KEYAKINAN BERDASARKAN KAJIAN JUGA DAN BUKAN HENTAM SEMBERONO.






MENANG

4 hari lagi nak mengundi. Semua parti claim dia boleh menang. BN dengan confident cakap dia boleh sapu bersih pilihanraya. Akan dapat majoriti mudah. Little bird cakap, war room ada data. Pada saya, macam tak kena gaya. Banyak analyst politik tak percaya. Susah BN nak menang. Tambah sorang2.

PH pula, Rafizi dah umum, busuk2 90 seat dalam tangan. Anwar confident 100 seat. Chin Thong siap quote Merdeka Centre punya reporting.

Saya tengok juga report MC tu. Katanya sampai 99 seat PH boleh menang. Termasuk di Borneo. On its own.

Saya compare juga dengan kajian lain. Dan beberapa analyst yang saya rujuk. Pada saya, MC punya data macam over stretching the winning. Dan downplay impak BN dan UMNO. To me something is wrong.

Dengar cerita, PH dah yakin boleh menang tanpa ada gabungan lain. Dah siap discuss line up cabinet. Satu je nak cakap, ada lagi 4 hari. Jangan over confident sangat. Last minute, boleh je orang cantas tang corner.

Dulu ingat tak? PRU14, ada analyst kata BN menang besar. Tapi sebaliknya yang berlaku. Ada set belah kiri jugak cakap PAS akan tumbang di Kelantan dan Terengganu. Tapi tak jadi lagu tu.

Pada saya, laporan MC tu hanya snapshot sentimen sahaja. Bukan nya prediction 19 November. Maka jangan la senang sangat nak dijaja.

Kena juga ingat, pengundi atas pagar ni fickle. Kalau nampak sangat nak menang sebab nak power, mereka boleh turn turtle. Pengundi Melayu yang marginal pun janganlah diambil mudah, tambah kalau DAP yang lebih2 sound nak menang. Elok2 orang nak sokong, boleh naik menyampah.

Satu lagi, yang kena hadam. Walau PH menang banyak, BN dan PN bila2 masih boleh bergabung. Sekali dengan GRS dan GPS. They will not allow you to go up without a fight. So kena lah beringat. Jangan la walau nak menang tak menyempat2. Fence sitters masih perhatikan.

Pesanan saya, sebagai pengundi atas pagar, don’t count your chicken, before they hatched.

Lebih baik fokus isu rakyat, apa benda lagi yang boleh dibuat.

Salam hormat,

Liyana Marzuki