Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
SELANGOR LEBIH BAIK SELEPAS AZMIN PERGI
Selangor lebih baik selepas Azmin pergi
on:
Kenyataan pemimpin kanan Bersatu, Azmin Ali bahawa negeri Selangor mengalami kemerosotan selepas beliau meninggalkan kerusi Menteri Besar (MB) negeri itu dibidas banyak pihak sebagai tidak masuk akal.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, fakta yang boleh ditemui rakyat di mana mana menunjukkan tidak berlaku kemerosotan yang dimaksudkan.
“Azmin tinggalkan Selangor, rizab naik ke RM3.4 bilion, tertinggi sejak 2008.
“Masalah tanah untuk 85,000 permohonan hak milik selesai
“Sumbangan Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar hampir capai 24.8%, sedangkan masa Azmin 24%,” katanya di Twitter.
Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, bantuan kepada rakyat juga berterusan malah ditambahbaik berbanding era Azmin.
“Bantuan rakyat bertambah
“Jadi terima kasih Azmin kerana tinggalkan Selangor,” katanya sinis.
Semalam, Azmin dilaporkan berkata prestasi negeri Selangor semakin merosot selepas beliau meninggalkan jawatan MB pada 2018.
Kononnya, tidak berlaku kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan pusat yang menyebabkan peluang ekonomi terencat.
MEROSOT APA, SELANGOR MAMPU BUAT 4 PROGRAM BESAR
Merosot apa, Selangor mampu buat 4 program besar
Kritikan pemimpin kanan Bersatu, Azmin Ali kononnya prestasi Selangor merosot selepas beliau meninggalkan posisi Menteri Besar dilihat tidak berasas sama sekali.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat mempersoalkan kritikan Ahli Parlimen Gombak itu kerana Azmin seolah olah duduk di dalam gua selama 3 tahun dan tidak mengetahui cerita sukses Selangor selepas beliau menjawat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Saya ingin menasihatkan Azmin Ali supaya tidak perlu cuba mengaburi mata rakyat Selangor dengan membuat dakwaan sedemikian demi memancing undi untuk Perikatan Nasional.
“Sekiranya prestasi Selangor merosot, bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan Selangor berjaya melaksanakan 4 program besar sewaktu dan selepas negara dilanda Covid?
“Oleh sebab kerajaan pusat yang gagal mendapat vaksin, Selangor tak sanggup melihat kesihatan rakyat terus diabaikan, maka guna duit Kerajaan Negeri sebanyak RM127 juta untuk melaksanakan Selvax (vaksin Selangor) bagi program vaksinasi.
“Selain itu, kerajaan Selangor melaksanakan program Manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) , memberi sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap isi keluarga yang berkelayakan pasca Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, menurut Ahli Dewan Negeri Rawang itu, pada waktu negara menghadapi tekanan inflasi yang teruk ketika ini Kerajaan Negeri mampu memperuntukkan RM10 juta untuk program Jualan Ehsan Rakyat di seluruh kawasan DUN di Selangor.
“Terkini, Kerajaan Negeri sedang laksanakan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bertujuan memberi perlindungan insurans kepada 6 juta rakyat Selangor.
“Negeri ini masih mempunyai kewangan kukuh dan stabil walaupun pelbagai inisiatif dan program telah dijayakan, tidak seperti kerajaan pusat yang meningkatkan hutang sebanyak RM1.36 trillion pada tahun ini sahaja. Jelas perbezaan antara kerajaan bersih dan kerajaan mat sakau,” katanya.
Justeru, Wei Kiat mahu Azmin mengimbau semula prestasi kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpian parti Bersatu.
Katanya, rakyat masih tidak lupa semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat berkuatkuasa ekonomi rakyat musnah sehingga banyak yang kehilangan kerja.
“Seluruh rakyat Malaysia masih ingat ketika menghadapi kurungan di rumah oleh kerana ada orang yang gila kuasa melakukan Langkah Sheraton sewaktu Covid mengganas, kemudian rakyat terpaksa mulakan kempen kibar bendera putih demi kelangsungan hidup
“Yang paling mendukacitakan apabila bantuan kerajaan pusat tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan duit KWSP untuk menyelamatkan diri. Namun Kerajaan BN-PN dengan bangga mengatakan ini antara kejayaan terbesar mereka, kononnya membenarkan keluar wang adalah mendengar suara rakyat.
“Sebelum Azmin Ali membuat sebarang tuduhan, dia harus cari sepasang cermin yang tidak kabur dan melihat muka sendiri terlebih dahulu,” sinis Wei Kiat.
RIZAB SELANGOR MENINGKAT SELEPAS AZMIN PERGI
Rizab Selangor meningkat selepas Azmin pergi
Kenyataan bekas Menteri Besar (MB) Selangor yang ke 15, Azmin Ali kononnya prestasi Selangor telah merosot di bawah pentadbiran MB Datuk Seri Amirudin Shari dibidas.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, Azmin perlu berpijak di bumi nyata sebelum menuduh kononnya PH telah menyebabkan prestasi negeri merosot.
Katanya, perbadingan rizab Selangor sewaktu Azmin menjadi MB dan Datuk Seri Amirudin sudah boleh menjawab kritikan pemimpin kanan PN itu.
“Adakah Azmin tidak sedar rizab Kerajaan Negeri Selangor yang beliau tinggalkan seperti Laporan Sidang DUN Selangor pada Mac 2018 hanyalah RM2.8 bilion? Beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar secara rasminya pada 19 Jun 2018.
“Sedangkan rizab Selangor yang ditinggalkan melalui Laporan Sidang DUN pada April 2015 untuk tahun berakhir 2014 adalah sebanyak RM3.2 bilion yang diwarisi dari MB Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Agaknya beliau “amat teruja” dengan kenyataan Datuk Seri Amirudin Shari, MB Selangor hari ini dalam Program Iltizam Selangor Penyayang Daerah Sabak Bernam menyatakan bahawa rizab Kerajaan Negeri telah meningkat kepada RM3.4 Bilion.
“Ini menunjukkan bahawa kepimpinan di bawah beliau telah pun berjaya menjana tambahan rizab sebanyak RM600 juta semenjak 4 tahun yang lalu,” katanya dengan membandingkan rizab yang lebih teruk ditinggal oleh bekas MB Khir Toyo ketika BN tumbang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
Oleh itu, ADUN Sri Setia itu menyelar Azmin yang mempunyai ingatan singkat dan tidak sedar pada era pentadbiranya Kerajaan Negeri terlalu berbelanja dan tidak mampu menabung dengan baik.
“Sedarkah Azmin hampir 4 tahun beliau memegang jawatan MB Selangor ke 15, beliau sebenarnya tidak mampu meningkatkan rizab malah mengurangkannya sebanyak RM400 juta?
“Pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Amirudin sebaliknya telah menghadapi cabaran amat getir selama hampir 2 tahun Malaysia dilanda pandemik Covid 19, berjimat dan mampu meningkatkan rizab negeri
Selangor kepada RM3.4 bilion ketika ini.
“Azmin seharusnya berasa malu untuk menyatakan dan menuduh prestasi Kerajaan Selangor merosot. Janganlah bermimpi di siang hari mempertikaikan kejayaan kerajaan Selangor,” katanya.
Selain kejayaan meningkatkan rizab, Halimey berkata, pentadbiran MB Amirudin juga telah memperkenalkan pelbagai program rakyat yang lebih mampan dan menitik beratkan kebajikan rakyat melalui “Iltizam Selangor Penyayang”
“Program seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Jualan Ehsan Rakyat (JER), Skim Insuran Am Selangor (INSAN) dan lain-lain meliputi 44 skim untuk kelestariaan rakyat adalah lebih baik berbanding Inisiatif Peduli Rakyat yang diperkenalkan Azmin sebelum ini sekitar 33 program,” katanya lagi.
Oleh itu, tegas beliau, tiada tempat bagi Menteri PN tersebut untuk menabur tohmahan di Selangor kononnya PH menyebabkan prestasi negeri telah merosot.
Nampak gayanya pati bulan dah berkubur. Sama macam jatuhnya maruah sebagai parti terkuat pembangkang bila pimpinan laparkan jawatan.Calon PAS, Bersatu, Gerakan Pahang guna logo PN
Semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) Pahang bersetuju menggunakan logo gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata parti komponen PN Pahang juga telah selesai membuat persiapan menghadapi pilihan raya itu.
Beliau berkata persetujuan untuk hanya menggunakan logo PN bagi semua calon parti komponen PN Pahang yang akan bertanding pada PRU-15 telah ditetapkan oleh PAS Pusat.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN Indera Mahkota berkata penggunaan logo yang berasingan antara PAS, Bersatu dan Gerakan, bukan satu keperluan, sebaliknya tumpuan lebih kepada usaha bagi memastikan parti menang dan menerajui kepemimpinan negeri.
“Perkara asas yang utama tentang agihan kerusi. Alhamdulillah telah selesai dengan penuh harmoni antara PAS, Bersatu dan Gerakan.
“Namun, agihan kerusi bagi peringkat negeri yang akan bertanding pada PRU-15 akan diumumkan kemudian,” katanya menurut lidah rasmi PAS, Harakah.
Andansura berkata pada 10 Oktober lalu, Pahang telah menyempurnakan majlis pelancaran PN bertempat di Kompleks Al Makmur Kerdau, Temerloh, yang dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tambah Andansura, jentera PN kini sudah bersedia dengan perancangan gerak kerja dalam menghadapi PRU-15.
“Sehingga kini, respons yang diterima daripada seluruh jentera yang berada di bawah PN adalah sangat positif dan suasananya sangat baik untuk Pahang menuju PRU-15 kelak,” katanya.
Nampak gayanya Zahid Hamidi tersekat niatnya nak jadi PM. Semua Bahagian sokong Ismail Sabri jadi PM, kedudukan Zahid masih selamat?
Umum mengetahui UMNO sebelum ini telah menangguhkan pemilihan partinya sehingga selesai PRU-15 nanti dengan alasan bagi mengelakkan perpecahan dalaman dan menumpukan kepada gerak kerja kempen jentera parti.
Bagaimanapun jika Ismail Sabri menjadi PM sekali lagi selepas memenangi PRU15, sudah semestinya kedudukan Zahid bakal tergugat memandangkan kredit pasti banyak diberikan kepada Naib Presiden UMNO itu kerana berjaya membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Ramai pimpinan UMNO yang menepis dakwaan wujudnya masalah antara orang nombor satu parti itu dengan orang nombor satu negara itu, malah Ismail Sabri sendiri berulang kali menegaskan hubungannya dengan Zahid baik-baik sahaja.
Malah semalam beliau sekali lagi memberi amaran kepada sesiapa yang cuba memecahbelahkan hubungannya dengan Zahid.
Menyentuh soal sokongan terhadap Ismail Sabri itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tiada arahan dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan sebaliknya ia inisiatif bahagian masing-masing.
Selain itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut dilaporkan berkata sokongan kepada Ismail Sabri adalah supaya solidariti antara presiden mentadbir parti dan perdana menteri memimpin kerajaan dapat dilihat baik dan harmoni.
Katanya perkara itu merupakan keputusan dalam mesyuarat MT UMNO sebelum ini malah Zahid mengulangi perkara itu dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk, semalam.
RAMAI YANG GERUN GAMAKNYA BILA ANWAR NAK BERTANDING- NI AKU NAK BAGI TAU, ANWAR AKAN KE AMPANG...PRESIDEN KENA LAWAN PRESIDEN..LAGI PULA SALAK SEKOQ YANG MENGKHIANAT
Anwar tak jadi lawan anak murid, kembali ke Permatang Pauh?
Teka-teki kerusi mana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal terjawab tidak lama lagi selepas difahamkan sudah memuktamadkan kerusi yang bakal ditandinginya nanti.
Presiden PKR itu sebelum ini masih mengintai kerusi Parlimen yang sesuai untuk bertanding, malah terdapat cabaran supaya bertanding tempat anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk tetapi tidak diambil serius disebabkan mahu menjaga hubungan baik antara kedua-dua mereka.
Terbaharu, sebuah portal melaporkan Anwar hampir pasti tidak akan kekal bertanding di Port Dickson sebaliknya bakal kembali ke kerusi lamanya di Permatang Pauh pada PRU-15 ini.
“Sebagai calon perdana menteri, mereka (ahli strategi PKR) sedar perlu ada simbol untuk menunjukkan Anwar mempunyai sokongan orang Melayu.
“Dengan memilih Permatang Pauh, Anwar bukan sahaja menunjukkan beliau akan kembali ke kawasan pengundinya, bahkan mendapat sokongan Melayu,” menurut laporan MalaysiaNow yang memetik sumber dalaman berhubung keputusan untuk meletak Anwar di Permatang Pauh.
Untuk rekod, Anwar sebelum ini dikatakan berhasrat bertanding di kerusi Tambun dan juga tempat bekas Timbalan Presiden PKR di Gombak.
Bagaimanapun, kerusi tersebut berisiko memandangkan penyandang kedua-dua kerusi tersebut dilihat masih berpengaruh dan mempunyai penyokong kuat.
Walaupun terdapat pelbagai spekulasi berhubung kerusi mana Anwar akan bertanding, terdapat juga cadangan yang mahu Ketua Pembangkang itu melawan anak muridnya di Bagan Datuk.
Umum mengetahui hubungan baik kedua-dua cikgu dan anak murid tersebut, ia memandangkan sebelum ini tular klip audio mesra mereka berbincang strategi politik semasa mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Permatang Pauh, kerusi luar bandar di Pulau Pinang, dianggap sebagai kubu tradisi Anwar.
Beliau membuat penampilan sulung di Parlimen sebagai pemimpin muda UMNO pada 1982 selepas menang di kerusi itu.
Selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998, kerusi itu ditandingi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada tahun berikutnya.
Wan Azizah kekal mempertahankan kerusi itu sehingga 2008, selepas beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk membenarkan suaminya bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada pilihan raya 2018, ketika Anwar sedang menjalani hukuman penjara kedua atas kesalahan liwat, kerusi itu ditandingi oleh anak sulungnya Nurul Izzah.
Namun, pada tahun yang sama presiden PKR yang mendapat pengampunan diraja tidak kembali ke kerusi tersebut sebaliknya memaksa Pilihan Raya Kecil Port Dickson bagi membolehkan beliau membuat kemunculan semula di Parlimen pada 2018.
ALAAA...NUTP NI SETAKAT ADA SAJA-JANGAN HARAP LEBIH LEBIH- NAK SETTLE KES BAIK CARI PEGUAM SENDIRI.AKU INGAT NUTP NI PUN BOLEH PAKAI TAU TIDAK ENTAH LA...SEJAUH MANA PERJUANGKAN NASIB GURU.
Kes cikgu Fadli bersifat individu, NUTP hanya bela ahli
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menegaskan kes yang hangat diperkatakan membabitkan tindakan tatatertib terhadap guru matematik Mohd Fadli Salleh yang lantang bersuara mengenai sistem pendidikan adalah bersifat individu.
Setiausaha kehormatnya, Fouzi Singon berkata NUTP hanya membela dan menjaga hak guru yang menjadi ahli sahaja.
“NUTP sentiasa komited untuk menjaga kebajikan guru secara keseluruhannya dengan berpandukan peraturan kesatuan jika wujud masalah dalam kalangan ahlinya.
“Tetapi jika ada kes yang bersifat individu, NUTP ada peraturan sendiri, iaitu membela dan menjaga hak guru yang menjadi ahli NUTP sahaja,” katanya ketika dihubungi.
Sabtu lalu, Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Menurut surat yang dimuat naik guru berkenaan, dia diberikan tempoh 21 hari untuk mengemukakan representasi kepada pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan bagi membela diri.
Fouzi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) harus menangani isu itu dengan berhati-hati selain menegaskan peraturan yang sedia ada perlu dipatuhi kerana ini akan menjadi rujukan kepada kes seumpamanya pada masa depan.
“Justeru NUTP menyeru guru KPM menjadi ahli kesatuan bagi bersama memperjuangkan kebajikan mereka,” katanya.
Nafi kesatuan tak bersuara
Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan, berkata pihaknya menafikan dakwaan kesatuan kurang bersuara dalam membela isu berkenaan kerana hakikatnya banyak kesatuan telah bercakap berkaitan kebajikan guru dan turut menyentuh isu pendidikan.
“Saya tidak nampak isu kesatuan tidak bersuara. Banyak suara kesatuan seperti NUTP, Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), NGO iGuru telah bercakap berkaitan kebajikan guru dan menyentuh isu pendidikan juga. Tinggal lagi kita perlu ikut saluran betul.
“Tidak adil menyebut sedemikian rupa, kita dalam kesatuan pun ada akta yang mengikat kita, jadi kita manfaatkan dalam ruang yang dibenarkan,” katannya.
Beliau berkata, guru mempunyai hak bersuara namun perlu mengikut saluran yang betul dengan membawa pandangan mereka kepada kesatuan untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.
“Masalah sebahagian guru bercakap atas kapasiti individu dan kadang-kadang tidak menjadi ahli mana-mana kesatuan, jadi bagaimana mereka dapat menyalurkan pandangan, idea mereka untuk disampaikan kepada pihak kesatuan untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Mengulas tindakan KPM terhadap Fadli, Azizee berkata, tindakan tatatertib kepada guru melalui proses cukup teliti dengan prosedur ketat, justeru katanya KPM ada kewajarannya.
Tak serik2 rupanya mereka memfitnah. Walau dah kalah dan terbukti di mahkamah mereka memfitnah @mujahidrawa, mereka kitar semula fitnah lama dalam pakej baru...
Fikir2kanlah
*Siaran Akhbar*
*Untuk Sebaran Segera*
*Notis Tuntutan Terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pentadbir Facebook “Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat”*
Biro Undang-Undang (Kanun), Parti Amanah Negara memandang serius perbuatan penyiaran artikel bersifat fitnah oleh Facebook “Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat pada 17/10/2022 yang bertajuk “Mantan Menteri Agama PH Sokong ElJiBiTi”.
Keseluruhan penulisan artikel tersebut bersifat fitnah yang melulu dan tanpa sebarang timbang-rasa sedangkan lidah rasmi Pas sebelum ini “Harakahdaily” dan wartawannya “Aziz Muda” telahpun pada 29/9/2021 menyiarkan permohonan maaf kerana menuduh Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff Rawa sebagai bersekongkol dengan perbuatan LGBT.
Penulisan di Facebook terbaru ini merupakan perbuatan fitnah yang serius dan penuh dengan niat jahat demi memenangi pilhanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Maka dengan ini pihak Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara telah menubuhkan satu pasukan khas peguam yang diketuai oleh saudara Hisham Fauzi bagi mengkaji implikasi perundangan atas penulisan fitnah ini.
Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara juga dengan ini memberikan *notis 24 jam* kepada Parti Islam Se-Malaysia untuk menarik balik artikel fitnah tersebut dan menyiarkan permohonan maaf di Facebook yang sama tanpa sebarang syarat.
Jika pihak Parti Islam Se-Malaysia gagal menarik balik artikel fitnah tersebut segera dan membuat permohonan maaf, maka pihak Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara akan memfailkan tindakan perundangan di Mahkamah bagi Fitnah berkenaan dan juga satu tindakan “Contempt of Court” (menghina mahkamah) kerana Pas melalui agennya sebelum ini iaitu Harakahdaily dan wartawannya pernah memohon maaf atas isu yang sama.
Bertarikh : 17/10/200
*Sekretariat Biro Undang-Undang (Kanun)*
*Parti Amanah Negara*
KEDUDUKAN MUSUH ZAHID HAMIDI SEBAGAI CALON BELUM TERJAMIN, WALAU ADA YANG CUBA CIUM TANGANNYA
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiada unsur balas dendam dalam pemilihan calon bagi PRU15 akan datang ini.
Katanya, pemilihan calon kali ini adalah berdasarkan kriteria terbaik daripada kalangan yang terbaik.
“Dalam hal pemilihan calon, kita telah merundingkan dengan ‘Top 5’ UMNO.
“Kami yakin keputusan untuk memilih calon ini adalah satu keputusan penuh kebijaksanaan dan tidak ada elemen balas dendam kepada mana-mana individu,” jelasnya dalam program “Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran” bersama BN di Bagan Datuk semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Adalah difahami, ucapan Zahid Hamidi itu merujuk kepada beberapa pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengannya sebelum ini, termasuk ada kalangan menteri dipecat daripada jawatan dalam parti kerana sikap demikian itu.
Ramai beranggapan, malah percaya, mereka itu bakal disingkirkan sebagai calon dalam usaha Zahid Hamidi membentuk pasukan yang setia kepadanya.
Begitu pun, sementara menyatakan tiada unsur balas dendam dalam pemilihan calon, dua hari lalu beliau turut mengumumkan bahawa BN akan menampilkan 70 peratus calon muka baru pada PRU15 ini.
Menurut beliau, muka baru yang bakal dicalonkan itu terdiri daripada individu berkaliber, memiliki kelayakan akademik, selain berkomitmen tinggi dalam membantu rakyat.
Video Player
00:00
00:13
Berdasarkan perkembangan tersebut, walaupun tiada unsur dendam disebutnya, tetapi dalam masa yang sama dinyatakan 70 peratus calon nanti adalah muka baru yang bermakna 70 peratus daripada wakil rakyat sedia ada akan digugurkan.
Hanya sekitar 30 peratus wakil rakyat sedia ada saja akan dikekalkan.
Persoalannya, siapakah golongan 70 peratus itu?
Adakah pemimpin-pemimpin UMNO yang diketahui tidak sebulu dengan Zahid Hamidi seperti Annuar Musa, Shahidan Kasim dan Tajuddin Abdul Rahman termasuk dalam kelompok 70 peratus itu?
Siapa pula golongan 30 peratus yang terus dikekalkan sebagai calon itu?
Apakah semua penyokong setia Zahid Hamidi termasuk di dalamnya?
Sejauh mana benarnya tiada unsur dendam atau alasan untuk meletakkan 70 peratus muka baru akan digunakan untuk mengenepikan mereka yang tak sebulu itu?
Apatah lagi, dalam program di Bagan Datuk semalam, salah seorang pemimpin UMNO yang diketahui tidak sebulu dengan Zahid Hamidi turut hadir dan didapati cuba mencium tangan Presiden UMNO itu selepas bersalaman dengannya.
Bagaimanapun Zahid Hamidi cepat-cepat menarik tangannya kerana enggan membenarkan ia dicium Tajuddin.
Walhal, dalam beberapa dapatan di media sosial, beliau biasanya membiarkan saja jika ada pemimpin UMNO ingin mencium tangannya.
Dalam hal ini, adakah menarik tangan daripada dicium Tajuddin itu bermakna Ahli Parlimen Pasir Salak itu bakal digugurkan sebagai calon?
Ataukah Tajuddin kena cuba di lain program untuk terus mencium tangan “sang pemberi watikah” itu?
Apa pula nasib Annuar dan Shahidan, tak nak cuba cium tangan Presiden UMNO juga ke? – ShahbudinHusin 18/10/2022.
KALAU DAH BEGINI KEADAANNYA, LEBIH BAIKLAH TUN HASMAH SENDIRI NASIHATKAN TUN MAHATHIR AGAR BERSARA SEPENUHNYA
Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.
Memberi contoh ketika pasangan itu menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.
“Cemas saya melihat keadaan suami ketika itu. Orang lain tidak tahu sebab mereka tiada dalam keadaan seperti saya sebagai isteri. Saya risau akan pulang dengan van jenazah.
“(Sebab itu) Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie.
“Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah, tetapi tiada siapa tengok bila dia balik petang.
“Saya tengok dia letih, mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat, saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” katanya dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
“Cemas saya melihat keadaan suami ketika itu. Orang lain tidak tahu sebab mereka tiada dalam keadaan seperti saya sebagai isteri. Saya risau akan pulang dengan van jenazah.
“(Sebab itu) Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie.
“Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah, tetapi tiada siapa tengok bila dia balik petang.
“Saya tengok dia letih, mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat, saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” katanya dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Sementara itu ketika ditanya mengenai kesediaan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, Dr Siti Hasmah berpandangan tempoh setahun sudah memadai bagi tokoh itu memimpin negara.
“Kita mahu lihat orang muda ambil alih, tetapi untuk permulaan jika tiada siapa yang dirasakan layak dan kalau itu harapan rakyat, dia akan terima untuk setahun sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu berkongsi pengalamannya kembali bergelar isteri Perdana Menteri selepas PRU14 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah berkata, bukan mudah untuk beliau menyesuaikan diri pada permulaannya.
“Dulu saya masih muda, mata terang, masih cergas, saya bergaul dengan masyarakat, (menyertai) banyak persatuan.
“Lama kelamaan selepas 22 tahun, badan dah tak kuat, mata tak nampak, nak berjalan pun kena berhati-hati takut jatuh, saya pun kena jaga kesihatan kalau nak jaga suami,” katanya.
BETOI KA KERAJAAN NAK LUPUSKAN HUTANG PENEROKA? JANJI ATAU DICAPATI ...KAH..KAH...KAH..PENEROKA JADI MAKANAN BN/PN
Antara hutang peneroka Felda, Felcra ketika Covid dan PRU.
Pada 7 Julai 2021, Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion bagi mengurangkan beban mereka.
Pengumuman itu satu berita baik yang ditunggu-tunggu ratusan ribu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu sejak bermula kira-kira 66 tahun lalu. Ia dibuat ketika negara berdepan pandemik Covid-19, bukannya apa-apa pilihan raya.
Dengan inisiatif ini, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.
Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka.
Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu itu pernah memberitahu bahawa beliau kadang-kala tidak dapat melelapkan mata waktu malam kerana memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan hutang peneroka.
Beliau menyifatkan peneroka Felda sebagai golongan yang menjadi keutamaan ketika era pentadbirannya menjadi Perdana Menteri Kelapan sebelum ini, memandangkan kebanyakkan mereka terbelenggu dengan masalah hutang.
Dengan tema ‘Anjakan Minda Peneroka’, Muhyiddin berharap menerusi pelupusan itu, ia akan menjadi titik tolak atau ‘reset button’ untuk warga peneroka di seluruh negara menjadi lebih bersemangat dan lebih fokus dalam melipatgandakan hasil serta pendapatan mereka.
Untuk rekod, rata-rata peneroka Felda tidak dapat bekerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan ketika itu bagi menghalang lebih banyak penularan virus berbahaya itu.
Justeru, pelupusan itu mengurangkan lagi beban hutang peneroka Felda di seluruh negara, yang kini kembali melaksanakan aktiviti mereka setelah sempadan negara dibuka semula dan Malaysia memasuki fasa peralihan endemik.
Semalam, satu lagi berita gembira diumumkan Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga untuk peneroka, tetapi kali ini peneroka Felcra pula.
Tetapi, bersyarat.
Memetik laporan BH, kerajaan bersetuju melupuskan kesemua hutang lapuk projek Felcra Berhad membabitkan kos sebanyak RM233.8 juta sekiranya Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.
Ismail Sabri berkata, walaupun beliau sudah bersetuju, dari segi peraturan perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk kelulusan.
“Saya dah bincang dengan Menteri KPLB bawa dalam mesyuarat Kabinet, tetapi mesyuarat Kabinet tidak boleh diadakan sekarang ini kerajaan telah membubarkan Parlimen, Jadi bergantung kepada rakyat semua lah (menentukan kerajaan mentadbir),” katanya.
Pada 10 Oktober lalu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 bagi membolehkan pilihan raya diadakan, tatkala musim tengkujuh tahunan bermula November ini.
Rasanya rakyat sudah matang. Jadi fikir-fikirkan lah....
Razali bin Zakaria
Penulisan Terbaik untuk direnungkan... *Kenapa PAS Sekarang Amat Memalukan Islam?*
Penulisan Terbaik utk direnungkan...
*Kenapa PAS Sekarang Amat Memalukan Islam?*
Dr Nazmil Aril Osidea.........✍️
1. Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun
dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi
Pas segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib. Kata mereka 'Najib
sahabat sejati'.
Impresi orang bukan Islam (OBI) : Islam, seperti contoh pemimpin
Pas tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.
2. Pemimpin Pas menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah
mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Kelantan. Ada juga seorang
Menteri Besar Pas yang 'dibelikan Vellfire baru' untuk kegunaan MB (kemudiannya
didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya
mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk
dengan ditutup dengan kain.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas mengutamakan kemewahan
kepada pemimpin Pas . Orang Islam boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya
mereka tawadduk dan faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi
dengan kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.
3. Haji Hadi diberikan jawatan bertaraf menteri ke Timur Tengah.
Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji
setinggi Menteri. Haji Hadi menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas
yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh orang
Islam di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi
meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria
dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mengambilkira
halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi
sokongan kepada yang memberikan jawatan.
4. Haji Hadi apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab
di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun
soalan dengan rasional.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan
elemen fikiran, rasionaliti dan intelek.
5. Pemimpin Pas sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang
arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang bukan
Islam. Mereka yang dulunya menuduh UMNO kafir tiba-tiba boleh pula menerima
UMNO.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan
prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung
politik.
6. Pemimpin Pas (Menteri) yang pulang dari Turki telah melanggar
kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes
ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana
melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke mahkamah
oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka
sebabnya)
Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan
integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.
7. Pemimpin PAS di Kelantan menaikkan gaji exco antara RM3,000
hingga RM5,000 (dalam keadaan Kelantan tidak pun ada dana mencukupi untuk
membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji
dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan
potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, mengutamakan diri
sendiri dari memahami kesusahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan
sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di'bodoh'kan dengan
menerima apa sahaja 'fatwa' yang mereka putuskan. Orang Islam Pas diajar untuk
tidak berfikir dan terima semuanya.
8. Seluruh dunia kini dapat melihat 'kehebatan' pemimpin Pas
yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan orang Islam bodoh
kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian
nampak seperti 'Islamik' dan memetik beberapa ayat Al Quran.
9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang
kelihatan Islamik, semua ini menjadi impresi orang bukan Islam terhadap Islam.
Pas adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk Islam. Pas memaparkan
sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan
kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang
Islam dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang
di seluruh dunia.
10. Pemimpin-pemimpin Pas sedikitpun tidak malu dan ini tidak
dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di'bodoh'kan dengan bungkusan 'Islamik'
sedangkan kandungannya 100% bukan Islamik.
11. Pas akan berterusan menggunakan modus operandi menyebut
'Islam' berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka.
Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar
untuk tidak berfikir dan 'menyangka' akan berakhir dengan syurga. Malangnya,
dengan sifat-sifat mereka yang 'jauh dari ahli syurga' selain dari bungkusan
luar yang mahu dilihatkan sebagai 'Islamik', jalan ke syurga melalui Pas
hanyalah laluan yang menyesatkan.
12. Orang Islam yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan
pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah
dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat
ini tidak ada dalam Pas.
Kerosakan imej terhadap Islam yang dilakukan oleh Pas adalah
teramat besar. Pas adalah satu tragedi besar terhadap Islam dan memberikan
impresi yang salah terhadap Islam.
Pas sangat memalukan Islam dan mereka akan disoal di akhirat
kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk.
Dr Nazmi Aril Osidea