KEDUDUKAN & JAWATAN HAJI HADI ITU JUGA DIBAWAH TAKRIF RASUAH (الرشوة)..



1- Beberapa hari lepas ramai sahabat PAS marah, Bila aku menulis tentang bagaimana takrif keadaan mereka yang terpaksa memberikan rasuah atau Bayaran, Mereka marah seolah olah aku membenarkan rasuah.. Pandangan itu tidak benar, aku tidak pernah menghalalkan Rasuah..


2- Hatta dalam beberapa keadaan Rasuah (الرشوة) itu tidak hanya datang dalam bentuk bayaran, Dinar dan Dirham.. ia boleh datang dalam bentuk jawatan, kedudukan dan kuasa seperti mana kedudukan dan Jawatan Haji Hadi hari ini.. Jelas di dalam Islam ianya dibawah takrif Rasuah..Ia dalam bentuk ( scheme of things )..


Itu sebabnya Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari memetik kata Ibnu al-Arabi dalam meletakkan makna rasuah itu..


الرشوة كل مال دفع ليبتاع به من ذي جاه عونا على ما يحل


“Risywah atau Rasuah itu suatu harta yang diberikan untuk membeli kehormatan/ kekuasaan bagi mereka mendapat dan memilikinya, digunakan bagi membenarkan/atau menghalalkan sesuatu yang sebenarnya tidak halal( bathil ).." 


Begitulah kedudukan Haji hadi dan rakan Tahalufnya, Kedudukan, Jawatan hatta gaji dan elaun yang mereka perolehi hari ini datangnya dari jalan yang Bathil.. ianya Bukan diperolehi dari yang datang menjadi Hak mereka...


3- Itu Dalam definisi pada makna lughah atau (bahasa), dan menurut Istilah disebutkan Ulama'..


..مَا يُعْطَى لإِبْطَال حَقٍّ ، أَوْ لإِحْقَاقِ بَاطِلٍ


 " al-Risywah (الرِّشْوَةُ) merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan... "


4- Dari mana datangnya kekuasan, kedudukan Elaun yang dijadikan Pendapatan kelompok ini ? Yakni dengan cara AL-GHADR(Melanggar Perjanjian/Khianat) dan AL-GHASB(Merampas)... 


Mereka merampas dari yang punya hak atas kekuasaan... Dalam surah Al Kahfi yang selalu dibaca ulang pada hari jumaat perkataan  ( غَصْبًا )  ini disebutkan merujuk peristiwa Raja yang merampas perahu atau Sampan milik orang miskin..


Sheikh Ibnul Utsaimin Menyebutkan Rasuah itu.. : 


إن الرشوة تكون في الحكم فيقضى من أجلها لمن لا يستحق، أو يمنع من يستحق أو يقدم من غيره أحق بالتقديم


“Sesungguhnya risywah/Rasuah keberadaannya dalam hukum yang diputuskan kerananya kepada orang yang TIDAK BERHAK atau MEGHALANGI orang yang BERHAK, atau mengedepankan orang yang selainnya yang lebih berhak untuk dikedepankan...”.


Meletakkan orang yang tidak berhak dalam Politik dan kedudukan Kerajaan, Menafikan mereka yang telah dipilih Rakyat pada PRU 14 adalah satu bentu Rasuah.. Dan Sheikh Utsaimin memetik pandangan ini menyentuh firman Allah..


وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ


“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”


(Surah al-Baqarah: 188)


5- (AS SUHT) السحت


 Inilah dikenal dengan nama (as-Suht) السحت

 , dalam hadis Nabi disebutkan api neraka adalah utama baginya... Kemudian Nabi ditanya Sahabat :” Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan harta haram itu (as-Suht) وما السحت .” apa jawab Nabi SAW ?


.." الرشوة في الحكم "


 "Ia adalah Rasuah untuk meraih jabatan/Jawatan ”


Boleh Jadi Haji Hadi dan rakan ahli parlimen, Senator yang dilantik menjadi Menteri terlebih dahulu bermuhasabah, Apakah halal, Jawatan, kedudukan Elaun yang diambil dari kerja Khianat dan Merampas(Zalim)... harus diingat, Disebutkan takrif dalam Lisaanul Arab makna zalim itu.. :


الظُّلْمُ: وَضْع الشيء في غير موضِعه


“Azh zhulmu yakni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya...”


Apakah Ini Gambaran Ulama' yang tidak Bemoral.. Orang Beriman takkan memakan harta dengan jalan yang Bathil.. Maka Bertaubat lah wahai Haji Hadi.. :) 


Ipohmali 


Tazkirah Jumaat


16 SEPT 2022



“CUKUP-CUKUPLAH GILA TALAK, TERIMA HAKIKAT PAS TELAH DICERAI TALAK TIGA OLEH UMNO”

 

– Sejak seminggu dua ini saya tengok macam-macam polemik mengenai MN yang timbul. Kebanyakan datang daripada pemimpin PAS yang masih tak dapat terima kenyataan mereka sudah diceraikan talak tiga oleh UMNO.

– Saban hari mereka meroyan dan merapu bukan-bukan. Create macam-macam cerita pasal MN ini sehingga sanggup heret pemimpin UMNO lain sekali dalam cerita penuh sadis mereka itu.

– Hinggakan dari Mursyidul Am, Presiden sehingga ke SUA mereka sanggup buat cerita fitnah dan palsu kononnya ada pemimpin UMNO yang masih berminat dan berunding dengan mereka untuk teruskan kerjasama MN.

– Kononnya ada rundingan rasmi ‘pintu belakang’ antara PAS dan UMNO untuk tetap bekerjasama di bawah gabungan yang sudah lama mati itu. Tapi bila tanya orang UMNO…semua menafikan ada rundingan itu kerana orang UMNO tetap berpegang kepada keputusan parti yang sebulat suara sudah tutup pintu untuk MN.

– Bila Presiden Bersatu, Muhyiddin minta penjelasan dari geng Pak Lebai ini pasal dakwaan mereka ada rundingan sulit MN, Pak Lebai terus pusing cerita, cakap tak ada rundingan rasmi dan tak ada progress pun dalam rundingan itu. Nampak geng Tok Guru ni tukar cerita dan tipu pula anak guru agama. Tapi saya tak hairan pun, sebab sebelum ini pun anak guru agama tu pun tipu PAS pasal perjanjian politik sulit antara dia dengan PM.

– Orang PAS ni nak samakan UMNO dengan parti mereka yang demokrasi dan ketetapan dasar parti sudah ke laut. Bagi saya semua penipuan dan fitnah itu sebenarnya adalah cubaan untuk pecah belahkan serta melaga-lagakan pemimpin UMNO yang turut didalangi beberapa orang malaun dalam UMNO sendiri.

– PAS masih tergila-gilakan MN dan masih mahu bersama UMNO kerana mereka mula sedar PN dan Bersatu sudah tak kuat. PAS tahu jika mereka hanya bersama PN, peluang mereka untuk menang banyak kerusi pada PRU15 amat tipis dan mereka tak ada peluang lagi untuk jadi menteri serta dapat kemewahan yang dikecapi hari ini.

– Jadi saya nak pesan pada PAS terutamanya Haji Hadi tu, Masyaallah…cukup-cukuplah duk kejar dan gila talak dengan MN serta UMNO. Cubalah faham bahasa sikit, UMNO dah gerak solo dan tak perlukan lagi pasangan, jadi PAS tak payah lagi nak terhegeh-hegeh dengan MN.

– Baik Hadi dan PAS tumpukan saja buat kerja macam mana nak pertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah.

– Sebab saya dengar pun PAS sudah mula ‘kenaling’ di Kelantan sebab orang Kelantan sudah muak dengan PAS. Sampai hasil hutan pun sudah habis tapi rakyat Kelantan tak rasa pun nikmat pembangunan yang diusahakan Kerajaan PAS.

– Mungkin Kerajaan PAS ni hanya tahu berdoa dan tawakal saja tanpa usaha. Kononnya semua diserahkan pada takdir ilahi tanpa buat kerja. Jadi rakyat Kelantan sudah jemu dan tak mahu lagi dipermainkan oleh janji-janji palsu PAS.

– Di Terengganu pun, orang Tranung pung katanya PRU15 nanti mereka nak balik semua kepada Kerajaan BN selepas Kerajaan PAS gagal bela kebajikan serta bawa pembangunan kat negeri itu.

– Di Kedah pun, orang Kedah dah cemuih dengan peel MB Sanusi yang asyik sembang bergegaq saja tapi hasil takde langsung.

– Saya juga nak ingatkan kepada malaun-malaun dalam UMNO yang masih cuba nak bekerjasama dengan PAS dalam MN; berhentilah daripada buat kerja sia-sia tu. Kamu semua kena akur kepada keputusan parti yang dah tak mahukan MN. Tak payahlah jadi utusan tak rasmi atau pencacai haram nak berunding dengan PAS atau nak minta parti terima cadangan PAS untuk bincang tentang strategi 1 lawan 1 di 27 kerusi.

– Biarlah PAS berapa kali pun dan nak beri beribu cadangan pun, biar PAS dengan cara mereka dan kita orang UMNO dengan cara kita. Alangkah baiknya kamu semua kembali kepada perjuangan parti dan jangan jadi talam dua muka demi kepentingan peribadi.

*NOTA KAKI

– PAS nak buat solat hajat minta Allah bukakan hati orang-orang UMNO supaya terima gabungan PN dan MN. Hurmmm macam itulah sifat PAS sejak dulu lagi.

– Bila dah terdesak dan terselit belakang pintu, mereka mulalah pergunakan agama untuk merai sokongan dan menyerlahkan kononnya mereka warak serta menjunjung Islam.

– Selama lebih 2 tahun duduk senang lenang dalam Kerajaan PN, mengapa mereka tak sibuk-sibuk buat solat hajat ketika itu untuk minta dibukakan pintu hati orang UMNO sokong mereka.

– Ooo saya lupa, masa tu pemimpin PAS seronok dan leka mengecapi kemewahan duniawi di kerusi empuk dan bilik berhawa dingin di Putrajaya. Mereka selesa sebab ketika itu pasangan barunya, Bersatu tengah hebat dan gagah. Jadi mereka tak perlukan UMNO. Tapi bila sudah tiba hari penentuan nasib PRU15 yang di tangan rakyat barulah PAS nak ingat kat UMNO.

– Tapi sekarang ni Bersatu sudah lemah, tak larat dan tercungap-cungap. PAS tahu mereka tak boleh lagi nak harapkan Bersatu untuk terus berikan kemewahan dan menjamin tempat mereka dalam kerajaan selepas PRU15 nanti.

– Sebab itulah baru sekarang mereka nak ingat untuk buat solat hajat dan berdoa kepada Allah. Tapi masalahnya semua orang dah tahu pemimpin PAS ini jenis penunggang agama semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

– Di Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah sendiri pun PAS gagal berdoa supaya UMNO Kelantan terima mereka dalam MN, apatah lagi di negeri-negeri lain. Mungkin Allah tak terima doa pemimpin PAS sebab mereka tak ikhlas.

– Jadi saya nasihatkan PAS, sudah-sudalah berlakon macam merekalah jadi mangsa politik.

DATUK NUR JAZLAN MOHAMED

TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI



SEBAGAI PENGAJARAN, PIMPINAN UTAMA PH WAJIB SAMAN FITNAH BESAR-BESARAN TERHADAP HADI AWANG

 

Semalam, Presiden Pas Hadi Awang telah menulis satu rencana panjang yang terkandung di dalamnya beberapa fitnah besar terhadap PH.

Antara dakwaannya:-

⁃ ramai di kalangan pimpinan PH adalah mereka yang ‘tidak beriman dan tidak bermoral’.

⁃ gabungan pembangkang PH secara terbuka mengumpulkan ‘kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah’ di dalamnya.

⁃ dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi Raja-Raha, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan.

Bersandarkan hujah-hujahnya itu, Hadi berpendirian untuk menolak sebarang kerjasama dengan PH.

Apa yang nyata, sebahagian daripada tuduhan di atas boleh dikategori sebagai fitnah besar yang boleh membawa dosa besar jika tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

Soal Pas tidak mahu bekerjasama dengan PH, itu adalah pilihannya tetapi dengan pilihan itu tidak menghalalkan perbuatan Hadi untuk menuduh tanpa bukti dan melakukan fitnah terhadap PH.

Jika Pas tidak mahu kepada Pas, Hadi juga harus sedar, PH seribu kali lebih tidak mahu berkawan dengan Pas.

Pernahkah PH ada cuba memikat atau mengorat Pas untuk bekerjasama?

Jadi, kenapa Hadi tiba-tiba begitu perasan?

Walaupun ada pihak memberi pandangan bahawa tuduhan dan fitnah Hadi itu tidak perlu dipedulikan sangat kerana kata mereka, memang itu sifat Presiden Pas itu sejak dulu lagi.

Beliau pernah memfatwakan UMNO sebagai kafir, tetapi kemudian tanpa rasa malu ingin berbaik-baik dengan parti Melayu itu demi kepentingan politiknya.

Dalam banyak temubual dengannya pula, begitu sering beliau menjawab perkara yang lain daripada isu yang ditanyakan.

Dengan sudah begitu otak Hadi, kata mereka, buat apa hendak dilayan lagi?

Begitu pun, melalui tulisannya semalam, kecuali jika Hadi dapat mengemukakan bukti atas segala tuduhannya itu, itu tetap merupakan suatu fitnah besar yang bukan saja berbahaya kepada masyarakat, lebih daripada itu juga suatu dosa yang besar kepada pelakunya.

Di sebalik Hadi dalam waktu yang sama tidak lupa mengingatkan tentang dosa dan pahala dalam tulisannya, beliau sendirinya nampaknya tidak sedar dosa besar yang dimulakannya.

Dalam hal ini, adalah perlu Hadi diingatkan atau diberi pengajaran untuk bertanggungjawab kepada setiap tuduhan dan fitnah besar yang dilemparkannya itu.

Langkah pertama ialah PH harus segera memulakan gerakan besar-besaran membuat laporan polis agar beliau disiasat dan didakwa atas fitnah besar yang dilakukannya itu.

Kalau fitnah lain terhadap menteri atau pegawai menteri pun pihak polis boleh melakukan siasatan, tidak ada sebab fitnah lebih besar yang melibatkan kedudukan Raja-Raja, agama Islam dan Perlembagan negara tidak boleh disiasat dan diambil tindakan.

Pimpinan PH di semua peringkat tidak harus berdiam diri begitu saja dalam hal ini.

Langkah kedua, pimpinan utama PH khususnya, mesti segera mengemukakan saman firnah terhadap Hadi atas fitnah besarnya itu.

Saman fitnah itu mesti disertai dengan tuntutan gantirugi yang besar jumlahnya agar ia menjadi pengajaran kepada beliau supaya tidak mengulanginya lagi di masa depan.

Sebelum fitnah besarnya itu dihukum Tuhan di akhirat kelak, pimpinan PH harus menunjukkan jalan hukuman di dunia terlebih dahulu kepada Hadi.

Di dunia dan di negara ini, gelaran lebai, haji atau mengetuai parti Islam bukanlah lesen untuk menabur fitnah sesuka hati.

Pas dan Hadi, walaupun tercatat kalah dalam banyak saman fitnah dan terpaksa membayar gantirugi yang besar sebelum ini, mereka nampaknya tidak pernah insaf dan bertaubat.

Untuk itu, jumlah gantirugi yang lebih besar hendaklah dituntut sehingga berdepan tuntutan bankrapsi jika tidak mampu membayarnya.

Jangan sesekali jika saman telah dimulakan nanti, PH bersikap murah hati dengan permohonan maaf atau penyelesaian di luar mahkamah.

Orang degil seperti Hadi tidak akan berubah dengan kemurahan hati melalui kemaafan, beliau mesti diberi pengajaran yang sewajarnya. – ShahbudinHusin 16/09/2022.



*R4SU4H RM1.4 Juta.. Setel KES Sarawak Report..* 🤭🤭🤪🤪 #umno #PKR #Amanah #DAP #Refomasi #pru15 #BN #PH #Anuar #Tun #Rosmah #Najib #1MDB #Pas


 



CONTOH MACAM NI LA GAMAKNYA DIBAYAR...INI CONTOH YA..BUKAN BETUL BETUL...SUMBER KAMSIAH HAIDER.

TIADA KAITAN PUN.





INI SURAT CONTOH SAJA YA BUKAN BETUL....MISALNYA LAH KALAU TERIMA ....SUMBER KAMSIAH HAIDER.


KERUSI GRED A BANYAK...TEMERLOH DAH DAPAT...SHAH ALAM...CUBA TENGOK BELAH KELANTAN DAN TERENGGANU...SANA BANYAK GRED A....KENA TRY BELAH SANA...KENA TEBAS LALANG DUA TIGA KALI..YANG BAGI PUN DAH MENANG TAK TERJAGA DAN TERABAI...KA LAGU MANA ?

 

PRU15: Pemuda Amanah tuntut kerusi ‘gred A’






Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda mahu seluruh sayap dalam
 Pakatan Harapan terus menggembleng usaha menarik undi golongan
 muda pada PRU15. (Gambar Facebook)

SEREMBAN: Pemuda Amanah mahu pucuk pimpinan parti mengutamakan kerusi ‘gred A’ atau kerusi ‘boleh menang’ diberikan kepada sayap itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya Mohd Hasbie Muda berkata, sayap itu menuntut agar kerusi yang diagih perlulah setanding dengan kerusi diberikan kepada rakan politik lain iaitu bersifat boleh menang.

“Ada rakan sebut kekecewaan, parti lebih mudah melepaskan kerusi gred A kepada rakan, kepada sayap pemuda sendiri kerusi ‘national service’ sahaja diberikan. Jadi Pemuda nak kerusi yang sama.

“Ada kepimpinan Pemuda kena ‘tebas lalang’ dulu (kalau nak bertanding), kawan-kawan (rakan politik) terus masuk je, tak payah tebas lalang, ini kita rasa pelik sikit,” katanya ketika menyampaikan pidato pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional sempena Konvensyen Amanah 2022.

Dalam pada itu, Hasbie berkata Pemuda Amanah juga mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan Muda, namun menyerahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, sayap itu menerima apa sahaja keputusan sama ada penyertaan Muda ke dalam PH sebagai sebahagian parti komponen atau kerjasama strategik.

Hasbie juga mahu seluruh sayap dalam PH terus menggembleng usaha menarik undi golongan muda pada PRU15 nanti dan usaha itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan ke atas sayap Pemuda sahaja.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen itu berkata pucuk pimpinan parti akan menambah kerusi untuk golongan muda parti itu pada PRU15 nanti.

“Kita juga akan pastikan kerusi yang ‘winnable’ diberikan kepada mereka,” katanya.


OWHHH...PATUT LA TAK BERAPA NAK DENGAR PONG PANG PONG PANG PASAL RASUAH....JANGAN TU SAJA....BAB ARAK..BAB JENAYAH...DIAM DAH ..TAK BERAPA NAK DENGAR

 


PAS cuba sembunyi sikap ‘lunak’ kepada rasuah, perasuah, kata Amanah




Amanah berkata PAS seharusnya mengambil sikap lebih tegas dalam
 menolak parti dan kepimpinan parti yang mengamalkan budaya rasuah
 seperti Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad membidas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai parti rasuah bagi menyembunyikan sikap sebenar parti itu yang ‘lunak’ terhadap kegiatan rasuah.

“PAS mempertahankan individu dan kumpulan pelaku rasuah yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Apatah lagi ia dibuat ketika Sarawak Report menegaskan mereka mempunyai bukti parti tersebut menerima wang daripada Umno dan juga tindakan Hadi menarik balik saman beliau terhadap portal tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, PAS seharusnya mengambil sikap lebih tegas dalam menolak parti dan kepimpinan parti yang mengamalkan budaya rasuah seperti Umno.

“Sikap tidak bermoral PAS sebagai sebuah parti yang menggunakan nama Islam berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah telah memberikan gambaran yang salah tentang kesucian dan ketegasan Islam dalam menjaga harta negara dan kepentingan awam.

“PAS juga seharusnya menolak amalan menerima tawaran jawatan sebagai habuan sokongan untuk kuasa seperti mana yang berlaku semasa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ianya juga satu bentuk rasuah dan tidak bermoral,” katanya.

Khalid berkata, sikap tegas Pakatan Harapan terhadap rasuah telah dibuktikan dengan kejayaan membawa pelaku rasuah dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan.

“PH juga telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) sebagai sebuah agensi pengukuhan amalan urustadbir baik dan anti-rasuah dan ia telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif dalam melawan amalan rasuah dalam tempoh yang singkat.

“Rekod cemerlang kerajaan PH dalam melawan rasuah terbukti apabila Indek Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia pada tahun 2019 telah menunjukkan kenaikan skor IPR yang tertinggi sebanyak 53 poin sambil meraih kedudukan pada tangga 51 daripada 180 negara.” katanya.

Namun katanya, Malaysia telah menerima skor yang lebih rendah, iaitu sebanyak 51 point semasa PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan PN pada 2020.

“Kini terus menjunam pada tahun 2021 setelah mendapat skor sebanyak 48 dan berada di kedudukan tangga 62 daripada 180 negara yang terlibat,” katanya.

PAS semalam dilaporkan mendakwa, ia menolak kerjasama dengan PH kerana kalangan pemimpin gabungan itu “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.

Hadi turut menyifatkan PH sebagai sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral secara terbuka”.

TUUU DIAAA AIHHHH NO....MACAM TU....

 

Hadi ‘kafirkan’ PAS untuk kerjasama dengan Umno, parti bukan Islam, dakwa Dr M




Dr Mahathir Mohamad berkata PAS nampak seolah-olah oportunis kerana bekerjasama dengan Umno, berlatarkan ucapan kontroversi Amanat Hadi yang dikaitkan dengan Presiden PAS, Hadi Awang.

SERDANG: Dr Mahathir Mohamad melabel PAS sebagai ‘parti kafir’ – mengikut tafsiran parti itu sendiri – kerana sanggup bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam demi kuasa dan kedudukan.

Pengerusi Pejuang itu berkata Abdul Hadi Awang yang didakwa pernah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam, kini “merelakan PAS dikafirkan” untuk bekerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

“PAS kita dapati tindakan mereka pelik sikit sebab tindakan mereka berbeza dengan pendirian PAS dulu. Dahulu PAS kata Umno ni ‘parti kafir’ dan macam-macam tuduhan dibuat, tetapi tanpa menafikan Umno kafir, mereka bekerjasama dengan kafir.

“Ini yang kita fikir pelik. Nampak seolah-olah PAS ni ‘oportunis’. Nampak peluang prinsip diketepikan…kononnya berjuang untuk Islam, tak boleh bekerjasama dengan orang kafir (nanti) kita jadi kafir, tetapi dia jadi kafir.

“Mengikut tafsiran PAS, PAS sekarang ini ‘parti kafir’ selagi dia tak hapuskan dakwaan atau tolak dakwaan yang dibuat oleh PAS dahulu bahawa orang yang tak bersama dengan PAS itu adalah kafir. Maka tindakan PAS sekarang ini bekerjasama dengan orang kafir, PAS sudah jadi parti bukan Islam lagi, ‘parti kafir’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Aspirasi Wanita Merdeka: Penentu Hala Tuju Negara.

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim semalam mendakwa PAS yang dipimpin Hadi ketika ini berbeza ketika era Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Fadzil Mohd Noor.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian susulan dakwaan Hadi yang menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana kalangan pemimpin gabungan itu “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.

“Amanat Hadi” merujuk ucapan Hadi pada 7 April 1981, ketika beliau menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu. Petikan ucapan itu kerap dibidas Umno kerana didakwa mengkafirkan ahli parti komponen terbesar Barisan Nasional itu.

Ditanya sama ada gabungan Gerakan Tanah Air yang digagaskan beliau bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Mahathir berkata partinya tidak akan sekali-kali bersama dengan parti yang bersama terlibat dalam menubuhkan kerajaan pintu belakang.

“Mana-mana parti yang terlibat dengan rasuah atau terlibat mendirikan kerajaan melalui pintu belakang, kita takkan kerjasama dengan mereka,” tegasnya.

Pada 4 Ogos lalu, Mahathir mengumumkan penubuhan gerakan berasaskan Melayu dan Islam yang dinamakan GTA.

Gabungan itu terdiri daripada empat parti Melayu – Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), NGO serta orang perseorangan.


OWHHH..MALANG BETOI...GTA NI ORANG DOK JAJA BUKAN BUKAN...GERAKAN TOLAK ATOK LA KATANYA...RAMAI MANA LA AGAKNYA ....KALAU MENANG RATUS RATUS KERUSI TAK JADI HAI....

 


Ramai suruh saya jadi PM lagi, akui Dr M



Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 sekiranya tiada calon lain yang sesuai untuk bertanding di kawasan itu.

SERDANG: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui masih ramai pihak yang mahu beliau mengemudi negara sekali lagi.

Pengerusi Pejuang itu bagaimanapun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa. Saya tak tolak saya tak terima,” katanya ringkas ketika ditanya adakah beliau bersedia menjadi perdana menteri kali ketiga.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena Konvensyen Pejuanita Malaysia.

Julai lalu, Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan berkata, Pejuang berhak untuk mencalonkan Mahathir sebagai calon perdana menteri buat kali ketiga jika parti itu menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ia renteten hasrat Mahathir sebelum itu yang menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 sekiranya tiada calon lain yang sesuai untuk bertanding di kawasan berkenaan.

Mengulas mengenai Bajet 2023, Mahathir berpendapat bajet Ismail Sabri Yaakob itu perlu diluluskan sebelum PRU15 diadakan bagi mengelakkan timbul permasalahan pada masa depan.

Beliau berkata, sekiranya tidak diluluskan dalam sidang Parlimen sebelum PRU15, kebarangkalian berlaku perubahan dalam dasar belanjawan tersebut jika kerajaan kini tewas pada pilihan raya berkenaan.

“Kalau adakan PRU15 sebelum bajet maka akan timbul banyak masalah pada masa hadapan,” katanya.

Mengenai status pendaftaran GTA kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA berharap kelulusan pendaftarannya tidak buat pada hari terakhir sebelum kerajaan dibubarkan.

“Kita menunggu bulan depan baru pihak JPPM akan putuskan sama ada GTA akan didaftar. Jadi saya harap janganlah didaftarkan sehari sebelum bubar kerajaan supaya kita tak ada masa untuk menyiapkan GTA untuk PRU15,” katanya.

TERBAIK.....INGAT CAKAP DIA SEMUA ORANG NAK PAKAI..TAPI PERCAYALAH...CAKAP DIA NAK JATUHKAN MARUAH PARTI PAS SENDIRI.

 


Makin banyak cakap, makin untung kita, Salahuddin sindir Hadi





Salahuddin Ayub sebelum ini mencabar Abdul Hadi Awang supaya membuktikan dakwaannya bahawa PH sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral secara terbuka”.

SEREMBAN: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang sering mengeluarkan pelbagai kenyataan sejak kebelakangan ini hanya menguntungkan mereka.

Beliau berkata, sifat pemimpin PAS itu dilihat tidak lebih daripada sekadar menganggap dirinya lebih ‘suci’ berbanding orang lain.

“Semakin banyak Presiden PAS cakap, semakin menguntungkan kita. Kalau boleh kita nak upah dia bercakap setiap masa.

“Dia menganut falsafah “holier than thou”, dia seorang (sahaja) yang suci. Orang lain ni kotor dan jijik belaka,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

PAS semalam dilaporkan mendakwa, ia menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana kalangan pemimpin gabungan itu “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.

Hadi turut menyifatkan PH sebagai sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral secara terbuka” namun Salahuddin mencabarnya supaya membuktikan perkara itu yang didakwanya itu.

Selain itu, Salahuddin mendakwa, pemimpin PAS itu membawa budaya takfiri dengan menghina dan ‘mengkafirkan” orang lain menerusi kenyataannya sebelum ini.

“Kita mengharapkan Presiden PAS boleh memperkukuhkan nilai-nilai yang baik dalam masyarakat Melayu.

“Apa yang beliau bawa budaya takfiri. Terus mengkafirkan orang lain. Menghina orang lain. Biarlah dia begitu selama-lamanya,” katanya tanpa memberi contoh bagaimana budaya itu dibawa oleh Hadi.

Dalam ucapan sama, Salahuddin turut memberi jaminan bahawa Wanita Amanah akan diberikan peluang sebagai calon sama ada di di kerusi DUN dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Cabaran yang paling dekat menghadapi PRU 15. Pimpinan AWAN boleh menjadi calon. Tapi Insya-Allah, apapun akan tetap ada tempat AWAN, kerusi AWAN dan kita boleh hantar lebih ramai sebagai wakil rakyat di peringkat DUN dan Parlimen.


TAHNIAH MUJAHID YUSOF RAWA MENANG SAMAN FITNAH

 




Tahniah Dr. Mujahid kerana berjaya dalam kes saman fitnah Dusuki Rani.

Dusuki memfailkan saman terhadap Dr. Mujahid berikutan tweetnya yang menyebut Dusuki telah membuat fitnah dengan mengatakan aset Tabung Haji telah dijual kepada orang bukan Islam.

Menang satu hal. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini, alasan penghakiman yang dinyatakan.

Mahkamah mendapati tweet Dr. Mujahid bukan satu fitnah terhadap Dusuki kerana terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Kalau tweet Dr. Mujahid tak fitnah Dusuki, bererti Dusukilah yang fitnah Dr. Mujahid. Betul tak? Ini apa busuk punya kaki, pakai title ustaz tapi sebarkan fitnah. Bikin rosak imej Islam je!

Rakyat kena tahu ini. Dalam PAS yang digelar ustaz, yang dipanggil ulama pun memfitnah. Mereka tak pentingkan akhlak. Mereka sanggup reka fitnah demi kepentingan politik.

Jadi PAS memang tak boleh dipercayai. Perjuangan Islam hanya topeng. Mereka tunggang nama Islam demi dapatkan sokongan. Dengan sokongan itu mereka mahu dapatkan kuasa. Sebab itu sampai sanggup sebarkan fitnah.

Sudahlah buat fitnah, disebarkan pula di ceramah dalam masjid. Apa nak jadi? Sanggup cemarkan institusi masjid. Kalau mereka ini diberi tempat lagi, maka akan suburlah budaya fitnah di negara kita. Guane boh?

Raja Gelap

 

PPPTUIHHHHHH- MACAMANA NAK SEBUT TAK TAU....


Hasnul Zulkarnain

speoSrntodg78c6ma me07t04e6i2gSa5al 663ht mur112pb0ef:3t0u05  · 

Sejak kebelakangan ini saya jarang sentuh hal politik kepartian. Namun bagi kes Ustaz Dasuki, rasa tak selesa jika tak diulaskan berkaitan kes fitnah pengurusan Tabung Haji.

Watak Ustaz Dusuki antara yang panas menabur fitnah samada di posting FB mahupun kuliah masjid. “Fitnah” jahat beliau tanpa soal selidik fakta yang sebenar telah mempengaruhi sebahagian umat Islam di Malaysia termasuklah ahli keluarga saya yang terdekat.

Pada ketika itu apa sahaja isu yg dijaja keluar dari mulut “alim suci” ini mudah meresapi minda orang melayu Islam. Bagi mereka mudah sahaja -“tak kan lebai nak menipu”. Golongan ini bijak menggunakan ruang yang ada pada mereka, dengan sepotong dua ayat Quran dan hadis2 dijadikan dalil dan sandaran bahawa “kerosakan besar telah berlaku dalam badan yang menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia atas tangan orang yg didokong golongan kafir”

Namun bagi orang Islam yang mampu berfikir dengan baik tanpa pengaruhi sentimen kebencian dan menilai sesuatu perkara berdasarkan fakta, mereka adalah golongan yg lebih mulia daripada “ustaz terlajak mulut ini”. Akhirnya kebenaran itu telah berjaya menengelamkan kejahatan fitnah yang di bawa oleh Ustaz Dusuki ini.

Nasihat saya kepada Ustaz Dusuki, selepas 2 mahkamah memerintahkan ustaz membayar ganti rugi akibat fitnah, buatlah permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafan kerana fitnah yang keluar dari mulut ustaz telah menyebabkan kerosakan besar terhadap Tabung Haji itu sendiri.

#negaraRahmah


Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Jumaat

 



Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Jumaat

MASJID KENA UBAH PERSEPSI BILIK AIR BUSUK

Saya amat cerewet tentang bilik air. Isteri, anak dan kawan2 tahu jika saya mahu ke tandas saya akn mencari hotel samada di KL atau KK. Sebab di tanahair ku bilik air awam masih di tahap menyedihkan walaupun ada perubahan berbanding dahulu.

Zaman saya kanak2 dan remaja jika perjalanan jauh andaikata perlu melepaskan hajat.. masjid atau stesen minyak adalah pilihan yg ada kerana ketika itu tiada lagi highway utk berhenti di R&R. Punya ngeri nak buka pintu tandas masa tu…apa tidaknya masuk sahaja bau menusuk kalbu.

Maaf kata hinggalah skg bilik air masjid atau surau byk masih di tahap mengecewakan. Masjid nampak cantik tapi bilik air masih berbau malah tidak mencukupi. Kenapa Pengerusi dan AJK boleh biarkan keadaan begitu tanpa rasa bersalah?

Samalah kalau ke kedai mamak walaupun ada perubahan bilik air tetapi tak tau kenapa selalunya berbau hancing. Sebab itu jika saya makan di restoran mamak (bukan semua) saya akn pastikan makan dahulu sebelum ke bilik air… bimbang hilang selera makan.

Bagi saya mereka perlukan pekerja utk pembersihan bilik air kerana penggunaan tandas restoran Mamak ramai. Bisnes ribu2 sehari tak akan nak lantik seorang pekerja pun tak mampu.

Di Lembah Klang terutama kawasan elit ada beberapa tandas masjid yg saya rasa di tahap 3-4 bintang. Antaranya seingat saya Masjid An Nur ketika berkunjung ke rumah penyanyi Hattan di Subang. Waktu saya solat Mahgrib dgn Hattan dia beritahu masjid itu juga dikenali Masjid Putih.

Saya puji bilik air dia taraf lima bintang. Sgt wangi, bersih di mana lantainya kering dan ada selipar yg baik utk dipakai. Air blower dan ventilation fan di setiap tandas byk membantu agar bilik air segar dari bau yg tidak mahu dihidu.

Persoalannya kenapa bilik air masjid atau surau selalu berbau atau tidak bersih?

Saya tertarik dgn seorang Pengerusi Masjid di negeri Selangor yg sgt ramah dan sgt proaktif . Selepas solat saya sempat berbual dgnnya dan memberitahu saya suka singgah di Masjid itu kerana ia sgt selesa bukan sahaja berhawa dingin tetapi kebersihan, dekorasi, sound systerm yg baik, karpet tebal dan bilik airnya yg bersih.

Kata Pengerusi kpd saya, dia beritahu Bendahari dan AJK Masjidnya.. mereka hanya perlu menyimpan RM 20k sahaja saving utk emergency. Duit tabung masjid selebihnya mereka akn gunakan utk keselesaan jamaah masjid.

Saya puji beliau sb ramai Pengerusi Masjid buat masjid mcm bapa dia punya. Malah boleh berbangga saving yg ada tetapi masjid penghawa dingin rosak, karpet dah rosak, tandas jgn cakap la…

Bagi saya Masjid tidak perlu berbangga dgn saving. Kena ubah sikap tipikal Melayu yg terkenal cuai bab ‘maintenance’. Duit yg ada pastikan kebersihan dibuat… Islam pentingkan kebersihan. Dlm kitab Fiqah Islam, bab pertama dibahaskan ialah bab bersuci merujuk jpd kebersihan.

Jangan sibuk fikir nak sediakan Parking VIP 6-7 lot parking utk Pengerusi Masjid, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan mcm2 pangkat lagi. Buang sifat sombong dan tak membantu jamaah. Tugas kita utk memudahkan umat ke rumah Allah bukan utk membangga diri.