi pun dia buat rakyat susah. Kita kena hukum mereka dengan beri mereka undi paling sedikit
“Kemudian mereka kata Selangor sahaja banjir. Hari ini Pulau Pinang, Johor sudah banjir.
“Rakyat kena tunjuk kuasa kita pada 19 November. Hanya perlu pangkah PH tanda kita tolak BN – PN,” katanya.
Bagi PH misi utama kali ini adalah menolak 2P dan Amirudin mahu pengundi membantu calon calon PH untuk meanng.
“Misi kita mahu hapuskan 2P. Apa itu P? Satu pengkhianat dan kedua adalah perompak kleptokrat,” katanya.
Beliau turut membangkitkan keupayaan Selangor menyediakan skim insurans percuma buat rakyat negeri itu dan skim yang sama tidak mustahil boleh dilakukan di peringkat Persekutuan.
“Baru bari ini kita buat program Insan, insurans untuk rakyat Selangor umur sebulan sampai umur 80 tahun ada perlindungan insurans kalau meninggal akibat kemalangan dapat RM10,000 pampasan bagi keluarga untuk 6 juta rakyat Selangor. Belum ada negeri BN atau PN yang boleh buat seperti ini.
“Kita ambil 14 tahun baru boleh buat sebab bajet negeri RM2 bilion sahaja. Bajet Persekutuan lebih besar dan kita boleh usahakan,” katanya.
AMPANG MEMBERANSANGKAN, RAMAI ANAK MUDA SOKONG
Ampang memberansangkan, ramai anak muda sokong
Parlimen Ampang yang menjadi tumpuan utama KEADILAN selain Gombak untuk dikekalkan seabgai milik Pakatan Harapan (PH) menunjukkan sokongan yang memberansangkan.
Menurut calon Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, pengundi di Ampang setakat yang ditemui akan memberi sokongan kepada beliau berdasarkan keterlibatan mereka dalam program dan kempen. Termasuk juga anak muda, katanya, yang kali ini merupakan kelompok pengundi yang besar.
“Saya ingat saya sudah mula jumpa anak muda. Sehari dua ini pula banyak permohonan lepak bersama anak muda. Mereka nak tahu kalau menang apa yang mereka boleh lakukan bersama. Saya mengalu alukan anak muda ambil kisah tentang pilihan raya. Kedua ini adalah masa depan mereka.
“Saya bertemu anak muda, mereka bicarakan kesukaran hidup mereka cari pendapatan, mereka pun ingin meningkatkan kehidupan tetapi ruang agak sempit.
“Bagi saya mereka kena tingkakan sikit kehidupan. Bila kami diberi mandat nanti kami akan berikan skil tambahan untuk mereka dapat pendapatan setimpal. Jika tidak mereka setakat kerja Grab. Anak muda akan menjadi pengganti generasi akan datang. Kita mahukan kestabilan ekonomi mereka,” katanya.
Mengenai komen pemimpin PBM Zuraida Kamarudin yang berkata beliau akan menyokong mana mana parti yang menang dan membentuk kerajaan, Rodziah menyifatkan ahli politik mesra BN tersebut sedang dalam kesunyian menghadapi pilihan raya.
Katanya, jika PH menang PRU kali ini tidak mungkin gabungan itu akan menerima ahli politik seperti Zuraida yang menjadi punca jatuhnya Kerajaan PH pada 2020 lalu.
“Beliau boleh mohon tetapi pada saya mungkin dia baru sedar dari mimpi, beliau bersendirian. Saya rasa tak mungkin buat masa ini, saya rasa tidak mungkin pimpinan PH akan terima insan begini. Itu angan angan beliau lah.
“Sebab saya rasa beliau dah mula rasa sunyi,” katanya.
Ditanya apakah keutamaan yang akan digerakkan di kawasan Ampang sekiranya menang, Rodziah berkata isu perumahan rakyat akan diutamakan.
Katanya, beliau mahu kawasan perumahan mampu milik diperbanyakkan. Juga kerajaan menyediakan rumah yang boleh disewa dengan harga berpatutan kepada golongan bujang dan baharu berkahwin bagi membantu mereka hidup di bandar besar.
“Tawaran kita bukan sahaja untuk membeli rumah tetapi untuk mereka menyewa rumah atau sewa dulu baru dimiliki.
“Membina unit rumah satu bilik untuk bujang, dua bilik untuk yang baru berkahwin dan 3 bilik atau 4 bilik.
“Kita ada empat jenis dan harganya tetap tidak melebihi RM250,000
“Lokasinya di tanah yang belum dimajukan. Bagi rumah sewa untuk bujang dan berkahwin boleh dapatkan satu tapak khusus, menjadi rumah hak milik kerajaan,” katanya.
DEKLARASI 70 PROFESSOR MELAYU
Salam semua. untuk update
Deklarasi 70 Profesor Melayu Menyokong PH dan DSAI, press conference rabu 16 nov 2.30 ptg Hotel Armada PJ, di kepalai Prof tersohor dan pejuang bahasa Prof Dato Wan Ramli dan senarai profesor di dahului prof tersohor dunia Prof Dato' Osman Bakar. Mohon doa semuanya berjalan dgn baik dan di sambut baik.
RINGGIT DITUTUP TINGGI.
Copy past
#MalaysiaBangkit #AyuhMalaysia #kitaboleh
❌️ H A R 🔺️ P A N
Hari ini Ringgit Malaysia terus mengukuh kembali bila berita melaporkan kedudukan terkini DSAI & Pakatan Harapan mendahului parti2 lain dlm kempen PRU15.
Bayangkan bagaimana ringgit akan terus mengukuh apabila PH mengambil alih pentadbiran negara nnti. Pelabur mula kembali yakin dgn Malaysia apabila ditadbir oleh DSAI/PH. Dengan tatakelola yg lebih baik, pengurusan ekonomi yg cekap, kawal ketirisan, lawan rasuah & salahguna kuasa, hentikan sentimen perkauman & agama adalah antara faktor yg akan memeberi keyakinan kpd pelabur.
Inilah masanya utk kita memacu semula ekonomi negara yg rosak akibat tangan2 yg culas & sakau duit rakyat dlm pentadbiran & perebutan kuasa antara mereka.
Pada 19 haribulan nnti, pastikan kita guna kuasa undi rakyat utk melakukan perubahan total ke arah Malaysia yg lebih makmur. Ayuh Malaysia, kita boleh lakukan yg terbaik. InsyaAllah dgn izinNya, 20112022 kita akan dapt kerajaan yg di pimpin oleh DSAI/PH.
yasseraffendy
KEYAKINAN BERDASARKAN KAJIAN JUGA DAN BUKAN HENTAM SEMBERONO.
MENANG
4 hari lagi nak mengundi. Semua parti claim dia boleh menang. BN
dengan confident cakap dia boleh sapu bersih pilihanraya. Akan dapat majoriti
mudah. Little bird cakap, war room ada data. Pada saya, macam tak kena gaya.
Banyak analyst politik tak percaya. Susah BN nak menang. Tambah sorang2.
PH pula, Rafizi dah umum, busuk2 90 seat dalam tangan. Anwar
confident 100 seat. Chin Thong siap quote Merdeka Centre punya reporting.
Saya tengok juga report MC tu. Katanya sampai 99 seat PH boleh menang.
Termasuk di Borneo. On its own.
Saya compare juga dengan kajian lain. Dan beberapa analyst yang
saya rujuk. Pada saya, MC punya data macam over stretching the winning. Dan
downplay impak BN dan UMNO. To me something is wrong.
Dengar cerita, PH dah yakin boleh menang tanpa ada gabungan
lain. Dah siap discuss line up cabinet. Satu je nak cakap, ada lagi 4 hari.
Jangan over confident sangat. Last minute, boleh je orang cantas tang corner.
Dulu ingat tak? PRU14, ada analyst kata BN menang besar. Tapi
sebaliknya yang berlaku. Ada set belah kiri jugak cakap PAS akan tumbang di
Kelantan dan Terengganu. Tapi tak jadi lagu tu.
Pada saya, laporan MC tu hanya snapshot sentimen sahaja. Bukan
nya prediction 19 November. Maka jangan la senang sangat nak dijaja.
Kena juga ingat, pengundi atas pagar ni fickle. Kalau nampak
sangat nak menang sebab nak power, mereka boleh turn turtle. Pengundi Melayu
yang marginal pun janganlah diambil mudah, tambah kalau DAP yang lebih2 sound
nak menang. Elok2 orang nak sokong, boleh naik menyampah.
Satu lagi, yang kena hadam. Walau PH menang banyak, BN dan PN
bila2 masih boleh bergabung. Sekali dengan GRS dan GPS. They will not allow you
to go up without a fight. So kena lah beringat. Jangan la walau nak menang tak
menyempat2. Fence sitters masih perhatikan.
Pesanan saya, sebagai pengundi atas pagar, don’t count your
chicken, before they hatched.
Lebih baik fokus isu rakyat, apa benda lagi yang boleh dibuat.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
KJ KALAU CERDIK LAMA DAH DIA KELUAR UMNO
Lawan Zahid, KJ tiada masa depan dalam Umno, kata pemimpin Amanah.
PETALING JAYA: Pemimpin Amanah percaya calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, hanya membuat “gimik politik” ketika berkempen kerana kedudukannya dalam Umno sendiri tidak terjamin susulan bertelagah dengan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
Khairy yang juga menteri kesihatan sebelum ini mewar-warkan dirinya mahu menjadi perdana menteri, selain yakin dilantik semula dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, sekiranya menang di kerusi itu.
Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad, berkata andai BN menang sekalipun dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), tiada jaminan Khairy akan mendapat sebarang jawatan dalam barisan Kabinet diketuai Umno.
“Kalau BN menang PRU15 dan Khairy juga menang di sini (Sungai Buloh), tiada jaminan untuk dia dapat apa-apa jawatan dalam Kabinet kerana dia bercanggah dengan presiden Umno (Zahid).
“Rakyat Sungai Buloh jangan tertipu dengan gimik politik, kalau difikirkan…tiada jaminan untuk Khairy menang di sini, jadi kenapa dia dihantar oleh presiden Umno ke kerusi selamat PH? Kalau menang pun dia hanya jadi Ahli Parlimen biasa.
“Khairy juga tidak usahlah bermimpi di siang hari dan memberi bayangan itu dan ini kerana tempatnya juga tiada jaminan dalam Umno,” lapor Utusan Malaysia.
Terdahulu, Khairy menyatakan hasrat mahu memimpin Umno dan menjadi perdana menteri satu hari nanti, namun ia bukanlah selepas PRU15 jika BN mendapat mandat rakyat membentuk kerajaan.
“Kalau orang Sungai Buloh menangkan saya di P107. Satu hari nanti kita akan pimpin Malaysia, Insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan parti satu hari nanti saya hendak ketuai Umno dan menjadi perdana menteri dan saya kena menang di sini.
“Ini kali pertama saya kata begini tetapi bukanlah sekarang kerana jika kita menang kekanda saya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri Malaysia, saya umur 46 tahun boleh tunggu lagi tapi jangan lama sangat,” katanya.
BEBERAPA KAJIAN . PH HARUS USAHAKAN LAGI
[15/11, 10:25] Thakurdas: Electoral Barometer Forecast, (until 6 am, 15 Nov 22)
O2 = BN 42, PN 43, PH 91
Ilham = BN 39, PN 46, PH 87
Merdeka = BN 35, PN 56, PH 98
UMCEDEL = BN 38-40, PN 37-41, PH 88
Iman = BN 41, PN 60, PH 84
Invoke = BN 39, PN 54, PH 105
Penang Institute = BN 35, PN 43, PH 103
UUM = BN 42, PN 49, PH 89
MPN = BN 40, PN 50, PH 90
MIEO = BN 36-40, PN 45-53, PH 92-98
Kemas = BN 36, PN 54, PH 90
Bukit Aman = BN 38, PN 54, PH 92
Ipsos = BN 38, PN 51, PH 87
ISEAS = BN 35, PN 46, PH 96
Oxford Analytica = BN 39, PN 48, PH 92
Indonesia Intel = BN 37, PN 50, PH 94
US Embassy= BN 35, PN 48, PH 94
ASEAN = BN 32, PN 51, PH 108
[15/11, 10:26] Thakurdas: I think PH will get an outright majority on its own and will forge a loose alliance with Sarawak (and/or Sabah) to control 2/3rds.
There appears to be some kind of moral outrage that is driving down BN’s numbers...
... which is logically predicated. When push comes to shove, it takes guts or abject perversion to vote for the in-your-face kind of corrupt BN.