Tak serik2 rupanya mereka memfitnah. Walau dah kalah dan terbukti di mahkamah mereka memfitnah @mujahidrawa, mereka kitar semula fitnah lama dalam pakej baru...




Fikir2kanlah


*Siaran Akhbar*

*Untuk Sebaran Segera*


*Notis Tuntutan Terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pentadbir Facebook “Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat”*


Biro Undang-Undang (Kanun), Parti Amanah Negara memandang serius perbuatan penyiaran artikel bersifat fitnah oleh Facebook “Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat pada 17/10/2022 yang bertajuk “Mantan Menteri Agama PH Sokong ElJiBiTi”.


Keseluruhan penulisan artikel tersebut bersifat fitnah yang melulu dan tanpa sebarang timbang-rasa sedangkan lidah rasmi Pas sebelum ini “Harakahdaily” dan wartawannya “Aziz Muda” telahpun pada 29/9/2021 menyiarkan permohonan maaf kerana menuduh Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff Rawa sebagai bersekongkol dengan perbuatan LGBT.


Penulisan di Facebook terbaru ini merupakan perbuatan fitnah yang serius dan penuh dengan niat jahat demi memenangi pilhanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Maka dengan ini pihak Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara telah menubuhkan satu pasukan khas peguam yang diketuai oleh saudara Hisham Fauzi bagi mengkaji implikasi perundangan atas penulisan fitnah ini.


Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara juga dengan ini memberikan *notis 24 jam* kepada Parti  Islam Se-Malaysia untuk menarik balik artikel fitnah tersebut dan menyiarkan permohonan maaf di Facebook yang sama tanpa sebarang syarat.


Jika pihak Parti Islam Se-Malaysia gagal menarik balik artikel fitnah tersebut segera dan membuat permohonan maaf, maka pihak Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara akan memfailkan tindakan perundangan di Mahkamah bagi Fitnah berkenaan dan juga satu tindakan “Contempt of Court” (menghina mahkamah) kerana Pas melalui agennya sebelum ini iaitu Harakahdaily dan wartawannya pernah memohon maaf atas isu yang sama.


Bertarikh : 17/10/200


*Sekretariat Biro Undang-Undang (Kanun)*

*Parti Amanah Negara*