Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PANAS !!! MELAYU 'ISLEY' TAK GUNA JIKA PERASUAH DAN PENYANGAK - MUJAHID
Pemimpin Melayu yang kita nak angkat adalah pemimpin Melayu Islam yang bermaruah bukan perasuah, penyangak dan penyamun kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pada ceramah di Melaka baru-baru ini.
AKHIRNYA BISIKAN SYAITAN ITU JUGA YANG DIBENARKAN
“Saya bukan cakap kosong sebab sudah banyak bukti yang ada. Mereka berselindung di sebalik imej warak, berserban dan berkopiah tapi di belakang mereka juga adalah makhluk Allah yang rakus,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau, pada 9 Oktober lalu.
Beliau mendakwa sikap pemimpin PAS berdolak-dalik, dalam membuat keputusan sama ada mahu terus bersama BERSATU dan PN, atau pilih untuk kembali kepada UMNO serta Muafakat Nasional.
GADUH- GADUH :ASYIK SALAH ORANG SAHAJA . MASA KAU JADI PM MERUDUM EKONOMI DAN WARTAWAN PUN KAU TAK BERANI JUMPA.DUA DUA TAK BOLEH PAKAI.
Salahkan diri sendiri bukan orang lain, kata Muhyiddin kepada Ismail Sabri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
membalas kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
kerana menunding jari kepada orang lain terhadap kesalahan dilakukan dirinya
sendiri berhubung keputusan membubarkan Parlimen baru-baru ini.
Presiden
Bersatu itu menyifatkan Ismail Sabri tidak mencerminkan keperibadian sebagai
seorang pemimpin apabila tidak mahu memikul tanggungjawab dan hanya tahu
mencari salah orang lain, walhal dirinya sendiri yang melakukan kesalahan.
“Saya
fikir ia sangat tidak bertanggungjawab sebagai Perdana Menteri menyalahkan saya
atau jemaah menteri terhadap apa yang berlaku sekarang.
“Saya
fikir dia tidak boleh menyalahkan siapa yang bertanggungjawab. Kita tidak mahu
pertikaikan yang dipersembahkan kepada Agong (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan Agong telah bertindak atas
budi bicaranya.
“Bukan dia kata dia setuju
kerana ada desakan daripada sesiapa, kita minta seboleh mungkin jangan ada
pilihan raya. Siapa sini suka pilihan raya masa banjir, tak ada kan,” katanya
petik laporan media hari ini.
Terdahulu,
Ismail Sabri menunding jari kepada jemaah menterinya susulan langkah
mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah kepada usaha
untuk membubarkan Parlimen.
Surat
tersebut diutuskan bertujuan bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
diadakan pada ketika negara bakal berdepan musim banjir.
Bagaimanapun,
Ismail Sabri tidak mengendahkan permintaan Kabinetnya sendiri apabila secara
tergesa-gesa bertindak membubarkan Parlimen pada Isnin lalu.
Menurut
Muhyiddin, tindakan mengutuskan surat itu hanya untuk menyuarakan suara rakyat
dan wakil sidang Kabinet kerana tidak ada perbincangan secara mendalam mengenai
pembubaran Parlimen.
Muhyiddin
juga mengungkit kembali berhubung perjanjian yang ditandatangani Ismail Sabri
semasa mahu mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN)
untuk menjadi Perdana Menteri tetapi nampaknya janji tersebut tidak ditepati.
“Saya
sebenarnya ada perjanjian dengan Datuk Seri Ismail Sabri waktu beliau menjadi
Perdana Menteri, kandungannya kalau nak dibubarkan Parlimen sewajarnya
bincanglah dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN).
“Kenapa
kita minta itu, kerana kita merupakan komponen terbesar dalam kerajaan,
adilkah? Ini tidak adil. Jadi bila dia tahu semua orang serang dia dari semua
arah, dia kata Muhyiddin punya salah, ini menteri yang salah,” katanya lagi.
Bekas
Perdana Menteri itu sekali lagi menegaskan bahawa Ismail Sabri harus
menyalahkan dirinya sendiri.
“Jangan
salahkan kita, kita menyuarakan tanggungjawab parti, menjaga kebajikan rakyat,
prihatin nasib rakyat, kita suarakan itu.
“Perdana
Menteri pun walau apa-apa pun dia nak kata, tetapi dia perlu bertanggungjawab
tentang apa dia dah lakukan sebab itu jangan salahkan orang, salahkan diri
sendiri apa yang sudah dilakukan,” katanya.
PASTIKAN TELUS SEBELUM SAMBUNG PROJEK PAIP GAS SABAH
Pastikan telus sebelum sambung projek paip gas Sabah
on:
Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) yang dihentikan pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) kerana terbelit dakwaan korupsi tetapi mahu disambung semula pembinaannya ketika ini menimbulkan persoalan berkenaan ketelusan.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, tindakan kerajaan BN menghidupkan semula projek yang dimulakan pada era pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak itu tanpa jaminan ketelusan menimbulkann tanda tanya.
Katanya, kedua dua projek yang dimulakan pada 2016 bernilai RM9.4 bilion dengan kos pengambilan tanah RM1.7 bilion sebelum ini dihentikan kerana kerajaan telah membayar kontraktor sebanyak 88% daripada kos keseluruhan projek sedangkan kerja yang dilakukan sekitar 13% sahaja.
“Amat pelik bila jumlah yang besar itu dibayar terus oleh kerajaan BN kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) tanpa mengikut kemajuan pembinaan. Atas masalah ini kerajaan PH mengambil keputusan untuk membatalkan projek tersebut pada tahun 2018.
“Namun projek ini dihidupkan semula pada Febuari 2021 di bawah kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Tegas Razeef, projek pemasangan saluran paip gas sepanjang 662km dari terminal minyak dan gas Sabah di Kimanis ke daerah pantai timur Sandakan dan Tawau walaupun ada kebaikan, namun sebelum ini dipersoal keperluan pelaksanaannya oleh banyak pihak kerana kos yang terlalu tinggi.
“Untuk Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), kos projek ini sebanyak RM4.6 bilion. Ini bermakna sebelum ini anggaran RM4 bilion telah dibayar kepada CPPB walaupun kemajuan pembinaan hanya 11%-13% sahaja.
“Rakyat berhak tahu status kemajuan projek ini (jika diteruskan) selain ketelusan berkenaan kos sebenar projek tersebut kerana kita khuatir ia akan jadi sama seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila projek berkenaan digunakan oleh pihak tertentu untuk penyelewengan dana,” katanya.
Bagi Razeef, selepas kes 1MDB negara perlukan ‘transparency’ terhadap projek-projek mega.
“Kita tidak mahu lagi berlaku aliran wang tunai melalui projek-projek tertentu ke negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Kuwait apabila projek mega seperti ini digunakan pihak tertentu untuk menyeleweng dana demi kepentingan sendiri,” katanya lagi.
PRU-15: Zahid paling gembira, tapi penganalisis ramal rakyat akan keluar mengundi.Iya rakyat akan membalas dendam terhadap menteri yang korup
Penganalisis politik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.
Selepas pelbagai spekulasi
berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), akhirnya tanda tanya
tersebut sudah terjawab selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan
secara rasmi Parlimen terbubar.
Walaupun
berdepan tentangan daripada pelbagai pihak, namun nampaknya kehendak Presiden
UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih diutamakan berbanding kehendak rakyat
yang semakin terbeban dengan kesulitan hidup dan juga tidak lama lagi musim
banjir pula bakal tiba.
Penganalisis
politik, Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata individu paling gembira
dengan keputusan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri adalah
Zahid kerana selama ini desakan supaya PRU-15 disegerakan berpunca daripada
Ahli Parlimen Bagan Datuk tersebut.
“Suasana
politik yang bodoh masih kelihatan jelas, Zahid Hamidi paling gembiralah sebab
kehendak dia dah dapat.
“Bagi pembangkang mereka tidak
setuju tapi sekarang sudah bubar Parlimen, jadi suka atau tak suka mereka kena
pergi berperang juga lah,” katanya semasa dihubungi Agenda Daily.
Pembubaran
Parlimen pada mulanya ditentang blok pembangkang, termasuk juga parti komponen
dalam kerajaan yang berpendirian tidak sesuai diadakan pada ketika bencana
banjir diramalkan berlaku pada hujung tahun ini.
Namun,
Ismail Sabri tidak dapat menahan lebih lama desakan bosnya, Zahid apabila
hampir saban minggu mengadakan himpunan raksasa dengan menghimpunkan penyokong
parti untuk memberi tekanan kepadanya.
Ditanya
berhubung peratusan pengundi yang rendah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka
dan Johor yang lalu, Salawati berkata situasi sudah berubah apabila orang ramai
sudah menjalani kehidupan seperti biasa sekarang dan meramalkan pengundi baharu
atau muda bakal mengubah corak pola pilihan raya kali ini.
“Satu
benda yang sukar untuk kita ramal adalah budak umur 18 tahun, enam juta
pengundi. Demografi kita akan jadi sangat berbeza, lagipun pada saya
budak-budak ni kita tak boleh nak predict apa ada dalam kepala mereka.
“Pada
saya sebenarnya tiada siapa yang takut nak pergi mengundi, semua orang nak
pergi mengundi jadi sekarang ni pun rakyat memang nak mengundilah sebab sudah
bubar… cuma macam orang rasa tak adil lah kalau kawasan yang dah kena banjir
itu macam mana.
“Memang
ramailah yang akan keluar (mengundi) sebab dah bosan sangat dengan keadaan
Malaysia ni. Walaupun ua-dua pun sebenarnya tak boleh pakai, tapi kita terpaksa
pilih jugalah di antara dua itu,” katanya lagi.
Salawati
menggesa orang ramai agar turun mengundi menunaikan tanggungjawab mereka jika
mahu melihat keadaan negara menjadi lebih baik memandangkan keadaan mencabar
pada tahun depan yang bakal dihadapi negara.
“Kita
sebenarnya kita nak pastikan negara kita lebih baik, kalau boleh biar saja yang
betul-betul berkaliber dapat jadi menteri, dapat pulihkan ekonomi.
“Ekonomi
teruk, duit (ringgit) pun menyusut. Rakyat sebenarnya nak makan tak nak lagi
dibeban dengan masalah kewangan, OPR (kadar jangka masa panjang) yang naik
berganda-ganda, berapa kali setahun.
“Jadi
kalau kerajaan berjaya wujudkan ekonomi yang bagus, pekerjaan yang banyak, saya
rasa siapa pun jadi kerajaan rakyat akan gembira,” ujarnya lagi.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan
menentukan tarikh penting bagi PRU-15 pada 20 Oktober ini.
SAPA PUN TAK MAU DAN PERCAYA PADA HANG- TANYA LEBAI KOT DEPA MAU...
W.FAUDZIN
Tak payah tanya Anwar, tanya orang gila pun mereka tak mahu tengok muka
hang lagi. Hanya iblis saja mungkin masih mahu berkawan dgn hang.
KENA TOLAK DISABAH
Mencari Hang Jebat dalam Parti Keramat.
Rupanya
datang dari Sabah Negeri di Bawah Bayu.
A
sensible argument beliau beri. Beliau tanya, parti mana dalam dunia, yang
General pilihanrayanya terpalit kes rasuah dan salah guna kuasa? Itu tindakan
bunuh diri.
Cuma
ditujukan kepada Bung Mokhtar. Patutnya terpakai juga kepada Presiden Parti.
563Khairuddin Ayip Rasmi and 562 others
91 comments
89 shares
Malaysia ke arah negara orang berumur-menarik untuk peringatan rakyat Malaysia
Salah satu artikel kotak di dalam Tinjauan Ekonomi 2023 ialah
berkenaan bilangan rakyat yang berumur 65 tahun ke atas. Sebuah negara dikira
negara tua apabila kumpulan umur ini mencapai 7%. Pada tahun 2022 kumpulan umur
ini di Malaysia dianggar sudah mencapai 7.3%.
Semakin ramai orang tua, polisi awam perlu dikaji bagi mempastikan
kumpulan sasar ini mendapat perhatian yang selayaknya dengan keperluan mereka.
Di antara isu yang biasanya dihadapi apabila ahli masyarakat
semakin tua ialah pembiayaan kehidupan seperti pencen. Bagi kakitangan awam,
pencen dibayar berdasarkan manfaat yang dijanjikan (defined benefits). Ini
bermakna kerajaan terpaksa mencari duit untuk membayar pencen, bukannya
berdasarkan simpanan kakitangan berkenaan semasa mereka berkhidmat.
Peningkatan pesara kerajaan yang berusia lanjut bermakna
kerajaan terpaksa memperuntukkan lebih banyak dana dari perbelanjaan operasi
kepada segmen ini. Sebaliknya pesara sektor swasta bergantung kepada simpanan
KWSP mereka. Semakin kurang tabungan, semakin kurangkah dana yang ada apabila
mereka menghadapi hari tua. Inilah sebabnya mengeluarkan tabungan ini ketika
muda bukanlah satu tindakan yang bijak.
Satu isu penting yang lain ialah kos kesihatan. Semakin tua
seseorang, semakin perlu dia kepada penjagaan kesihatan yang lebih teliti. Bagi
orang-orang tua yang rendah pendapatannya, mereka hanya mampu mendapatkan
perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan. Kerajaan pula akan lebih
tertekan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bermutu bukan sahaja
kepada segmen ini tetapi kepada keseluruhan ahli masyarakat yang semakin besar.
Dua isu di atas perlu difikirkan dari sekarang dan perlu
tindakan awal sebelum ianya menjejaskan kualiti kehidupan ahli masyarakat.
Inilah sebabnya kita memerlukan orang-orang yang mampu membentuk polisi yang
kesannya jauh ke hadapan, bukannya dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya
sahaja.
Orang-orang muda yang bersemangat memilih wakil berdasarkan
banyak mana minyak motosikal mereka dituangkan atau boleh bergolek-golek di
acara-acara hiburan akan tua dan menanggung kesan air tangan wakil-wakil yang
mereka pilih. Bersyarah dan bertakbir sahaja tidak cukup sekiranya wakil yang
dipilih hanya mampu membaca doa pembuka dan penutup majlis tetapi tidak ada
keupayaan memimpin bagi membentuk polisi yang bermanfaat.
Apabila Kementerian Kewangan memilih untuk menjadikan isu
penuaan sebagai artikel kotak di dalam tinjauan ekonomi, ini bermakna mereka
nampak isu ini akan menjadi lebih kritikal di dalam masa yang tidak begitu jauh
dari sekarang.
MISI DARURAT BANJIR
NURUL IZZAH
Semasa misi Darurat Banjir 2021 yang lalu, saya mohon pasukan
Rahmah Support Team turun bersama bagi memberikan bantuan sokongan mental,
emosi dan psikologi buat mangsa banjir.
Sementara kami yang lain mencuci rumah yang dilanda banjir
sehingga tinggi paras bumbung, mereka adakan sesi bersama kanak-kanak mangsa
banjir.
Selesai kesemuanya, mereka kongsikan cerita, bila kanak-kanak
mangsa banjir diminta melukis apa yang mereka rasakan menerusi ‘art therapy’.
Ada yang melukis cita-cita menjadi seorang doktor, kata mereka -
“Saya nak jadi doktor supaya boleh bantu orang ramai dan bantu mak ayah pindah
dari sini. Sebab kami takut nak hadap banjir lagi”
Mungkin pada pandangan orang ramai, kanak-kanak ini melukis sekadarnya untuk suka suka, tetapi dari situlah kita lihat luahan emosi, cita-cita dan matlamat yang ingin mereka capai dalam kehidupan
Sangat tidak mudah untuk menerima takdir yang menghenyak dengan
begitu mengejut. Banjir ini pasti surut, namun dampaknya pada jiwa belum tentu.
Berikan sokongan pada mereka yang memerlukan. If someone you
know is struggling, reach out and support them.
Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022
BAGAIMANA DENGAN GERAN..JIKA PUN DIISTIHAR TANAH REZAB MELAYU ? NANTI MUDAH JUAL LA YA....MELAYU SUKA JUAL TANAH
Baru-baru ini, bekas
Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Prof Datuk Dr Nik
Mohd Zain Nik Yusof, menyarankan kerajaan menukar taraf tanah FELDA di bawah
Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 menjadi Tanah Rizab Melayu. Ia amat
mengujakan kita semua.
BIJAK - MEMANG DIA PEROSAK NEGARA SEJAK AWAL. BETUL ADA NAIK BANGGUNAN-TAPI DIA JUGA BANYAK PELINGKUP
Hanya kerajaan stabil dapat pulih kesan dasar buruk Dr M, kata pengurus dana.
PETALING JAYA: Kerajaan yang stabil dan dasar yang kukuh diperlukan untuk memulihkan kerosakan yang disebabkan oleh dasar ekonomi Dr Mahathir Mohamad, kata seorang pengurus dana global.
Tan Teng Boo, yang mengetuai kumpulan Capital Dynamics berkata, Malaysia masih menanggung akibat daripada dasar-dasar yang dimulakan beberapa dekad lalu.
Dalam wawancara bersama FMT Business, beliau berkata, dasar Mahathir pada 1980an dan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) 2018-2020 telah merosakkan negara.
Beliau memetik tumpuan Mahathir terhadap industri berat dan pembangunan industri kereta nasional sebagai contoh dasar tersebut.
“Mengapa kita, sebagai pasaran kecil pada masa itu, fikir kita perlu dasar kereta nasional sedangkan kita ada keutamaan lain?”
Beliau berkata Proton, produk program industri berat Mahathir, telah bertahun-tahun bergelut dan bahagian pasarannya merosot daripada lebih 70% pada 1993 kepada 12.5% pada 2016.
Masalahnya memuncak dengan penjualan 49.9% kepentingan dalam syarikat itu kepada pembuat kereta China Zhejiang Geely Holding Group pada 2017, selepas Mahathir berundur.
“Siapa yang membantah Geely masuk? Orang yang sama. Jika anda tidak benarkan rakan kongsi asing bekerja dengan Proton, apa masa depan Proton?”
Penjualan Proton menyelamatkan dasar perindustrian berat Mahathir, katanya.
“Terima kasih kepada Geely, dan CEO (Proton) yang cukup berkebolehan, mereka cuba mengejar (apa yang) ketinggalan”.
Langkah ke hadapan
Tan berkata, Malaysia memerlukan kerajaan yang cukup kukuh untuk menangani banyak masalah jangka panjang, yang tidak mungkin dicapai tanpa kestabilan politik dan kepimpinan yang bagus.
Beliau berkata, prestasi pasaran saham baru-baru ini dikaitkan dengan ketidaktentuan politik dan kurangnya keyakinan terhadap prospek jangka panjang Malaysia.
Bagaimanapun, pengeluaran dana asing daripada Bursa Malaysia kepada bawah paras 10% menjadi trend yang juga dilihat dalam pasaran pesat membangun yang lain, katanya.
Tan berkata, terdapat keperluan bagi kerajaan untuk mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti dan ini berakar umbi daripada kualiti pendidikan yang tinggi.
“Bukan sahaja di peringkat universiti, (tetapi) dari sekolah rendah. Bukan sahaja universiti (tetapi) juga institut vokasional dan institut pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional.
“Anda lihat Korea, Jerman, mereka bukan sahaja menekankan ijazah tetapi juga kemahiran teknikal. Mereka sangat dihormati dengan gaji dan prospek pekerjaan yang sangat bagus,” katanya.
Tan berkata, ahli politik perlu berfikir dan bertindak seperti negarawan kerana tadbir urus yang baik adalah penting untuk memupuk bakat berkualiti tinggi.
Wujud keperluan untuk mencapai keseimbangan antara dasar berasaskan kaum dengan dasar berasaskan prestasi, katanya.
“Salah satu ekstrem tidak sesuai untuk Malaysia,” katanya.
“Malaysia terlalu menjurus kepada (dasar) berasaskan kaum, jadi kita perlu beralih lebih kepada (dasar) berasaskan prestasi.”